Mengapa Tertekan

12:01:00 PM Aliza 0 Comments

Antara perkara yang membuat hidup menjadi sukar, perasaan menjadi


tertekan dan dada sesak ialah;


1-Berbuat dosa dan tidak disertai taubat. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maka ia adalah disebabkan apa-apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan

yang salah dan berdosa).”

(Asy-Syura:30).


2-Iri hati kepada sesama manusia, muncul perasaan untuk membalas dendam

kepada dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada orang lain. Mereka

lupa kepada firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud:

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya)

disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh

Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya.” Sebuah hadis Nabi s.a.w yang

bermaksud: “Tidak akan merasa tenang orang yang berhasad dengki.”


3-Berpaling daripada mengingati Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku,

maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.”

(Taha:124).


za: hanya sekadar renungan untuk mengubat hati yang tertekan

0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...