05 December, 2012
SOALAN : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
JAWAPAN :
Wa'alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit.
Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain" Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga. Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 ) Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
ust zaharuddin
15 Mei 2007

za: apalah pendek punya akal orang yang sibuk melihat hak orang lain....
08 June, 2010
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan
solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih
hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman
NabiMusa A. S.
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada
seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak
de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam .
" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri
si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila
dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat
yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat
Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak
payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar,
walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya,
pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan
menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..
lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah
minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum
air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi
menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg
meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat,
sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah
dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..
Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan
akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi,
dsb..
anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan
yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2
gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..
tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita
ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti
canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg
tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia..
gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2
yg baik. beware apa yg kita makan... betapa
beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan
solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj,
sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan
dan peliharalah org2 yg lemah di bawah
tanggunganmu."
jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan
yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

04 June, 2010
Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.
Jangan menuding jari
Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka belum faham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta rumahtangga menjadi mangsa.
Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita. Bila sesuatu yang kurang kita senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada diri sendiri :
- Apakah tanggungjawap saya di sini?
- Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan?
- Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang berlaku di sekeliling kita ini?
Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar? Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap mendidik keluarga terletak di atas bahu suami?
Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata seperti, “Hah! Itulah awak, tak pandai jaga anak!” sangat biasa dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan tanggungjawab isteri semata-mata!
Tidak sedikit rumahtangga yang menganggap pendidikan anak hanya tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!
Lengkap-melengkapi
Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para bapa. Senario ini berlaku kerana ada para bapa yang mengambil mudah tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malam hanya kerana mahu mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak terbiar juga. Hati mereka sakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!
Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua ini salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk pertumbuhan sihat diri anak-anak.
Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya di bahu ibu, akan perlu menjawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.
Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.
Bermula di rumah
Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedari bahawa tanggungjawap mendidik seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang berbunyi lebih kurang begini, “seluruh kampung perlu bekerjasama untuk membesarkan seorang anak dengan sempurna.”
Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari kesalahan orang lain.
Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para lelaki mahupun wanita, iaitu, “Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!”. Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi cemerlang itu terbina.
Sumber: Dr Rozieta Shaari

16 April, 2010
>
> Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
> Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain

01 April, 2010
(AAP) CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".
University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.
Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.
"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.
"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.
Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".
This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.
At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.
"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.
The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.
A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.
http://www.news. com.au/national/ cigarettes- may-contain- pigs-blood/ story-e6frfkvr- 1225847653290

24 March, 2010
Selalunya bila ada soklan yang macam tu atau seangkatan dengannya aku akan jawab slimworld kehkehkehkeh.. takderlah... berkat menyusukan akan sepenuhnya.. inilah hasilnya hehehehe, di samping tu pula aku amalkan makan Fiber Plus Cosway product. Memang agak berkesan sejak aku makan tahun lepas. product susu aku pun takderlah terganggu sangat, sebab aku minum air banyak. aku ni bukanlah nak mempromot, tapi kesan pada diri sendirilah tu yang nak share tu. so, kalau ada sesapa yang nak try bolehla g cosway beli, ala tak mahal, setin RM9.90 jer.. kalau ada offer lah....

23 March, 2010
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

17 March, 2010
17 December, 2009
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu..
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai
untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah
beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

