27 September, 2011

On 12:50:00 PM by Aliza   No comments
Saya suka setiap entri yang ditulis oleh beliau... banyak yang saya belajar dari entri beliau. walau saya tak kenal dia, walau dia berlainan bangsa dan bahasa... tapi sedikit sebanyak.. saya peroleh sesuatu dari apa yang dia cuba sampaikan...
pagi ni saya terbaca satu entrinya.... saya cuba kongsi....

kredit untuk:  Agussyafii


Kesucian cinta seorang istri untuk menyayangi suami dan anak-anaknya sebuah kehidupan yang begitu indah karena mampu melewati semua luka dan derita sehingga bisa mempertahankan rumah tangganya, anak-anaknya dan suami untuk meraih keridhaan Allah dan kebahagiaan keluarganya. Itulah perjalanan seorang ibu, dalam penuturannya berawal dari sebuah kesuksesan yang diraih suaminya membuat hidup keluarga menjadi lebih baik. Anak-anak yang ke sekolah jalan kaki menjadi diantar pakai mobil. Rumah yang dulu panas kemudian ada pendingin. Kebutuhan hidup yang serba sulit menjadi tercukupi bahkan melimpah. 'Hidup kami bahagia..'tutur beliau. Dipuncak kariernya sang suami terlihat lebih sayang kepada keluarga. Sampai kemudian dikejutkan oleh kenyataan pahit datang tanpa disadarinya. Suaminya meninggalkan rumah dan mengaku telah lama menikah dengan perempuan lain. Hatinya hancur karena harus banting tulang untuk menghidupi anak-anaknya. 'Hanya pada Allahlah saya memohon dan berserah diri..' ungkap beliau. Sampai batas titik nadir Allah Subhanahu wa Ta'ala menguji dirinya. Dalam kondisi dengan hati terluka itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh dengan harapan mendapatkan keberkahan dari Allah sehingga membuka pintu hati suaminya.


Beberapa hari kemudian. Tiba-tiba suaminya datang kembali ke rumah bersama anak kecil dari istri mudanya. Suaminya bercerita bahwa istri mudanya telah meninggal dunia, usahanya mengalami kebangkrutan dan menjadi pengangguran. Dipeluk suaminya dengan tertumpah semua air matanya. Didekap erat tubuh suaminya, dia bersedih sekaligus gembira karena suaminya telah kembali. Air matanya tak terbendung. Seolah penderitaan yang dialami selama ini tak sebanding dengan penderitaan yang dialami oleh sang suami. "Rumah menjadi ramai karena anggota keluarga bertambah," kata beliau. 'Saya mengajarkan kepada anak-anak memaafkan, bukan melupakan tetapi membalas keburukan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan kasih sayang karena begitulah Rasulullah mengajarkan kita, sampai akhirnya anak-anak saya menerima dengan baik' tutur sang Ibu terlihat wajahnya yang telah termakan usia. Setiap hari suaminya pergi mencari nafkah, berangkat pagi sampai pulang malam. Pada suatu hari suaminya sakit terkena bronchitis dan muntah darah. Sebulan ia merawat suaminya. Dielus dan dibelai rambut sang suami yang telah memutih dengan senyuman seorang istri membuatnya sembuh kembali.


"Saya membenci, marah dan kesal. Kasih Sayang Allah menyentuh hati saya agar saya bisa memaafkan, mengasihi dan menyayangi kepada orang-orang yang telah menyakiti hati saya bahkan tiada kenal lelah saya berdoa memohon kepada Allah agar saya dan anak-anak diberi kekuatan untuk bisa bersabar melewati ujian dan cobaan ini. Allah mengabulkan doa saya dan keluarga kami menjadi penuh kebahagaiaan." Ucap beliau dengan air mata yang bercucuran. Subhnallah...

