15 May, 2009
Memandangkan aku punya perancangan nak ke Guangzhou, China.. Jadi aku carilah serba sedikit info pasal tempat ini. Ibu kota Guangdong iaitu Guangzhou telah sekian lama menjadi pelabuhan termasuk ketika China mengamalkan dasar tutup pintu. Boleh dikatakan di situlah terletaknya pintu gerbang masuk Dan keluar ke negara China pada masa itu. Ada satu ketika pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), Guangzhou yang menempatkan delta Pearl River merupakan satu-satunya pelabuhan untuk perdagangan asing di China Dan IA berlanjutan selama 83 tahun. Dengan itu, tidak hairanlah mengapa terdapat sebilangan besar bangsa Cina yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia berasal dari wilayah ini. "Faktor sejarah yang berbeza dengan wilayah-wilayah China yang lain itulah yang membentuk rupa Guangdong terutama Guangzhou sekarang. Ia merupakan sebuah kota yang unik, lebih praktikal Dan lebih terbuka. Kini, Guangzhou berkembang maju menjadi kota ketiga utama di China selepas Shanghai Dan Beijing," Dari Bandar Guangzhou, kami menuju ke Bandar Jiangmen. Lokasi pertama yang perlu dilawati ialah Taman Li. Taman Li menggabungkan ciri-ciri taman tradisional Cina dengan seni bina Barat. Ia dipengaruhi oleh personaliti perekanya, Xie Wei Li yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS). Taman Li dibina pada tahun 1926 setelah Wei Li pulang ke China. Taman berkeluasan 11,000 meter persegi itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Vila (rumah agam), taman utama Dan taman kecil. Seni bina dalaman Vila jelas menunjukkan ciri-ciri Cina Dan Barat. Ini terbukti dengan kewujudan perabot tradisional Cina Dan pendiang api yang biasa dilihat di rumah Inggeris. Terdapat sebuah kampung bernama Zili. Kampung tersebut terbentuk daripada sembilan buah menara peninjau atau dikenali sebagai diaolou Dan enam buah Vila. Diaolou Dan Vila tersebut dibina oleh imigran kaya Cina dari Chicago, Malaya (sekarang Malaysia) Dan beberapa negara lain. Dengan seni bina konkrit, IA dibangunkan di antara tahun 1821 hingga 1920. Kampung Zili telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan Warisan Budaya Dunia pada tahun 2007. Semasa Jepun memerangi China, rumah-rumah agam itu direka dengan ciri-ciri pertahanan Dan keselamatan termasuk lubang-lubang untuk meletakkan peralatan senjata. Kini, hampir keseluruhan kampung itu sudah tidak didiami. Selain itu, tempat menarik lain adalah Bandar Foshan. Jika Bandar Kaiping kaya dengan seni bina menawan, Foshan pula sarat dengan semangat seni Dan keperwiraan. Jarak Bandar Jiangmen ke Bandar itu adalah kira-kira 40 kilometer. Bandar Foshan iaitu Bandar kelahiran guru kung fu terkenal, Wong Fei Hung. Disinilah terletaknya Akademi Kung Fu. Di situlah tempat Fei Hung mengajar. Selain disajikan dengan kelincahan persembahan kung fu oleh anak-anak muda yang menuntut ilmu di situ, Kita juga boleh mengunjungi muzium peringatan Fei Hong. Kemudian,Kita boleh melawat gunung Xiqiao yang menampilkan pelbagai bangunan lama berciri Cina dengan pemandangan tasik yang indah Dan boleh mendaki jalan bukit menuju ke Temple of the Ancestors. Dalam perjalanan pulang menuruni bukit, Kita dapat melihat pemandangan udara Guangdong dari tanah tinggi. Hampir tidak Ada satu tanah pun yang tidak diusahakan oleh masyarakatnya. Pelbagai petak kolam Dan ladang sayur melatari pemandangan. Ia menjadi cerminan mengapa wilayah Guangdong menjadi sebuah wilayah yang produktif."Wilayah ini begitu produktif di China. Pada tahun 2008, IA mencatatkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di wilayah-wilayah China," Foshan juga dikenali sebagai Bandar seramik. Melalui pusat Bandar Foshan, anda dapat menyaksikan ratusan kilang Dan syarikat seramik di kiri Dan kanan jalan raya. Ia memang mengagumkan. Guangzhou Bukan sahaja merupakan kampung halaman Dr. Sun Yat Sen yang bergelar Bapa China Moden atas penglibatannya dalam Revolusi China, bahkan kota ini juga dikurniakan daerah Panyu yang menempatkan Taman Safari Xiang Jiang. Antara tarikan utama taman safari itu ialah beruang panda, koala kembar Dan harimau putih. Ia juga mempunyai taman air yang menghiburkan. Nampaknya, Guangzhou turut sesuai dijadikan destinasi percutian untuk keluarga. Kita juga berpeluang untuk membeli-belah. Pelbagai barangan seperti pakaian, barangan kulit, perhiasan, barangan elektronik Dan bermacam-macam lagi boleh didapati di Beijing Road atau One Link Plaza. Kelebihan berpihak kepada mereka yang boleh berbahasa Cina Dan bijak tawar menawar. | ||||||
|
Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
-
Sedih. Jangan lama.3 months ago
-
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20168 years ago
-
Hi8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MH37010 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment