06 April, 2009

On 11:33:00 PM by Aliza in    No comments
tengah malam ni aku rasa macam nak update blog plak.. bukan apa, dekat ofis dalam dua tiga menjak ni agak susah sket, banyak nar yang aku nak kejar kat opis. kekadang bila ada masa line plak tak clear.. huhuhu.... oklah, memandangkan aku dalam beberapa hari ni agak teruja sket ngan Clotg diapers, so aku nak berceritalah pasal CD yang aku ada, maksud aku Qaireen punyalah. saja nak share dengan korang semua, almaklumlah sekang nih dah jadi ibu CD tegar hahahaha betul kah ayat ku.

bawah ni brand CD pertama yang aku beli, COLABABY. aku beli buat pertama kalinya dari Cik Sue Canteek, seingat aku, aku beli kaler merah.. tapi kaler merah aku ngah basuh.


ni CD kedua Qaireen yang aku beli, Qbaby. aku masih ingat lagi berpusing-pusing aku cari umah ann kat Putrajaya, sesat barat aku. akhirnya aku jumpa juga, dan aku diperkenalkan dengan Qbaby. oklah CD nih, cuma tak tahan lama sangat macam colababy.. pakai untuk waktu siang bolehla. tapi percubaan yang bagus.

ni Brand CD ketiga yang aku beli, Lunatots. hmmm... aku berpuas hati, hinggakan aku rembat ntah berapa helai dari Cik Sue Canteek. memang fit ngan Qaireen, jarang bocor. oklah, kekalau nak cuba memang aku syorkan.

ni brand CD keempat yang aku beli, Babycool9. ok. harganyapun murah. mudah untuk aku pakai, tak kelamklibut aku. setakat nih tak pernah bocor. berpatutan dengan harga yang ditawarkan. cuma cutting agak besar sket, sesuai untuk baby yang bersaiz besar.


Ni Brand CD kelima yang aku ada, aku dapat free Dari Maryaa. bukan free macamner, aku saja try nasib untuk dapatkan free sample. akhirnya aku berjaya. CD nih ok, materialnya lebih kurang macam babycool9. cutting pun lebih kurang. aku suker, setakatni tak pernah bocor lagi lah.

ni Brand Lunatots juga, cuma wording Velcro CD. hehehe ni dapat dari Cik sue Canteek jugak. comel bila adik pakai. kalau rasa nak try boleh gak sebab sedap mata memandang.

secara kesimpulannya, aku dah jadi pengumpul CD terhormat untuk bermacam-macam Brand CD, dan aku setakat nih dah ada 13 keping CD. cuma kalu korang perasan, aku punya banyak koleksi CD dari Lunatots. so korang paham-paham sendirilah yer napa aku CD Lunatots jadi pilihan aku. so disebabkan aku suka CD Lunatots, so aku berbesar hati nak ajak korang main Kutu sama-sama ngan aku. jimat woooo.... marilah....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...