photo header2-1.png

Selamat hari lahir Nurqaireen Aliza binti Alias

Kalau diingatkan 4 tahun yang lepas..  Jam ni 8.22 saya dah selamat melahirkan seorang adik untuk Nurbatrisyia Aliza binti Alias. Saya cuba ingatkan kembali saat tu.... 


Pada 27hb Ogos 2008, saya dah rasa sakit pinggang yang amat. Tapi kesakitan tu datang sekejap2 saja..  Lagipun due saya lagi 2 minggu. Tapi kebetulan masa tu memang ada appoiment utk nengok berat baby. Bila cek punya cek..  Da buka 2 cm,  adeh.. Dah kena tahan wad pulak. Masalahnya saya tak rasa sakit nak bersalin pun. Tunggu wad kosong pun makan masa berjam. Tepat jam 2 petang saya berjaya dapatkan wat kat hospital putrajaya. Huh! Rasa tensen plak bila duduk dalam wad dalam keadaan yang tak sakit huhuhu. 
Lagi tensen bila tidur malam ku diganggu oleh kejutan nurse yang nak buat pemeriksaan.. Adeh...  
Tetiba selepas azan subuh.. Perutku da rasa memulas yang amat.. Rasa macam nak sengugut pun ada.. Alahai..  Kali ni baru betul2 bukan memain sakitnya.. Ku telefon suami minta dia datang. Kesakitan makin kuat..  Jam 6.30 kena bawa masuk labour room... Walawehhh memang sakit.. Tapi apabyang kuboleh buat tahan kesikatan tu. Masalahnya lagi satu hal.. Bila saya cakap ngan somi yang saya dah tak tahan.. Dan somi bg tau nurse.. Dorang leh cakap lambat g nak bersalin.. Bajet dorang dalam 2 atau 3 jam g. Maknanya saya dijangka bersalin pada jam 9 atau 10. Sekali nah amik ko...  Jam 7.22am saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara "persendirian" yang beratnya 3.5kg huhuhu...  Somi hanya sempat jerit panggil nurse bila depan mata dia nengok anak dia meluncur keluar seorang diri hahahahaha. Ya Allah,  sakitnya...  Bak kata kasar.. Abis rabak. 
Tapi alhamdulillah.. Semuanya selamat.. Cuma baby tu gelap orangnya, huhuhu mungkin sebab saya suka minum kopi kot hahahaha. 
Jadi itulah kejadiannya pada 28/08/2008, cantikkan tarikh. Untuk makluman... Kehadiran kak ngah.. Hmm nama panggilan Qaireen sekarang, memang betul manceriakan kehidupan kami.  Qaireen anak yang suka senyum dan tak banyak ragam masa kecilnya. Dan sekatang..  Dia suka buat lawak dan cengeng...








HAPPY BIRTHDAY QAIREEN.. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, BIJAK PANDAI, SIHAT SELALU DAN MENDAPAT YANG BAIK2 BELAKA DALAM HIDUP NI. AMINNN...... 





za: rindu bau baby

0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.