photo header2-1.png

Gembira Sedih Bersua Muka

4
COMMENTS
Dah lama rasanya tak menulis sesuatu dari hati di alizareesya... banyak main copy paste je. rasanya dah bersawang-sawang manja alizareesya.blogspot.com. huhuhu. jom saya share satu cerita hidup.. sedih gembira semuanya hak milik Allah.. harus yakin akan semua perasaan dan kejadian itu adalah dari Dia.

pada petang 17 September 2012, kami sekeluarga disampaikan khabar berita yang diturunkan Allah untuk kami 4 beranak. Alhamdulillah Ya Allah di atas rezeki Mu Ya Allah, hanya Kau sahaja yang Maha mengetahui akan perasaan kami memasing ketika itu.

line kedua tak berapa terang, doktor cakap 50/50..
bila scan memang nampak sket.
doktor suh datang lagi 2 minggu.

Sebelum mendapat tahu khabar berita tu dari doktor yang biasa kami jumpa, memang saya rasa akan perubahan pada diri.. rasa badan yang tak berapa "best", sekejapan nak demam.. sekejapan baik.. sekejapan selesema.. macam-macam. yang penting selera nak makan putu mayam dan capati yang memuncak, hingga sanggup buat sendiri. Alhamdulillah dapat juga merasa akan nikmat mengidam.

capati buatan sendiri,
cicah dengan sambal sardin

putu mayam buatan sendiri
memang rasa nikmat sangat bila dapat makan semua tu. Alhamdulillah. lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang saya mengandung walau doktor dah cakap 50/50... tapi keyakinan saya terlalu kuat mengatakan, zuriat saya bakal lahir.. dan saya dapat rasakan perubahan badan saya.. tapi rasa tak percaya juga ada. almaklumlah, adik dah berumur 4 tahun 1 bulan.. jauh bezanya tu. lagi sekali Alhamdulillah Ya Allah. sesekali saya bertanyakan en.suami.. dia hanya cakap alhamdulillah, kami tak habis-habis berborak pasal baby.. kiranya perbualan kami malam itu banyak tentang adik baby. Saya tahu dia suka.. sebab dia tak habis-habis becerita dengan kak long dan adik tentang nama baby, jantina baby dan macam-macam lagi, siap cakap kat adik, lepas ni adik dah kena panggil kak ngah. memang dia tak tunjuk dan tak cakap dia seronok nak jadi papa lagi... tapi rasia di hati tak siapa yang tahu kan.

keesokan harinya saya bangun dengan satu semangat yang lain macam.. saya gembira, tak lama lagi saya boleh pakai baju mengandung, tak lama lagi saya ada baby, tak lama lagi saya boleh breastfeed lagi... Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya.

Saya pergi kerja seperti biasa, tiada apa yang berubah. Cuma sekali sekala saya dapat rasakan sesuatu yang menyengat di bahagian ari-ari saya.. sakit seperti nak senggugut. saya beranggapan, perkara normal di awal kandungan. sesekali saya rasa seperti ada sesuatu yang nak keluar tapi tak lepas. berulang alik saya ke toilet ofis. Ya Allah... saya bleeding. tika itu, tak putus saya berdoa kepada Dia,

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya ada zuriat yang ingin kau berikan buat ku, Kau berikanlah kekuatan buat dia untuk terus hidup dengan akal dan tubuh badan yang sihat, Kau panjangkanlah umurnya. Seandainya Ya Allah kau ingin mengujiku dengan rezeki yang sekejap, kegembiraan yang sekejap kerana zuriat ini tidak sihat akal dan tubuhnya, kau berilah petunjuk dan hidayahmu Ya Allah, berilah kekuatan buatku"
saya sekat air mata yang cuba untuk keluar. saya memandu sendiri ke klinik untuk mendapatkan rawatan. hmmm... sebaik saja berjumpa doktor, di scan, diperiksa... doktor cakap, kandungan saya seperti hendak gugur. doktor refer saya ke hospital Serdang untuk rawatan lanjut sebab kesakitan saya semakin kuat. lagi sekali saya memandu balik rumah mendapatkan en. suami.  kami terus ke hospital Serdang.. saya terus dimasukkan ke zon kritikal hospital serdang.


ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya dan suami.. betullah, rahsia di hati tak siapa yang tahu kan. saya hanya berserah kepada Allah dengan membiarkan apa saja yang ingin doktor buat ke atas saya. nak cucuk sana sini saya tak kisah, nak cek sana sini saya tak kisah, apa yang saya tahu.. saya terlalu sakit. last sekali... hasil pemeriksaan selama lebih kurang 5 jam.. doktor sahkan yang saya telah keguguran. saya pasrah. air mata gugur juga. hati remuk jua.

Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?

Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.
Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.
Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata : Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.
Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda :Bahkan ia adalah untuk kamu semua.


lagi sekali saya kena redha untuk menerima kehilangan selepas baru beberapa bulan kehilangan ayah. saya balik rumah seperti biasa, buat seperti tiada apa yang berlaku. tapi en.suami cakap saya kena berpantang seperti orang bersalin biasa. sesekali terkeluar dari bibir saya.. "saya malang, orang lain pantang ada hasil, saya berpantang takde hasil." Ya Allah.. hanya kekuatan dari Mu yang aku perlukan ketika ini.

esok saya bangun pagi dengan entah ke mana hala semangatnya. badan saya panas, Ya Allah.. saya demam..  malas nak kejutkan suami. saya hantar kak long ke sekolah.. saya drive sendiri ke klinik. Doktor bagi rehat. badan memang rasa tak kuat sanga.. semangat hilang. tapi saya cuba juga untuk kuat. Alhamdulillah, perlahan demi perlahan saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. 

Segalanya berlaku dengan begitu pantas
Hari ini... semangat saya semakin pulih, walau ada ketika hati saya menangis bila dengar berita gembira dari kawan-kawan dan saudara mara yeng mereka akan dapat baby baru, dah dapat baby baru... tapi saya cuba kuat juga. Berpantang seadanya walau kosong. 

Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


memang betulkan... perasaan gembira, sedih, segala macam perasaan itu adalah datang dari Allah. Allah yang membolak balikkan semuanya. hari ini Dia bagi kegembiraan buat kita, esok Dia ambil balik. terserah pada kita bagaimana untuk menghadapinya. saya cuba redha dan berpegang pada prinsip Redha dan Pasrah walau yang diujiNya itu adalah sesuatu yang amat saya harapkan. 

Buat En.Suami, "abang, anak kita sedang menunggu kita di sana, sedang mendoakan kita. semoga satu hari nanti, kita dapat bersama-sama berkumpul semua di Sana"


za: kecewa berkali kali. memang rahsia di hati tak siapa yang tahu, tapi Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak. 

Ayuh.. saya Share lagi

2
COMMENTS

Kita selalu lalai tentang solat. dan selalu beranggapan, urusan dunia kita tak cantik sebab kita tak cukup masalah, sebab kita kekurangan danalah, kita kekurangan tenagalah, kita kekurangan itulah.. kita kekurangan inilah... bermacam-macam alasan yang berkaitan dengan "kekurangan" kita lemparkan untuk semua urusan dunia yang tak selesai selesai dengan baik. sedangkan kita tak tahu dan tak sedar.. kekurangan kita adalah SOLAT.. kita MALAS SOLAT!! kita anggap kita tak berhutang sesen pun dia Dia pencipta kita hingga kita raa angkuh untuk SOLAT dan membawa keluarga kita SOLAT bersama...

renung2kanlah selagi mata tak terpejam tak boleh buka-buka


za: selalu nampak dan pandang sahaja orang tak sedar bila-bla masa dia boleh jatuh tiada apa-apa

Promosi percuma

0
COMMENTS
Jom tempah baju, 

jom ikut kursus, 

jom jadi ajen, 

jom kerja.. 
Sedang perlukan pekerja lagi.. Lelaki saja.




za: :p

Semalam yang hangat

0
COMMENTS

Petang semalam balik kerja, macam biasa saya trus ke parking. Alahai... Tak pernah-pernah ada kereta block sihitamku. Kalini myvi hitam plak yang block. Dahla tak tinggalkan no fon, handbrake pun tarik. Jenuh saya memikir macamne nak keluar. Alahaiiii makkk.....  Last-last ku berjaya juga keluar menggunakan otak dan akal yang Allah bagi. Cuma driver kete tu je yang bertindak tak guna akal dan otak.
Dan rasanya ada pengajaran yang dia dapat semalam....

Adiosss....


Bagaimana berterima kasihnya kita kepada Allah

0
COMMENTS

Banyak cerita yang saya baca dari pengalaman orang lain.. Cerita-cerita di surat khabar.. Memang ada betulnya cerita di keratan akhbar ini.
Tapi kita acapkali menyalahkan faktor lain sebagai punca sesuatu musibah itu.. Sedangkan kita tahu.. Akar dan tiang hidup kita ini adalah SOLAT.
Betullah kata-kata..
"iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa"..

Nauzubillah.. Memohon petunjuk dari Allah untuk kehidupab hati ini dan esok... Dan selamanya.


Renung-renungkanlah...

0
COMMENTS

Kekadang kita suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain, di atas toleransi orang lain, hingga kita meletakkan sesuatu hukuman ke atas orang lain seandai tidak melakukan toleransi dan kebaikan itu. Tak kiralah dalam bentuk apa jua hukuman itu.. Baik dalam perbuatan, tindakan atau kata-kata. Allah maha kaya..  Renung-renungkanlah..


PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.