photo header2-1.png

Masih Belum Ketemu

Assalamualaikum... 
hari ni dah hari ke 26 kita berpuasa. alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas untuk meneruskan ibadah. Saya seronok.. merata orang asik sibuk mengucapkan selamat hari raya mohon ampun dan maaf.. memang saya seronok suasana begini. cuma saya masih belum ketemu mood raya yang sebenarnya. Tahun lepas saya bersedih juga menyambut aidilfitri.. tapi saya tak kisah dengan kesusahan itu, hati saya tak patah.. saya tak menangis hari-hari sebab ayah ada. tapi aidilfitri kali ini buat hati saya rawan... AYAH dah tiada.. saya dah tiada AYAH untuk meminta ampun dan maaf.. saya dah tiada AYAH untuk dibelikan baju raya.. saya dah tiada AYAH untuk diberi duit raya.. saya dah tiada AYAH untuk bergurau senda. Ramadhan yang memeritkan buat saya tahun ini...  hinggakan hati saya berkata-kata, "kalau diberi pilihan.. tak raya pun takpa asal ada AYAH.."
Ya Allah Ya Tuhanku... aku mohon rahmahMu Ya Allah.. berilah aku kekuatan....

kawan-kawan semua... hanya ini yang mampu saya buat tanda saya benar-benar ingin memohon kemaafan untuk semua kekhilafan saya sepanjang saya mengenali kalian..... SELAMAT HARI RAYA.




za: beraya tanpa dia seumpama beraya tanpa perkara baru

4 comments:

YUS said...

Za,

Yus pun nak mintak maaf andai wujud khilaf yang tanpa sedar atau dalam sedar. Za, sesungguhnya Za istimewa, sebab diuji sebegini hebat! DIA sayang Za, sebab tu dia uji Za.. dan Yus tau, Za kuat!

Salam Aidilfitri dari Yus sekeluarga.

za reesya said...

terima kasih yus... :)

FARAH deeb said...

Sabarlah Za. Kitepun sejak abes sekolah dah beraya tanpa ayah. Selalu cium tangan abah pastu mak .. tp tetiba cium tgn mak aje sampailah skang huhuuu.. Anyway Selamat Hari Raya gak ye. Maaf kalau ade salah dan silap selama kenal di alam maya ni.
My latest Entry :)
JJCM: Day 25th Ramadhan 1433

za reesya said...

kak farah.. insyaallah kak.. za akan cuba untuk sabar dan menerima... selamat yer...

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.