07 June, 2009

On 9:49:00 AM by Aliza in    No comments

Rasa macam baru jer semalam aku bersalinkan batrisyia.. Puteri sulungku. Aku masih ingat lagi pengalaman masa mengandung Dan melahirkan dia. Masa TU aku baru jer berenti kerja di Sabah Dan mulalah kehidupan aku sebagai seorang isteri pada seorang suami.. Lebih setengah tahun kami hidup berasingan selepas berkahwin sebab tugas yang tak dapat dielakkan. Aku hidup sebumbung dengan papa batrisyia pada akhir bulan Ogos 2003. Tak sampai sebulan berhenti kerja di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, aku dapat offer bekerja di MINT, Bangi. Tak sampai 2 bulan bekerja aku dah mula pening-pening. Aduh bagai terkena halilintar bila dapat tau yang aku pegnen, bukan tak suka.. Cuma rasa kesudian hati TU belum terbuka luas lagi, hati Dan jiwaku masih tersa seperti anak-anak kecil lagi, aku masih belum puas hidup berdua dengan papa batrisyia. Tapi apa boleh buat, itu Rezeki yang Allah mahu beri buatku. Tapi sebaik jer tahu aku mengandungkan Batrisyia, terus aku disuruh berhenti kerja oleh bosku.. Tragiskan.... Mulai saat itu aku rasa seperti anak yang kukandungkan itu adalah beban buatku... Dari Hari kehari masalah bertimpa.. Aku amat kesal Dan sedih sangat.. Rasa seperti mahu buang saja anak itu. Tapi dari Hari kehari bila Batrisyia semakin besar dalam perut ibu... Ibu mula dapat rasakan yang ibu sayangkanmu.. Terlalu sayang... Tiap kali Batrisyia bergerak ketika itulah ibu akan mengusapmu.. Cukup sayang, hingga lupa segala beban yang datang. Yang tak boleh lupa, ibu cukup suka makan roti canai pisang di kedai mamak dekat sungai tangkas, kajang TU.. Hehehehe tapi Ada time TU.. Setiap jam 1 atau 2 pagi.. WAJIB.. Papa Batrisyialah yang menjadi mangsa.
Bila Batrisyia dah cukup bulan, ibu dah mula rasa tak sabar nak nengok wajahmu.. Due sudah beberapa Hari berlalu, tapi tanda2 masih belum Ada.. Hinggalah satu Hari ibu dapat rasakan yang Batrisyia kurang bergerak. Kelamklibut papa batrisyia berulang alik membawa ibu ke Hospital, sampai bos pun marah papa. Ibu masuk hospital Putrajaya 27hb Mei 2004. Lima Hari ibu di hospital, tapi tanda masih beum Ada.. Last sekali Doktor induce ibu... Ya Allah.. Hanya Kau saja yang tahu betapa sakitnya melahirkan Nurbatrisyia Aliza. Cukup sakit... Akhirnya tepat Jam 2.45pm 31 Mei 2004 Nurbatrisyia Aliza lahir ke Bumi Allah ini. Agungkan ciptaan Allah ini.... Papa azankan Batrisyia, Dan saat itulah batrisyia mula breastfeeding dengan ibu... Dan jadi anak ibu... Ibu sayang sangat. Tapi sayang.. Batrisyia tak full bf dengan ibu, sebab tika itu ibu cukup jahil dengan semua itu.. Ibu tak tahu sayang.. Cukup tak tahu... Maafkan ibu.
Hmmm... Dari Hari kehari batrisyia semakin besar... Hinggalah ke Hari ini.. Udah 5 tahun menjadi anak ibu.. Biarpun ibu selalu marah Dan pukul batrisyia, tapi ibu cukup sayangkan kamu lebih dari segala galanya... Jadilah anak yang solehah, mendengar kata, cerdik , diredhai Allah, Dan anak yang sempurna akal Dan fikirannya......
Ibu sentiasa berusaha mendoakan yang terbaik buat anak ibu.. cuma terkadang ibu agak tersasar bila banyak masalah yang melanda.. terbabas bila ribut menghumban.. terjatuh bila ombak memukul.. itulah ibu.. seorang wanita yang cukup lemah bila berdepan dengan masalah. adakalanya ibu tak mampu menjadi yang terbaik buatmu anak... MAAFKAN IBU
Ikhlas dari ibu buat anak ibu NURBATRISYIA ALIZA



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...