---
Barangsiapa bertaawakal kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (QS Ath-Thalaq 4).



za: bila hati terasa ingin runtuh.. cepat-cepat za ingat akan bahagian yang Allah janjikan untuk za

26 September, 2011

On 12:57:00 PM by Aliza   No comments
Di Mata mu ku lihat
Segugus perasaan yang pernah kau bayangkan
Di hati ku terbelah
Sejuta kerinduan tak mampu ku gambarkan

Di wajah mu terlukis
Sebuah kecintaan yang tulus suci
Dan jua hati ini
Sering berkata engkaulah Juwita kasihku

[Korus]

Namamu yang seindah itu
Memberi semangat baru
Izinkan diri ini mendamba hatimu

Sayang berikan senyuman yang terindah
Rindu sering bertamu di hati
Kasih diriku amat menyintai dirimu seabadi…

Andainya aku pergi dulu
Simpankan saja kenangan yang lalu
Kiranya kini engkau dimiliki
Ingatlah aku insan yang sepi…


za: dalam lagu ada cerita

24 September, 2011

On 8:16:00 PM by Aliza   No comments
Salam hari sabtu semua.... hari ni saya rasa letih sangat... seharian saya dan keluarga berkemas untuk membantu En.suami berpindah kedai dari Nilai 3 ke Bandar Baru Bangi. masuk petang saja saya dah mula letih.... huhuhuhu.... Atas alasan letih yang melampau...saya berehan sambil mengelamun..hahahahahha... rupa-rupanya saya mengidam .. mengidam nakkan sebuah kereta seperti ini... wao..wao..wao... kereta swift sport... kaler merah pulak tu.... memang saya minat kereta ini...

Jadi, beru sebentar tadi saya bercakap kepada sidia...
"za ingat za nak kumpul duit". sidia bertanya untuk apa... "za nak beli kete" ...dia pelik skejap... "za nak beli kete swift" huhuhuhu.... jadi saya akan simpan impian ini.

inilah kereta idaman Malaya

cantikkan? kaler merah pulak tuh....
hehehehhe.... buat seketika terus saya teringat kereta yang kami ada.... macam tak bersyukur plak saya huhuhu... bukan tak bersyukur.. tapi tak salah kalau kita simpan angan-angan kan... angan-angan untuk mendapat yang terbaik. dan angan-angan saya untuk dapatkan kereta idaman saya itu... saya simpan di dalam hati... dan saya akan terus bersyukur dengan kereta yang kami ada......

 ini kereta sidia..kereta nilah yang dia gunakan untuk mencari rezki...banyak jasa kereta ini. cuma selepas balik bercuti dari Johor tempoh hari, kereta ini meragam.. dia sudah mula berpenyakit... dan hingga hari ini dia terlantar di bengkel.... entah bilalah dia akan keluar dari bengkel.... kesian Sidia, ke sana kumari mencari rezki terpaksa bermotosikal...

ini kereta saya untuk bekerja..untuk hantar anak-anak ke sekolah... dan sejak kereta sidia sakit, avanza nilah menjadi pengganti Ford untuk sidia mencari rezki kalau saya tak gunakan ia. ini juga berjasa.
Jadi, kesimpulannya... tak salah kalau saya berangan untuk tambah lagi satu kereta yang cantik yang berwarna merah itu kan???? hahahahahahhaha.... terus saya teringat lagi Raja Ema.. angan-angan... za: sekadar menulis untuk bercerita apa yang terbuku di hati... menyimpan perasaan yang begitu mendalam.

21 September, 2011

On 3:14:00 PM by Aliza   No comments
Janji-Nya: "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." - ayat 5-6 surah al-Syarh.



za: anggap kesusahan itu sebagai satu ujian yang mematangkan diri
On 9:24:00 AM by Aliza   No comments
petikan entri ni saya ambil dari laman web http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Baru-baru ini, saya bertemujanji menerusi panggilan telefon bersama seorang wanita. Wanita yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh menjadi bapanya, sedang merana dan terseksa dek sikap suami yang tak sudah-sudah dengan kegilaan bermain perempuan. Dah macam-macam janji diberi tetapi suami tetap mungkiri. Paling menyakitkan hati, suami sanggup angkat tangan ketika memberikan jawapan kepada persoalan isteri yang bertanya mencari kebenaran bersama sebuah tangisan. Kesannya, isteri terlalu marah dan geram. Dalam perbualan tersebut juga, si isteri melafazkan, dia sanggup tidak menunaikan solat semata-mata inginkan suaminya menanggung dosanya itu.