23 November, 2009
Dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia segala-galanya dalam kudrat Allah s.w.t. Jika Allah berkehendak untuk menjadikan makhluk, Dia berfirman: Kunfayakun yang bererti adilah engkau,maka jadilah makhluk tersebut.
Oleh yang demikian, walaupun manusia berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi jika dengan tiada kudrat Tuhan maka tidak akan terjadi kehamilan yang melahirkan zuriat itu.
Salah satu daripada beberapa perkara yang sangat diutamakan oleh manusia ialah mengenai pilihan jantina anak. Kelahiran anak lelaki masih lagi menjadi pilihan utama di kalangan kebanyakan kaum dan masyarakat di dunia ini khususnya di kalangan masyarkat Timur.
Pilihan anak lelaki sangat kuat di kalangan kaum Cina dan Korea, tetapi di kalangan orang Melayu pilihan jantina anak itu tidak begitu dihiraukan berbanding dengan kaum yang saya nyatakan tadi.
Keinginan untuk mendapat anak dari jantina yang berbeza boleh terjadi apabila sepasang kelamin berturut-turut mendapat anak lelaki sahaja misalnya setelah lima atau enam kali melahirkan anak.
Keinginan membara untuk mendapatkan anak perempuan menyebabkan mereka terus-menerus mencuba sehinggalah jantina anak yang diidam-idamkan itu berjaya diperolehinya.
Dari perubatan, pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkait dengan jantina anak. Misalnya penyakit hemophilia iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Dalam hal demikian doktor menasihatkan pasangan kelamin ini cuba mendapatkan anak perempuan.
Seperti yang kita ketahui, percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, warisan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.
Tegasnya penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.
Adalah dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat.
Adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).
Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.
Disamping itu, dengan adanya peralatan teknologi moden, benih yang membawa kromosom lelaki dan perempuan boleh dipisahkan dengan cara terbaru. Dengan pengetahuan mengenai ciri benih lelaki, manusia telah mencapai kejayaan walaupun tidak seratus peratus untuk merancang jantina anak yang belum dihamilkan itu.
Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan bermacam-macam cara dan teknik untuk merancang jantina anak sebelum dihamilkan.
Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan. Cara ini diamalkan oleh orang Cina. Mereka berpendapat, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.
Asas bagi penggunaan kalendar untuk menentukan jantina anak tidak begitu difahami dan tidak boleh diterima oleh ahli-ahli sains perubatan.
Sesetengah orang percaya jenis makanan boleh mempengaruhi jantina anak yang dilahirkan. Ada yang percaya jika seseorang lelaki makan banyak makanan laut seperti udang, ikan atau sotong, besar kemungkinan anak lelaki akan dihasilkan. Tidak terdapat bukti jelas dari segi sains perubatan yang dapat menyokong pendapat tersebut.
Selain daripada cara yang disebutkan, cara perubatan moden juga boleh digunakan untuk menentukan jantina sebelum dilahirkan. Cara termoden ialah melalui pemisahan benih lelaki Y daripada X.
Seperti yang dinyatakan, benih lelaki akan menentukan jantina anak dan ini bergantung kepada benih mana yang bercantum dengan telur perempuan. Jika ia bercantum dengan benih Y hasilnya anak lelaki – hasil percantuman XY. Jika percantuman itu dengan benih X hasilnya ialah anak perempuan (XX).
Air mani lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian air mani itu menjalani satu proses yang boleh memisahkan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur. Teknik pemisahan benih Y dengan X masih dalam peringkat penyelidikan lagi dan ia memerlukan teknologi yang tinggi.
Laporan dari negara Jepun, Israel dan Amerika yang mempunyai kemampuan teknologi menunjukkan pakar sains perubatan telah berjaya memisahkan benih X dengan benih Y menerusi satu teknik yang digelar chromatography, tetapi malangnya teknologi terbaru ini belum dapat dipraktikkan di negara kita.
Saya percaya di suatu masa kelak teknik ini akan dapat kita amalkan untuk merawat pasangan kelamin yang betul-betul mengkehendakinya. Terdapat banyak cara digunakan oleh ahli sains perubatan untuk memisahkan benih Y dengan X. Antara cara yang sering dilaporkan dalam suratkhabar ialah cara yang dipopularkan oleh Ericson. Tidak lama dahulu perkara ini telah menjadi satu isu di akhbar Singapura dan tempatan. Ini berlaku kerana terdapat beberapa orang doktor yang cuba membuat franchise bagi teknik ini.
Dalam ilmu dan amalan perubatan, seseorang doktor tidak boleh membuat franchise terhadap apa jua teknik yang digunakan. Jika ia mengetahui sesuatu cara rawatan perlulah disebarkan kepada semua, tidak ada had bagi doktor lain untuk menggunakannya. Akhirnya, doktor yang berkenaan di Singapura digantung lesen praktiknya.
Dalam cara pemisahan benih Y dan X yang dilaporkan oleh Ericson, pada asasnya ia menggunakan albumin untuk memisahkan benih X dengan Y. Proses pemisahan ini dilakukan dengan mudah dan satu tabung uji berasaskan pada pergerakan benih Y dengan lebih cepat.
Benih ini akan berkumpul pada satu lapisan yang tertentu. Apabila benih Y ini telah terkumpul, bahagian tersebut diambil dan seterusnya disuntikkan ke dalam rahim isteri iaitu ketika waktu suburnya.
Cara ini tidak boleh menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Satu perkara yang penting dalam rawatan ini ialah tatacara suntikan atau insemination. Ini dilakukan selepas benih lelaki berjaya melalui proses pemisahan. Insemination atau persemanian adalah satu tatacara yang dengan mudahnya boleh dilakukan di klinik.
