08 October, 2013

On 1:06:00 PM by Aliza   2 comments
Aihhhhh...... tiba-tiba teringat zaman membreastfeeding kan adik....  dah 3 tahun berlalu... rasa rindu plak nak mengepam bagai... hahahahahhaa.... mengong ke hapa. 
Tak adalah, sejak dua menjak ni saya dikelilingi oleh mereka-mereka yang bakal mendapat baby lagi... yang dah dapat baby... seronok nengok dorang bercerita tentang breastfeeding. kekadang, saya sharekan juga pengalaman untuk ibu-ibu baru yang tak tahu atau yang perlukan pandangan saya. saya ni takdelah arif sangat, tapi alhamdulillah berjaya menyusukan adik selama 2 tahun 3 bulan.
Terlalu banyak cabaran sewaktu proses menyusukan adik, salah makan ubat hingga mendatangkan kesan yang buruk kat adik... stress hingga menjejaskan produk tenusu ku hahahahaha.... macam-macam lah pengalaman. cuma apa yang boleh saya kongsikan untuk kengkawan yang baru nak berjinak-jinak dengan breastfeeding nih....  


  1. jaga pemakanan kita. jangan ambil ubat sebarangan. even ada nasihat dari doktor pun, kita kena berhati-hati. sebab saya dulu pernah ambil ubat selesema dan ubat batuk, ntah macamne ubat yang doktor bagi tu tak sesuai untuk ibu yang menyusukan... akhirnya adik asik muntah-muntah setiap kali breastfeed. keluar balik susu yang adik minum, air susu yang keluar bak air paip. cukup menakutkan.
  2. jangan stress. bila kita stress hasil susu pasti akan merundum.
  3. amalkan makan kurma, minum susu. saya dulu saya amalkan makan kurma, protien soya dan minum air longan kering. insyaallah, susu akan ok.
  4. banyakkan berdoa minta Allah mudahkan proses menyusu.
banyak lagi petuanya.. tapi nanti-nantilah kita share. nah, mari nengok hasil perahan ku satu ketika dulu..... wahhhh rindunya......



2 comments:

YUS said...

Zaaaaa.... nanti tunjuk ajar yus ya. Niat dihati nk bf baby ni smpai 2 tahun.. yang lepas2 tu semua x berjaya. Harap kali ni berjaya la.. ;)

za reesya said...

Hehehehehe.... Boleh aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...