18 December, 2013

On 12:01:00 PM by Aliza   No comments
Ini boleh dikategorikan entri basi. ia basi sebab gambarnya dah tersimpan lebih separuh bulan. Bukan malas, tapi banyak kerja penting yang perlu diselesaikan dulu. ayokk kita pergi bercuti. kali ni trip kami ke Selatan plak. Selatan bukan ke Johor.. tapi ke Melaka. kali ni saya ambil keputusan untuk ke Bayou Lagoon Park Resort.

Sekarang zaman serba canggih, semua di hujung jari saja. so saya beli tiket mudah je dari Agoda. kebetulan plak masa buat booking agoda ada wat promotion. murah la dari harga asal. tapi yang penting kena booking sebulan awal atau awal lagi hahahahahahaha. Ayokkk jalan lagi.


Chek in kat sini selepas jam 3 ye. chek out plak jam 12tgh. kawasannya luas.
kebetulan masa kami sampai makhluk begitulah ramainya. adoiiiii......... cuti sekolah kot.
Usai saja Chek in, kami terus masuk bilik. memula kad kami salah kot, sebab kad masuk memula takleh buka pintu. hahahahhaa. masuk kali kedua baru ok selepas dapat gantian. mungkin sebab orang ramai sangat, jadi bertukar-tukar la semua. Dapat je masuk... horayyyyyy....... tukar baju yok nak mandi. hahahahahhaha


Ini ruang dapur la kononnya. ada sinki, peti ais. best..best.

ini ruang menonton dan ruang tido. ruang yang luas, memang selesa.
Cuma lepas ni kalau nak datang lagi sila bawa toto yer.

Nengoklah budak tenit tu. abis semua dia jelajah.
Terlalu bahagia hidup dia. hahahaha 

Sebelum masuk taman tema, kami perlu dapatkan tambahan gelang masuk. sebab untuk satu bilik hanya disediakan 2 gelang masuk dewasa sahaja. so kami kena tambah lagi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang regenya samanya, RM15 satu.

Jom mandi
Mungkin rezeki anak-anak. masa kami sampai je, kebetulan ada persembahan Upin dan Ipin. mereka bagi hadiah kat kekanak. wahhh seronok bukan main kak long dan adik. cumanya, adik yang tak biasa dengan maskot besar macam tu, jadi dia agak cuak jugalah. tapi demi untuk dapatkan hadiah dari Upin Ipin ni, dia beranikan juga diri tu hahahahahahah.

nengok kak long, sempat lagi bergambar dengan Ipin. Ipin sempat mengusik tu.
Adik? hahahahah adik waktu ni sedang menangis sebab Upin baru lepas mengusik adik.

Adik ambil hadiah. cer nengok bebetul muka adik

Tempat mandinya

Nengoklah budak tecitnya.
bangga dia dapat mandi

Kak long dan adik seronok lagi.
mereka memang xtra xcited mandi kolam.

Lepas penat mandi kolam, malamnya kami pergi cari ikan bakar. memulanya ingat nak g makan kat Umbai. tapi ramai plak member yang cakap Umbai tak best, kalau nak g makan g kat Duyong. so apa lagi.

tada

Mak buyong tengah tungga ayah dan papa order makanan

Sotong goreng tepung

Budak tecit ni lagi. nak makan sendiri dia,
patutlah mengamuk bukan main

Tauhu Bakar

Ikan apa ntah..
masak apa ntah

Apa ni?

Ok, secara keseluruhannya, bilik untuk menginap memang selesa, sebab biliknya besar. tapi kalau nak mandi manda kat sini, tak berapa best sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. tapi untuk percutian singkat boleh je.. ayokkkkk

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...