Ia tidak memerlukan peralatan yang rumit dan tidak juga memerlukan ubat bius. Apa yang diperlukan ialah alat untuk memeriksa kemaluan wanita dan satu alat penyuntik benih yang khas untuk menyuntikkan benih ke dalam rahim. Selepas menjalani tatacara persemanian ini, wanita itu perlu berehat setengah jam untuk memberi peluang benih masuk ke dalam rahimnya.
Untuk menentukan kejayaan persemanian, perkara yang amat penting ialah penentuan waktu subur yang tepat. Seperti apa yang saya telah terangkan lebih awal, pada waktu subur ini, wanita akan mengeluarkan telurnya. Biasanya telur wanita ini tidak hidup lama, hanya sekadar 24 jam hingga ke-48 jam sahaja.
Oleh itu penting bagi wanita tersebut dan doktor yang merawatnya mengetahui waktu yang tepat bagi pengeluaran telur tersebut supaya persemanian boleh dilakukan pada ketika itu.
Dalam bab yang lalu, saya telah bincangkan dengan panjang lebar masalah ini. Saya ingin jelaskan sekali lagi kerana mengenal waktu subur ini sangat penting untuk menjayakan sesuatu kehamilan. Ada banyak cara yang boleh digunakan oleh wanita untuk menentukan waktu suburnya. Pertama dia boleh menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum dia mandi atau memberus gigi.
Suhu badan ini kemudian dicatatkan pada satu carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid hingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk sama ada wanita itu mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga akan memberi petunjuk bila wanita itu mengeluarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.
Cara kedua ialah dengan mengkaji lendir dari faraj. Untuk mendapatkan contoh lendir ini, seseorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan. Ini lebih baik dilakukan sejurus selepas berhadas kecil. Tentukan kuku tidak panjang dan masukkan jari ke dalam lubang faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung.
Dari situ dia akan mendapat sedikit lendir yang akan terlekat pada jarinya. Lendir pangkal rahim ini sering berubah bentuk dan rupanya mengikut pusingan haid. Sebelum waktu subur lendir ini adalah jernih tetapi tidak banyak dan tidak mudah dijalurkan (stretch). Pada waktu subur iaitu yang biasanya jatuh pada hari 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan.
Inilah waktunya seseorang wanita itu sangat subur. Setelah telur keluar satu atau dua hari kemudiannya lendir ini menjadi kesat dan tidak jernih lagi dan serba keputihan warnanya. Ini menunjukkan hari subur telah berlalu.
Untuk mengesan waktu subur dengan lebih tepat lagi beberapa ujian makmal boleh dilakukan. Ini berasaskan pada ujian lendir pangkal rahim ataupun dengan cara menyukat paras hormon tertentu yang perlu dilakukan berkali-kali apabila seseorang wanita mendekati waktu subur.
Cara lain ialah dengan membuat pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya ialah Klinik Kesuburan LPPKN sendiri.
Setakat ini teknik pemisahan benih Y dan X belum dapat dipraktikkan di Malaysia. Apa yang selalu dilakukan oleh doktor hanyalah memberi nasihat kepada pasangan kelamin tersebut mengenai waktu keluar telur ini atau waktu subur dan seterusnya menasihatkan mereka seperti berikut:
Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada waktu isterinya subur. Mereka tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam kemaluan boleh diubah kepada alkaline sedikit, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Bagaimana caranya untuk mengubah pH dalam kemaluan? Setengah jam sebelum persetubuhan, sebaiknya dilakukan satu prosedur yang digelar douching atau membasuh bahagian dalam kemaluan dengan cecair yang khas.
Dalam hal ini, cecair yang sesuai ialah sodium bicarbonate 8.4 peratus. Douching ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam kemaluan dan pancutkan air yang dinyatakan di dalamnya. Cara melakukan prosedur ini boleh diajarkan oleh jururawat di klinik.
Jika anak perempuan pula yang dikehendaki, adalah dipercayai waktu persetubuhan seeloknya dilakukan 24 jam sebelum pengeluaran telur. Tegasnya pasangan tersebut bolehlah melakukan persetubuhan pada hari ke-11 atau 12 bagi mereka yang mengeluarkan telur pada hari ke-13, iaitu 24 jam sebelum telur perempuan keluar. Persetubuhan terpaksa dihentikan 4 atau 5 hari kemudiannya.
Adalah dipercayai juga jika pH di dalam faraj boleh ditukarkan kepada sH, ada kemungkinan anak perempuan dilahirkan. Bagaimana hendak menukarkan pH ini? Beberapa cecair yang asid sedikit seperti Lactacyd boleh dilakukan secara douching seperti yang dinyatakan. Douching ini juga perlu dilakukan setengah jam sebelum persetubuhan.
Dalam usaha memilih jantina yang dikehendaki perlu ditegaskan segala usaha dalam kudrat Allah s.w.t. Manusia merancang dan berusaha, Tuhanlah yang mengurniakan. Dalam rawatan perubatan seperti ini, seseorang doktor tidak boleh memberi jaminan kejayaannya. Mengikut kajian yang telah dilakukan, usaha pemilihan jantina ini hanya dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Seandainya pasangan itu tidak berjaya mendapat apa yang dikehendaki janganlah mereka mengeluh dan menyesal. Reaksi tersebut adalah satu tanda yang menunjukkan kita tidak bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Tuhan.
Apa yang penting, kita bersyukur kerana bayi telah dilahirkan dengan selamat dan cukup sifatnya walaupun dia bukan jantina yang kita hajati. Setiap anak Islam sama ada lelaki atau perempuan perlu diingatkan tentang keislamannya ketika dilahirkan dengan menyeru azan atau kamat. Bagi mereka yang ingin mencuba saya ucapkan selamat berjaya.
petikan http://www.hamidarshat.com

