03 October, 2017

On 9:07:00 AM by Aliza in , ,    No comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Entri terperuk lama, nyaris jadi pekasam. kalau jadi pekasam ok juga, ada juga gunanya. kalau entri jadi pekasam apakah kejadiannya. 

meh nak kongsi. Saya kan, kalau makan nasi menu sup tulang, mesti kena pandai cari lawannya, supaya sesi makan-makan tu menjadi hebat. selalunya saya akan kawinkan sup tulang ni dengan sambal belacan, belacan sabah hokay  ikan masin perah limau, dan ulam-ulam. peghhhh... kalau ada telur dadar pun ok juga. Tapi rasanya kombinasi keempat-empat menu ni pada kami anak beranak memang dah boleh buat peluh merecik hahahahha. 

meh kongsi, korang kalau makan sup tulang apa lawannya? boleh saya try nanti, mana tau lagi power.


nampak tu..nampak tu

sup tulang ni, tabur daun sup, daun bawang banyak2.. baru harum

sambal belacan, kalau kak long Batrisyia yang tumbuk
memang aumm

ni antara ulam-ulam yang kami makan

ini paling win. ikan masin beli dari sabah. sebungkus RM1 sahaja.
sebungkus tu ada dalam 4-5 ekor

Ok, selamat menjamu mata. jangan lupa kongsi tau, korang makan sup tulang lawan dengan apa...


#perutkenyangsenanghati

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...