20 March, 2009

On 8:46:00 AM by Aliza in    No comments
ANDA sedang menyukai seseorang? Anda tahu si dia juga turut menaruh perasaan terhadap diri anda yang selama ini menjadi perhatiannya. Dalam perhubungan ada kalanya perbuatan, sikap mahupun kata-kata yang sering membuat anda terluka, tersinggung, terhiris atau perkara yang boleh menarik rasa benci. Oleh itu, hubungan yang sepatutnya mampu pergi jauh sering terhalang di tengah jalan sehingga perasaan yang pernah wujud di sudut hati terhakis tiba-tiba.

Lelaki harus merenung kesilapan diri atau ada sesuatu yang pernah membuat teman wanita terluka. Cuba semak perbuatan atau kata-kata anda yang membangkit rasa terkilan, marah atau geram si dia sehingga segalanya bagaikan ternoktah! Sebagai seorang perempuan pula, anda juga harus tetapkan ciri tertentu dalam mencari pasangan terbaik.

Renunglah perkara berikut jika ada sesuatu yang boleh diteladani.

* Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

* Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya, dia paling suka ke Thailand.

* Apabila dia beritahu anda, isterinya tidak pernah memahaminya atau tidak pernah menjaga kebajikannya dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, rupa-rupanya si isteri sedang sarat mengandung - anak ke sembilan!

* Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi, tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang me nyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan.

* Dia mula menceritakan kesempitan wang dan menagih simpati anda supaya membantunya. Awas! Lelaki sebegini akan menjadikan anda mesin ATMnya!

* Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

* Dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemu janji dengan anda tetapi buat juga kerana kasihan sedangkan anda yang beria-ia sangat mahu menemuinya.

* Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidap penyakit kelamin kronik.

* Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting.

* Apabila anda pesan minuman ringan, dia pula memesan minuman beralkohol. Tentunya lelaki sebegitu kurang sesuai sebagai Muslim.

* Apabila bercakap, kata-katanya umpama tin kosong konon bapanya saudagar minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak tetapi bila bil makan sampai, dia buat tidak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan.

* Dia beritahu yang hatinya sangat terluka dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis hamil anak luar nikahnya. Apakah anda terus membuang masa bersamanya? Kalau anda seorang rasional, mengapa masih terus mahu bersama dirinya?

* Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang-tukang yang hebat.

Masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian? Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meninggalkannya tanpa ucapan.

Semoga bermanafaat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...