MENJARAKKAN kehamilan bukan lagi satu perkara yang menjadi tabu kepada masyarakat di Malaysia kini. Kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kesibukan kerja menyebabkan bilangan ahli keluarga kini semakin mengecil berbanding 20 tahun dahulu.
Lantaran itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan suami isteri terutama golongan muda memilih untuk merancang keluarga bagi menjarakkan kehamilan atau pun mengehadkan bilangan anak.
Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah ‘termengandung’ yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi.
Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.
Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.
Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional seperti memakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil, kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ‘kelegaan’ bagi pasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnya pelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakan dan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.
Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.
“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.
Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.
“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.
Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian.
Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.
Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.
“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.
Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.
Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan.
Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.
Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.
Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon.
Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
Fakta mengenai implanon:
l berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
l implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
l mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian:
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.
Mengapa perlu perancang keluarga?
Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.
“Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya.
Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.
Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.
“Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
“Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.
Jenis-jenis kaedah perancang keluarga:
1. Tradisional
Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama.
2. Semulajadi
Mengunakan kaedah masa selamat, suhu badan (masa subur/ tidak subur), mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) dan azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi). Peratus kegagalan tinggi kerana sukar menentukan waktu kesuburan yang tepat.
3. Halangan
Penggunaan kondom (lelaki/ wanita), diafram, kap serviks dan spermisid (bunuh sperma). Kegagalan masih boleh berlaku.
4. Hormonal
Pil, suntikan, implanon, tampalan (belum ada di Malaysia) dan gegelang vagina (belum ada di Malaysia). Kesuburan baik pulih selepas kontrasepsi dihenti atau ditanggalkan.
5. Kontrasepsi darurat
Pil mencegah kehamilan selepas satu persetubuhan yang tidak dilindungi. Perlindungan berkesan 72 jam selepas persetubuhan, kurang berkesan selepas itu dan boleh diambil untuk tempoh 120 jam (lima hari).
6. Alat dalam rahim (ADR)
Alat yang dimasukkan dalam rahim dan dibiarkan untuk tempoh tertentu. Diperbuat daripada polietelin dan kuprum. Berkesan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada luas permukaan kuprum. Peratus kegagalan 0.16 kehamilan dalam 100 wanita setahun.
7. Pemandulan
Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).
Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga?
Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang.
so kesimpulan yang aku dapat... biarlah dulu, sebab abang cakap... "original lagi bagus" hehehehehehe