Sehari sebelum itu, saya bersemuka dengan seorang wanita muda, perkahwinannya bakal berusia tiga tahun. Malangnya, sejak awal perkahwinan, si isteri terpaksa memujuk hati sendiri dek kerana enggan bergaduh dengan suami. Suami seorang yang berpendidikan, mampu menjawat jawatan lebih baik dan memperolehi pendapatan lebih daripada kerja sekarang. Malangnya, bukan hanya si isteri malah ibu suami (tinggal bersama mentua sebab suami anak tunggal) juga dah penat bersuara. Masalahnya, bukan sahaja pendapatannya kecil tetapi tidak tetap dan sejak hampir tiga tahun ini, dah banyak kali sangat dah tak terima gaji yang sepatutnya.

Akibatnya, si isteri yang terpaksa menanggung bebanan tanggungjawab sebab dah terlalu malu dan segan dengan ibu mentua yang banyak mengambil alih peranan anaknya sebagai suami. Bukan sahaja nafkah zahir malah si suami tidak mempedulikan nafkah zahir. Si isteri bingung nak berikan jawapan bila ibunya dan mentua bertanyakan tentang cucu. Ketika bertemu saya, si isteri dah putus harap namun bimbang untuk melepaskan ikatan perkahwinan kerana bimbang: bagaimana suaminya akan teruskan kehidupan, ibu mentua yang dah pencen bertambah uzur, risau jika tindakannya akan menambahkan bebanan perasan terhadap mentua dan risau jika si suami tidak dapat hidup selesa seperti sekarang.

Dua kes yang berbeza situasi dan faktanya tetapi mempunyai moral dan teladan yang sama untuk dikongsi di dalam perbincangan kali ini. Wanita pertama mula membenci. Wanita kedua pula terlalu menyayangi. Kebencian dan kasih sayang melampau ini hakikatnya boleh membinasakan diri kedua-dua mereka. Anda boleh menyayangi. Malah anda berhak menggantikan kasih sayang anda dengan kebencian setelah terlalu terluka namun yang paling penting, walau dalam apa juga keadaan dan situasi sekalipun, anda perlu lebih sayangkan diri anda sendiri.

Seperti kes pertama, wanita tersebut enggan solat semata-mata mahukan suami yang tidak menghargainya menanggung dosa perbuatannya. Hmmm… betul la tu. Si suami bertanggungjawab mempastikan isteri dan anak-anak menjalankan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bila suami tak suruh atau tak larang, apatah lagi suami juga gagal menjalankan suruhan dan kehendak syarak, suami akan menanggung segala dosa tersebut. Namun, jangan lupa, bukan suami sahaja yang berdosa malah anda yang sengaja enggan menjalankan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya juga berdosa sama. Jika suami tak solat dan tak suruh anda lakukan solat, bukan bererti tanggungjawab anda terlepas begitu sahaja. Anda tetap wajib solat, puasa dan lakukan kewajipan lain sebagai Muslim. Jangan biarkan diri menanggung dosa hanya kerana inginkan suami anda berdosa. Itu tindakan bodoh namanya.

