Selatan - bayou lagoon park resort - Melaka

12:01:00 PM Aliza 0 Comments

Ini boleh dikategorikan entri basi. ia basi sebab gambarnya dah tersimpan lebih separuh bulan. Bukan malas, tapi banyak kerja penting yang perlu diselesaikan dulu. ayokk kita pergi bercuti. kali ni trip kami ke Selatan plak. Selatan bukan ke Johor.. tapi ke Melaka. kali ni saya ambil keputusan untuk ke Bayou Lagoon Park Resort.

Sekarang zaman serba canggih, semua di hujung jari saja. so saya beli tiket mudah je dari Agoda. kebetulan plak masa buat booking agoda ada wat promotion. murah la dari harga asal. tapi yang penting kena booking sebulan awal atau awal lagi hahahahahahaha. Ayokkk jalan lagi.


Chek in kat sini selepas jam 3 ye. chek out plak jam 12tgh. kawasannya luas.
kebetulan masa kami sampai makhluk begitulah ramainya. adoiiiii......... cuti sekolah kot.
Usai saja Chek in, kami terus masuk bilik. memula kad kami salah kot, sebab kad masuk memula takleh buka pintu. hahahahhaa. masuk kali kedua baru ok selepas dapat gantian. mungkin sebab orang ramai sangat, jadi bertukar-tukar la semua. Dapat je masuk... horayyyyyy....... tukar baju yok nak mandi. hahahahahhaha


Ini ruang dapur la kononnya. ada sinki, peti ais. best..best.

ini ruang menonton dan ruang tido. ruang yang luas, memang selesa.
Cuma lepas ni kalau nak datang lagi sila bawa toto yer.

Nengoklah budak tenit tu. abis semua dia jelajah.
Terlalu bahagia hidup dia. hahahaha 

Sebelum masuk taman tema, kami perlu dapatkan tambahan gelang masuk. sebab untuk satu bilik hanya disediakan 2 gelang masuk dewasa sahaja. so kami kena tambah lagi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang regenya samanya, RM15 satu.

Jom mandi
Mungkin rezeki anak-anak. masa kami sampai je, kebetulan ada persembahan Upin dan Ipin. mereka bagi hadiah kat kekanak. wahhh seronok bukan main kak long dan adik. cumanya, adik yang tak biasa dengan maskot besar macam tu, jadi dia agak cuak jugalah. tapi demi untuk dapatkan hadiah dari Upin Ipin ni, dia beranikan juga diri tu hahahahahahah.

nengok kak long, sempat lagi bergambar dengan Ipin. Ipin sempat mengusik tu.
Adik? hahahahah adik waktu ni sedang menangis sebab Upin baru lepas mengusik adik.

Adik ambil hadiah. cer nengok bebetul muka adik

Tempat mandinya

Nengoklah budak tecitnya.
bangga dia dapat mandi

Kak long dan adik seronok lagi.
mereka memang xtra xcited mandi kolam.

Lepas penat mandi kolam, malamnya kami pergi cari ikan bakar. memulanya ingat nak g makan kat Umbai. tapi ramai plak member yang cakap Umbai tak best, kalau nak g makan g kat Duyong. so apa lagi.

tada

Mak buyong tengah tungga ayah dan papa order makanan

Sotong goreng tepung

Budak tecit ni lagi. nak makan sendiri dia,
patutlah mengamuk bukan main

Tauhu Bakar

Ikan apa ntah..
masak apa ntah

Apa ni?

Ok, secara keseluruhannya, bilik untuk menginap memang selesa, sebab biliknya besar. tapi kalau nak mandi manda kat sini, tak berapa best sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. tapi untuk percutian singkat boleh je.. ayokkkkk

0 comments:

Arau Perlis - Danok - Padang Besar - Hatyai Thailand

2:18:00 PM Aliza 7 Comments

Kabare korang? rasa macam lama tak update blog. Sunyi tak? Sunyi tak? hahahahahaha oklah... meh kita sambung berblog yer.. kengkonon nak jadi blogger tegar, tapi tak kesampaian jugalah gayanya. bz nar lah, banyak kerja yang harus diselesaikan. Tapi sib baik saya berkesempatan ambil cuti dan bercuti dengan keluarga. almaklumlah, kebiasaan ujung tahun keluarga dari jauh di sinun akan berkumpul dan kami akan plan nak jejalan mana yang kami nak. cuma tahun ni merupakan tahun kedua bercuti tanpa ayah.

Ayokkk kita bercuti... kali ni kami ke Thailand pulak.. sebelum g Thailan, sila pastikan pasport idup ye. kami bergerak dari Arau sekitar jam 8 pagi. kami sewa sebuah van besoooo..... agak-agak muat dalam 10 oranglah, asalnya van tu muat untuk 14 orang katanya. tapi disebabkan atas kehendak pihak JPJ Malaysia, so van tu boleh bawa 10 orang je. alamak, gambar van takde plak. 


kami sampai di bahagian pemeriksaan pasport imegresen Malaysia, pergh..
ada 2 kaunter manual dan 1 kaunter layan diri.. tapi yang berfungsi 1 kaunter je. alahaiii

selesai je kat imegresen Malaysia, so kami kena
berurusan di kaunter imegresen Thailand pulak. 
Tapi sila pastikan  korang isi form ni tau. ni kena amik kat bangunan kat dalam tu
hahahahaha. nak mengisinya pepandailah korang, kami main belasah je.