22 November, 2009
1.Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
2.Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
3.Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
4.Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
5.Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.
6.Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
7.Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.
8.Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.

18 November, 2009
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.
Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu

16 November, 2009
Banyak masa luang tetapi kita habiskan dengan perkara yang tidak bermanfaat bagi kita. Kalaulah boleh kita kurangkan semak dalam kehidupan kita, .. kalaulah boleh kita kurangkan kesibukan diri kita, ..kalaulah kita kurangkan frequency menekan punat remote-control TV atau VCD player atau stereo kereta, ..kalaulah kita boleh kurangkan kehadiran kita di pelbagai pesta dan karnival... ..kalaulah kita boleh kurangkan berbual kosong di Facebook atau YM, Skype dan seumpamanya.
...pasti kita ada masa memikirkan masa depan dan hala tuju hidup kita. ...pasti kita boleh membezakan cara hidup kita dengan orang kafir. ...pasti kita boleh mengenalpasti beza hidup manusia dengan haiwan ...pasti kita boleh keluar dari rutin atau kitaran "makan ..cari makan.. BERHIBUR.. tidur.." Mari kita renungkan tentang perbezaan cara haiwan dan cara manusia:
Jika difikirkan betul-betul perbezaan utama di antara manusia dengan haiwan ialah: .. mereka ada otak tapi tiada akal…mereka hidup hanya mengikut nafsu dan naluri (instinct) mereka sahaja. Naluri haiwan dan unggas telah diprogramkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.Naluri inilah yang membolehkan haiwan misalnya:
menyayangi,melindungi dan mempertahankan anak mereka, bertindak secara berkumpulan tanpa memerlukan arahan dari ketua, tahu menjejaki langkah mereka sendiri, mempunyai sistem kommunikasi dan deria yang termaju. Mereka makan apabila lapar, membunuh jika perlu dan mengawan untuk survival mereka. Naluri inilah yang membolehkan burung-burung tahu menganyam sarang mereka yang kompleks, boleh mengembara beribu batu tanpa sesat . Semua keupayaan yang menakjubkan ini adalah naluri,instinct yang diwahyukan Allah. Jika diteliti, kita akan mendapati tidak ada cara bagi haiwan memperoleh keupayaan hebat ini selain daripada diwahyukan atau diajarkan oleh Allah. Oleh itu, kehebatan binatang membayangkan kehebatan dan keagungan Allah. Kalau kita boleh luangkan masa dari bergosip, kalau kita boleh kurangkan chatting dan YM, kita mungkin ada lebih masa depan komputer. Dengan masa luang itu, cuba layari laman web Harun Yahya yang mengajak kita berfikir, antaranya mengenai keajaiban penciptaan haiwan sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha Pencipta. Semoga Allah memberi kita masa untuk memikirkan kehebatan dan keagungan-Nya.
12 November, 2009
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya

“Aduhai….! Alangkah panjangnya malam ini…!
Betapa gelap dan pekat suasana sekeliling, dan
Betapa lamanya aku dalam penantian, tiada teman untuk bergurau-senda,
Demi Allah…! Sekiranya bukan kerana ketakutanku,
Kepada Allah yang maha Esa lagi Maha Melihat,
Nescaya akan bergoncang ranjangku ini, dan segala isinya…!
Tapi, oh Tuhanku…! Malu mencegah diriku, untuk melakukannya.
Demi kemuliaan suamiku…! Tidak patut aku merendahkan,
Apa yang pernah dikenderainya.”
bacaan selanjutnya di sini

10 November, 2009
Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir
dengan mendalam, untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: "... HENDAK KE MANA
AKU?"
Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya.
Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya.
Kita MENGELAK daripada memikirkannya.
Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar
untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya.
Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan
kita? Kenapa kita tidak ada masa?
Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai
dan melalikan kita??
Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama
ialah...HIBURAN..Kita dilalikan dan dilalaikan dengan
hiburan yang berpanjangan..
Hampir keseluruhan hidup kita diselubungi, dihantui,
dikelabui oleh hiburan.
Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..
- Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan
rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling
canggih...
Tidak cukup dengan saluran TV percuma...
- kita merasa perlu pula untuk melanggan puluhan
saluran satelit berbayar..
Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam
kereta...
- Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling
mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar
anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan
kegemaran mereka.
Tidak cukup dengan itu...
- Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan
import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear
factor, Extreme Makeover etc ,
- Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan
tempatan, ada yang diciplak 90%.- Malaysia Idol,
Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari
Cinta etc.
Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik...
- Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela
dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand
etc.
Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu
berfikir...
- Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak kita
dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak
berputusan...
- Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan
Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya..
ahh! pedulikan itu semua!
Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir,
orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur...
- Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara
berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa
untuk berfikir lagi... konsert Hari Kebangsaan, Sure
Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi
pesta-pestaan.
- Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis
anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik,
Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular,
Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu
macam lagi majlis.
Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?
Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar
di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..
Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?
06 November, 2009
"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :
Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".
Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"
Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

