Anak saya dah Besar

9:36:00 AM Aliza 2 Comments

lagu untuk kak long


Tanggal 03/03/2011 merupakan tanggal keramat buat kami sekeluarga. Anak sulung kami Nurbatrisyia Aliza dah masuk ke alam sekolah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pada hari ertama agak kelamkabut sket... dengan mengejar bas, ajar naik bas, ajar turun bas, ajar tukar duit macam-macam yang diajar.
cuma hari pertama bersekolah, bila balik, saya adalah berbual dengan kak long

 saya: kak long, harini makan apa?
Kak long: kak long makan bubur.
saya: bubur harga berapa kak long?
kak long: harga 20 sen.
saya: murahnye.
selang beberapa minit saya tanya lagi.
saya: kak long, bubur harga berapa?
kak long: seringgit.
saya: jadi berapa duit yang kak long bagi?
kak long: 20sen. lepastu pakcik tu pulangkan baki 20sen.
saya dan papa saling berpandangan.... bila kubuka dompetnya, duit tak terusikpun. alahai kak long... macamner nih....
inilah kak long di hari pertama sekolah rendah darjah 1

ni adik plak, penyibuk, orang tengah dengar taklimat, dia menyebuk


hinggakan dalam kelas kak long pun dia menyibuk


anak ibu dah besar

macamnilah keadaan kawasan sekolah yang bergitu sesak dengan ibu bapa dan bas yang menghantar budak sekolah

anak ibu, hari pertama sekolah dah pakai tudung, masuk hari kedua dah tak boleh pakai tudung, rimas dan panas sangat katanya

ini pulak, masa kak long masuk sekolah agama. berbaju putih dan kain purple


semoga kak long jadi anak yang berguna






za: hari-hari berdebar2 dan tak lena tidur mengenangkan kak long...

2 comments:

Honey said...

Wahh ... Bagus Kak Long ...

za reesya said...

Alhamdulillah....

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...