Ini bahagian yang penting, sila sediakan duit RM1 ye,
saya tak pasti atas dasar apa duit tu kena bagi kat pegawai imegresen mereka.
 RM1 untuk 1 kepala. tapi masa kami
keluar dari Thailand takde plak dorang minta duit tu. pelikkan.

Tada.... kami dah sampai Danok. tak jauh pun dari imegresen .
kalau jalan kaki pun boleh hahahaha.
masa kami sampai mungkin masih awal, so kedai banyak tak buka lagi.
so sementara tunggu kedai buka,
kami sarapan dulu bekal yang kami bawa.
so far pemandangan kat sini boleh boleh aje la,
takde lah nak kata bersih sangat.
kawasannya lebih kurang macam kat Ho Chi Minh,Vietnam.
mungkin masih awal, so belum nampak apa yang menarik la di Danok ni.

Sehingga jam 10 pagi, kedai masih belum buka, so kami amik keputusan untuk trus ke Hatyai, tapi sebelum tu kami singgah ke Padang Besar Thailand dulu la nengok apa yang ada. sampai kat sana pun kedai masih banyak belum buka, ada 2, 3 kedai je lah yang dah buka. saya sempat nengok harga baju kat situ... hmmmm harganya nak kata mahal pun tak, nak kata murah pun tak. boleh la. cuma baju-baju yang harga kat Malaysia dalam RM100, tapi jual kat sini baru dalam lingkungan RM50. murah kan. dah puas nengok-nengok apa yang patut, kami pun teruskan perjalanan ke Hatyai. perjalanan dari Padang Besar Thailand ke Hatyai lebih kurang sejam lebih la.


Kami dah sampai. ini namanya tut tut....
ala, teksi dorang la ni.
tapi saya tak berpeluang naik, so saya tak tau la regenya bape.
len kali kalau datang lagi saya akan pastikan akan naik mende alah ni ye. hihik.

Nengoklah anak saya yang paling tecit ni. dia dah kepenatan

Ini mercu tanda dorang kot

Sambil nak pilih barang yang nak beli,
korang leh minum air kelapa kat sini.
 sepanjang jalan banyak gerai makan dorang.
cuma kita kena pastikan sednrilah boleh makan ke tak,
sebab dah bercampur. saya tak singgah makan pun kat sini.

Untuk makan, saya cuma beli buah mangga besar ni je, lemak manis.
disebabkan saya teringat buah mangga yang makan kat Ho Chi Minh tempoh hari tu yang saya beli.
Alhamdulillah, sedap. saya makan 2 bijik tau.

lebih hurang beginilah kawasan Hatyai....

Lebih kurang dalam 2 jam meronda-ronda kat bandar Hatyai ni, tak beli apa sangat.. just beli 2 pasang tshirt dan seluar. sedikit barang untuk anak-anak, kami terus bergerak ke pasar terapung. 

Inilah dia pasar terapung mereka. macam-macam ada

air minuman yang dijual. kalau jual dalam bekas tembikar tu
regenya kalau dalam RM lebih kurang RM2.50 je. 

Ini dia jual sotong bakar, kerang bakar.. heheheheh

yang ini pula macam kuih apa ntah, dalam kuih tu ada isi siput. sedap lah juga

Ini telur puyuh goreng. adik suka makan

nampak tu
besar sotongnya

saya suka

makan eskrem pun dalam bekas tembikar tu

papa makan burung puyuh

Asalnya hajat di hati, selepas ke pasar terapung, kami nak terus ke Songkla, tapi tak sempat sebab dah malam. so kami terus patah balik ke Danok nengok apa yang ada bila malam. wahhh meriahnya dengan gerai-gerai makanan. dorang cakap kat Danok ni yang specialnya daging bakar. so kami try tomyam, daging bakar dan ayam goreng. 

inilah keluarga besar saya yang sedang tunggu masa untuk makan
Pemandangan gerai dari arah depan. banyak lagi gerai makan, tapi sepupu ai cakap kat sini yang sedap

Sambil tunggu makanan, saya dan incik suami beli ayam goreng lagi.
Tapi ayam goreng sini disediakan dengan pulut. sedaplah ayamnya.
kepak ayam "goring"

Ini daging bakar. memang sedap. cuma saya tak suka sebab manis

ini air mineralnya
 Dah selesai makan, dengan rasminya kami pun balik. so balik keluar ikut Bukit Kayu Hitam. keadaan memang memenatkan. cuma percutian kali ni bukan dikategorikan percutian bershopping mopping, tapi percutian makan-makan. sebab saya makan apa saja yang saya nak. 

tapi banyak persamaan antara Thailand dan Vietnam. keadaan trafiknya yang kelamklibut sket. susananya yang ala-ala pekan koboi. tapi nak makan memang best.... oklah.. nanti kita sambung cerita lain pula. hmmm kalau best sila like ye entri kali ni. heheheheheheh.. okbai.




#sukajejalanmakanangin


7 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...