05 November, 2009
Dalam kekecohan cuba mengenal pasti siapa pengirim bunga tersebut, seorang rakan sekerja lelaki bersuara: Alaaa, lelaki ni masa belum kahwin jer romantik. Kata-kata tersebut disambut dengan pertanyaan seorang rakan sekerja wanita: Kak Su, betul ker? Persoalan tersebut memberikan saya idea untuk membincangkan topik perbincangan di atas.
Jawapan mudah, tidak benar. Kes paling hampir ialah suami saya sendiri. Jangankan selepas kahwin, sebelum kahwin pun susah nak tengok romantiknya. Sejak kenal pada tahun 1995, berpisah sementara setelah perhubungan tidak direstui keluarga, berjumpa semula pada tahun 2002, kini perkahwinan telah dianugerahkan tiga cahayamata, sikapnya masih sama, biasa-biasa saja. Saya sendiri dah biasa dengan sikapnya itu. Jangan nak mengharap kad ucapan atau bunga atau hadiah pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan, hanya sekadar ucapan lisan: Ana, happy birthday!! Namun, saya tak pernah marah. Juga tak pernah mengharap lebih daripada itu. Mungkin sebab saya sendiri tidak terlalu mengharapkan semua kejutan tersebut. Ya lah, sebab sejak mengenalinya, itulah dia. Sebagai isteri, saya menerimanya seadanya.
Ada juga kes lelaki yang kekal romantik. Sebelum kahwin dan selepas kahwin tetap romantik. Dah ada anak cucu pun romantik. Mungkin tak banyak kes seumpamanya. Namun, saya tahu ramai juga lelaki yang menepati persoalan di atas. Sebelum kahwin, mak aii… romantiknya. Setiap kali jumpa, pasti ada sejambak bunga bersama. Kad bermuzik dan hadiah besar juga. Bila dah kahwin, bagai menunggu ayam jantan bertelur atau menunggu kucing bertanduk kata orang tua-tua, entah bila la nak diterima semua tu? Kesian kat isteri….
Kes-kes sebegini lah yang menyebabkan timbulnya persoalan yang menjadi topik perbincangan kali ini. Walaupun bukan semua tetapi sikap sebegini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Kenapa perlu hilangkan romantik anda itu? Jika sememangnya anda bukan daripada golongan yang dikategorikan lelaki romantik, kenapa sebelum memiliki pasangan anda, anda mampu bersikap romantik? Sekadar memuja sebelum dapat? Tak boleh la macam tu. Anda perlu ingat, pasangan anda menerima anda kerana menyukai sikap anda. Kenapa perlu menipu pasangan anda? Sikap anda yang berpura-pura sedemikian boleh mengundang rasa marah, sedih dan mungkin benci di dalam diri pasangan anda. Jika sememangnya anda tidak mampu bersikap sedemikian, jadilah diri anda yang sebenarnya sejak mula.
Tak perlu nak menipu kerana romantik atau tidak bukanlah keutamaan di dalam sesebuah hubungan kasih sayang. Perkara yang paling penting ialah keikhlasan dan kejujuran. Saya teringat satu forwarding emel yang saya terima ujung bulan lepas. Tentang rasa hairan seorang gadis apabila rakan karibnya yang menerima seorang lelaki yang nyata sekali nampak berbeza, terlalu biasa berbanding beberapa lelaki lain yang pernah mendekati rakannya itu. Jawapan mudah yang diberikan rakannya ialah kerana lelaki itu manusia biasa. Saya ‘pastekan’ petikan lamaran lelaki yang berjaya menambat hati si gadis seperti yang terdapat di dalam emel tersebut di sini:
“Saya, yang bernama …………… menginginkan anda …………untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.”
Persoalannya, berapa ramaikah lelaki di luar sana yang bersikap seperti lelaki di dalam emel ini? Saya tak pasti ini kisah benar atau tidak tetapi moral daripada kisah ini yang perlu kita ambil dan jadikan pengajaran. Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga. Jangan pukau bakal suami anda dengan sikap penuh pura-pura. Ingatlah, jadilah diri anda seadanya kerana kasih yang diterima seadanya akan tetap kekal semarak cintanya walau ribut dan taufan melanda.
petikan dari:- resipihidup-bersamasuzana

28 October, 2009
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak.. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
Hello everyone3 months ago
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20168 years ago
-
hati hati9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
cribriform10 years ago
-
-
-
-
-
-
MH37011 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-