photo header2-1.png

cinta pandang pertama


Cinta pandang pertama... siapa pernah laluinya? saya rasa hampir kesemua orang pernah merasai dan melaluinya... bezanya cuma kita sedar atau tak saja akan perasaan unik itu. 

Cinta pandang pertama adalah satu istilah di mana kita jatuh cinta tak kira kepada manusia atau benda sebaik saja pertama kali melihatnya. cuma apa yang saya nak kongsikan, bukanlah cinta pandang pertama terhadap benda atau barang... tapi cinta pandang pertama sesama manusia. bak kata saya.. pastinya hampir kesemua orang pernah merasai akan sentuhan rasa cinta pandang pertama itu, cuma cara yang berbeza... 

saya juga pernah merasainya satu ketika dahulu... dan perasaan itu boleh hadir berkali-kali... terlalu indah. 
kita akan rasakan yang kita mula jatuh cinta walau hanya sekali pandang terhadap seseorang itu bila kita rasa cukup selesa melihat sidia, hati berdebar-debar dan kalau boleh pandangan kita tak mahu langsung dilarikan dari memandang dia. sukup indah... hingga kalau boleh setiap waktu dan ketika kita nak melihat persis dia. 
Cinta pandang pertama itu boleh hadir bukan sahaja hanya kerana wajah seseorang itu yang sedap mata memandang tapi juga mungkin kerana sikap, cara atau apa saja...

"Love in the first sight".... tidak semua akan berjaya.... ada yang berjaya dan ada yang tidak... beruntung untuk mereka yang berjaya dan cukup menyakitkan bagi mereka yang tak berjaya. selalunya berlaku di zaman cinta monyet.... zaman sekolah... terpandang seorang pelajar yang mampu membuatkan hati berdebar kita rasa cukup teruja untuk mendekatinya...  bermula dengan risik melalui teman.. hantar surat..berbalas pandang.. berlawan senyum... berbual..dan akhirnya menjalinkan hubungan yang lebih rapat... itulah cinta pandang pertama di zaman remaja... bila putus..rasa tak serasi.. mula ikut haluan memasing.... tak lama kemudian.. bertemu lagi cinta pandang pertama.... begitulah seterusnya hingga bertemu cinta sejati....

yaa.... Cinta pandang pertama boleh berlaku secara kerap... mereka yang sudah berkahwin juga tidak boleh lepas dari konflik ini.. alangkah bahagianya sekiranya pandangan indah ini dirasai antara pasangan itu.. jadi tak kisah walau sekerap mana cinta pandang pertaman ini berlaku... tapi akan menjadi rumit bila cinta pandang pertama ini berlaku antara pasangan dengan pasangan yang lain... terlalu tragis perasaan itu. maka di sinilah perasaan cinta pandang pertama itu perlu dihapuskan bukan diteruskan. kerana cinta pandang pertama buat mereka yang sudah berpunya belum tentu berhasil malah memeritkan. terlalu pahit. Tapi kuasa Allah, tiada siapa yang tahu... mungkin penangan cinta pandangan pertama itu maka segala perjalanan kehidupan kita di muka bumi Allah ini akan berubah... saya tak cakap cinta pandangan pertama untuk mereka yang sudah berpunya dengan pasangan yang berlainan ada terbaik atau dibolehkan... selagi boleh elak kena elak... memohon dan terus memohon dari Allah.. kerana dia lebih tahu. jangan kerana perasaan nikmat dan indah yang sedang dikejar akan membuatkan ramai hati yang terluka banyak perasaan yang merana.... maka berpada-padalah......

sebenarnya apa yang saya tulis takde kena mengena langsung dengan apa yang saya rasa ketika ini... sebab perasaan saya dah lama tak rasa penangan cinta pandang pertama hahahahaha...kalau diberi peluang pun.. saya nak rasa perasaan itu hadir untuk suami saya.... so... pikir-pikirkanlah.... babai....

0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.