Bagi kes kedua pula, seperti nasihat saya kepada wanita tersebut, tak perlu risaukan keadaan suami jika ditakdirkan berlaku pembubaran perkahwinan. Sebab? Suami bukannya budak hingusan, bukan berusia dua atau tiga tahun tetapi dah lebih 30 tahun. Kalau tak nak usaha untuk mengisi perut sendiri, secara kasarnya boleh lah dikatakan: lantak lah apa nak jadi?!! Tak gitu? Bukan bererti saya mengajar anda bersikap zalim atau tidak berperi kemanusiaan tetapi saya nak suruh anda mengajar suami berperangai serupa, agar tahu erti hidup yang sebenarnya. Bukan senang nak isi perut dengan sepinggan nasi jika tidak mahu berusaha.

Teringat kes yang pernah saya kendalikan, seorang isteri sanggup menyara suami yang malas bekerja semata-mata tidak mahu pisahkan anak-anak dengan si bapa. Ditakdirkan Ilahi, perceraian terjadi juga apabila si isteri menghalau suami keluar dari rumah setelah sejumlah besar wang ‘digelapkan’. Bila terpaksa berusaha sendiri, barulah si suami tau betapa susahnya nak cari duit hinggakan tika anak kecil mereka masuk hospital, si suami mengirimkan sms mintak maaf tak dapat ziarah kerana perlu kerja cari duit lebih, dah tiga hari tak merasa nasi, terpaksa ikat perut makan roti sahaja,.

Lantas, tolonglah sayangi diri sendiri lebih daripada sayangkan orang lain dan tidak mustahil, kasih tulus tersebut mampu insafkan orang yang anda sayangi.
****Siaran Julai 2009

20 September, 2011

On 12:52:00 PM by Aliza   No comments
Apa kena mengena tajuk di atas dengan gambar-gambar yang ada dalam entri ni yer? komfius sekejap. hmm sebenarnya saya nak ceritakan besday adik pada 28/08/2011. adik da 3 tahun. tapi sorilah adik.. takder kek adik.. ibu belanja adik makan kat ice room, sebab ibu ada berdialog dengan adik.

ibu: adik, adik nak makan apa malam ni?
adik: eskrem..
kak long: ala.. kak long nak mc donald.
ibu: ala kak long, ni besday adik.. adik takder kek duit ibu tak cukup... jadi ibu belanja adik ...
kak long: ok

jadi teruslah kami g ice room.. makan eskrem.... hepi besday adik.... sori, ibu lambat buat entry... jiwa ibu kacau. huhuhuhuh


saling melengkapi

kak long makan spegeti.. adik eskrem

adik da besar

muah.....   beruntungnya ibu ada adik...



za: sori.. sejak kebelakangan ni agak sukar untuk apdet blog... hinggakan entri besday adikpun terbiar begitu saja tanpa diolah...

13 September, 2011

On 3:12:00 PM by Aliza   5 comments
'Barangsiapa bertakwa kpd Allah, niscaya Dia mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan Barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan tiap-tiap sesuatu. Dan barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan melipatgandakan pahalanya.' (QS. ath-Thalaq :2-3).


za: saat ini aku berserah segalanya yang aku pinjam dari DIA

06 September, 2011

On 12:56:00 PM by Aliza   No comments
Seringkali kita mengira apa yang telah terjadi adalah akhir dari segalanya? Namun ternyata pertolongan Allah telah tiba. Berapa kali anda merasakan jalan telah buntu? Namun ternyata kebahagiaan, kebaikan dan keberhasilan telah datang untuk anda. "Katakanlah Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan.' (QS. al-An'am : 64). Segala kemudahan datangnya dari Allah. Tidak ada daya dan upaya anda kecuali hanyalah Allah yang menentukan segalanya. Ibnu Taimiyah menyebutkan "Dengan 'La haula wa la quwata ila billah" 'Tiada daya dan tiada upaya kecuali hanya Allah' semua beban bisa ditangguhkan, semua bencana bisa diatasi dan semua kesulitan mendapatkan kemudahan.

Abu Dzuaib al-Huzali delapan anaknya meninggal dunia dalam waktu satu tahun. Ditengah derita, dirinya percaya, berserah diri hanya kepada Allah, dalam doa yang dipanjatkan, "Ya Allah, Engkau ambil kedelapan anakku sebelumnya Engkau memberikannya kepadaku, maka berikanlah aku kekuatan dan ketabahan agar aku mampu mensyukuri setiap apapun yang Engkau berikan & Engkau ambil dariku" Bagi dia hanya kehilangan sebagian kecil saja dari keseluruhan nikmat yang diterimanya maka tidak berapa lama Allah menggantikan dengan memberikan anak-anak yang sholeh untuknya.

Demikian juga ketika Raja Namrud melempar Nabi Ibrahim Alaihi Salam kedalam api yang berkobar tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim semua itu terjadi karena pertolongan Allah. "Wahai Api! Jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim."(QS. al-Anbiya' : 69). Oleh karena itu janganlah merasa terhimpit sedetikpun karena setiap keadaan akan selalu berubah. Sebaik-baiknya kemuliaan dalam hidup kita adalah bersabar menanti datangnya pertolongan Allah. Betapapun membutuhkan waktu untuk bersabar hari demi hari, malam demi malam, disetiap tetes air mata telah mengering. Yakinlah, Allah mengerti apa yang terbaik dalam hidup anda, Allah memberikan pertolongan untuk anda!

Wassalam,
M. Agus Syafii


05 September, 2011

On 8:57:00 AM by Aliza   No comments
Satu daripada asas keimanan ialah keyakinan setiap yang terjadi dengan izin Allah. Dalam hal ini, manusia boleh berusaha menolak kejadian tidak diingini dengan melakukan sesuatu, sesuai menurut peraturan ditetapkan. Kemudian, jika masih berlaku juga perkara buruk dan tidak diingini, seseorang wajib kembali kepada kepercayaan qada dan qadar Ilahi yang tidak boleh dipertikaikan. Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu yang menggembirakan, ia disambut dengan penuh kegembiraan sehingga terkadang lupa bersyukur kepada Allah.

Sebaliknya jika terjadi perkara buruk, ternyata sukar segelintir manusia terutama yang lemah iman menerima takdir Allah. Malah jika diperhalusi di sini letaknya ketinggian nilai seorang hamba di sisi Allah. Apatah lagi jika gagah mengharungi ujian dan dugaan diterima, terlebih mulia lagi jika segala ujian diterima dengan reda demi mempertahankan kesucian akidah Islamiah.

Diriwayatkan sebilangan sahabat diseksa kerana mempertahankan agama mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW sambil bertanya mengapa Nabi tidak memohon pertolongan Allah bagi membantu mereka yang teraniaya. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya ada orang terdahulu dikorek lubang lalu mereka ditimbus di dalamnya. Kemudian ada digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, ada pula disiat tubuhnya menggunakan sesikat besi sehingga mengoyakkan daging dan menampakkan tulang. Namun ia tidak meleburkan pegangan agama mereka. Demi Allah sesungguhnya urusan agama ini pasti disempurnakan sehingga orang bermusafir daripada San’aa ke Hadramaut tidak lagi takut kepada Allah dan bimbang ancaman serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu terlalu gopoh.” (Hadis riwayat Bukhari)

Justeru, rintangan adalah asam garam kehidupan. Sebagai hamba Allah, kita wajib menerima ketentuan baik dan buruk dengan lapang dada. Selain itu kita wajib percaya Allah Maha Mengetahui lagi Maha adil terhadap hamba-Nya.

Manusia disuruh berikhtiar mengelak musibah dan kejadian buruk tidak diingini. Malah dalam sesetengah situasi, ketentuan Tuhan boleh dielakkan melalui senjata doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

Lebih daripada itu, umat Islam secara khususnya diseru mendekatkan diri kepada Ilahi sebagai sumber kekuatan jiwa dalam menangani sebarang ujian mendatang. Pelbagai ujian daripada kematian, kekurangan makanan dan harta benda akan mewarnai kehidupan hinggalah ke akhirnya.

petikan dari : http://laman-seri.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...