Showing posts with label ANAK-ANAKKU. Show all posts
Showing posts with label ANAK-ANAKKU. Show all posts

22 March, 2016

Ok, mari kita berborak, sembang-sembang, cerita-cerita. Dah lama tak berblog. Bz lah mak. 

Minggu lepas sempena cuti sekolah saya dan family ikut trip bercuti ke Tasik Kenyir family incik suami. Dah lama sebenarnya saya dan keluarga kecil kami tak join aktiviti keluaga belah incik suami. Bukan tak nak join, tapi sebab bz dan masa tidak sesuai. Anak-anak nak periksa, mak sekolah, mak nak periksa. Ahahahahaha. Jom kita nengok apa yang ada kat kenyir ni. 

Usai saja kak Long tuisyen, dalam jam 11.30 kami gerak ke kenyir. Sebelum tu semua pakat tunggu kat petrol pam kat tol gombak. Nak konvoilah kononnya. Ahahahaha...  Jadi sebab nak konvoi maka yang sampai awal kena tunggulah kami yang lambat ni. Sampai je kat tempat yang dijanji, 4 biji kereta trus zasss....  Perghhh menguji betul berkonvoi beramai-ramai ni ahahahaha. 

Dalam jam 6.30 pagi kami sampai pekan apa ntah namanya, solat subuh,  sarapan bagai. Saya ni macam biasa memang bukan jenis makan berat awal-awal subuhnya, tapi kat kedai tu yang ada cuma nasi lemak, nasi minyak dan as usual nasi dagang. Failed betullah, rasa nak mogok je. Mencari juga kot-kot ada kuih ke hapa...  Illek...  Maka redha jelah mak telan nasi minyak sebab takut lapar kan. 



Pepagi Sarapan Kat sini. ni orang ngah sibuk buka pasar tadi...
ehh kalau kat sabah Tamu 


Usai je makan, perjalanan harus diteruskan ahahaha, power tak ayat. Dekat 2 jam kot baru betul-betul sampai kat jeti Kenyir. Wallah....  Banyak bot sebenarnya, dan banyak juga kereta yang pakir. Mujur ada pakir biar pun ntah selamat ke tak. 

Angkat Barang Dulu yer


Sebelum terbang  berlayar amik gambar dulu yer.
inilah family besar incik booos


Belum naik bot mak dah mula rasa goyang. Adoiiii....  Lagi satu hal yang spoiled. Ahahaha. Ok not bad botnya, ada 2 tingkat.  Tingkat bawah ada hall, dapur dan 🚽. Ada tv tu, astrox pun ada tapi tak berfungsi ahahaha. Rasa tertipu pula. Tingkat atas semuanya bilik. Ada 6 bilik semuanya, ada tilam dan bantal. Selesa lah juga bilik biarpun takde kunci. Bila nampak bilik apa lagi, mak pun coverlah tidur, sebab sepanjang perjalanan malam tu memang tak nyenyak tidurnya. Tapi ya rabbi...  Panasnya. Takde kipas ko... 

Tapi disebabkan mata yang begitu mengantuk, maka mak pun tertidur tanpa menghulur bantuan kat orang-orang di bawah untuk masak. Ahahahaha..  Saya memang surrender dalam bab masak memasak ni sebab saya memang x sebat memasak tambah pula saya memang x suka masak. Nasiblah... 

Nampak tak air terjun tu? nampak tak?
cantik sangat pemandangan dia kan.

Agak-agak segar sikit mata tu, solat pastu layan orang memancing. Cis, langsung takde ikan. Hampeh. Rasa macam buang duit pula. Lebih kurang dalam 2 jam lebih perjalanan, kami sampai kat kawasan air terjun. Waaahhh cantiknya. Saya memang tabik spring la.. Memang cantik. Sesiapa yang berminat pada keindahan alam semula jadi, saya rasa ini tempat yang sesuai. 

Hari kedua kat atas air, dah mula rasa bosan sebab line telefon takde. kalau ada pun macam nyawa-nyawa ikan jer. Kalau korang nak tau, pepagi nya sejuk ya rabbi.... dah la takde selimut. jenuh menggagau kain nak buat selimut ahahahaha..... jadi sila ingat pesanan penaja ye, kalau nak ke sini sila bawa baju, tuala dan selimut ahahahahaha.


ini aktiviti sebelum balik. terjun tasik berendam.
disebabkan saya ni penakut air... makanya saya statik je kat situ.

joran yang banyak tangkap ikan apa erk...
alamak dah lupa. manis ikannya


Dorang ni pula naik bot nak ke kawasan air terjun
Siap, jom balik

Akhirnya selesai sudah percutian kat tengah-tengah Tasik Kenyir. 2 hari 1 malam punya trip. ok boleh la dari takde trip ni, nak kata best sangat takdelah... sedang-sedang gitu. mungkin sebab saya tak berapa minat kot dengan aktiviti bot-bot ni, makanya saya bagi 2 bintang jer untuk percutian kali ni. ahahahahahaha.... bosan aihhhhh..... wakakakakaka...  lepas ni nak panjat gunung lah....

saya takde no. telefon orang bot ni tau, kalau korang nak try... nengoklah kat gambar tu.. ada kot nombor fonnya. kalau tak pun, apa susah incik google kan ada. ok kawan-kawan, selamat bekerja semula.


#jangan terlalu menunjukkan kebahagiaan kita sedangkan masih ada yang kurang bernasib baik untuk berasa bahagia.

14 December, 2015

Alhamdulillah, siap sudah baju sekolah anak-anak. Tinggal nak jahit butang baju saja. Tudung tunggu usai jahit tepi baru leh selesaikan kerja akhirnya.

Sedari Batrisyia masuk darjah 1, saya akan ambil sedikit masa untuk jahit baju sekolah dia. Mungkin kerana dia kidal, kasihan bila terkial-kial nak seluk poket dengan tangan kanan. Maka, sejak harini tu hingga hari ini saya akan usahakan jahit sendiri baju sekolah anak-anak. Cuma tahun lepas saya hanya potong dan minta kawan ofis tolong jahitkan. Alhamdulillah, masih ada yang sudi berbudi di zaman ini.

Sekarang, baju sekolah bukan hanya untuk batrisyia saja.. Tapi untuk Qaireen juga. Mudahnya, Qaireen boleh pakai baju lama batrisyia yang masih elok. Mujur anak-anak tak memilih baju sekolah walaupun kekadang ibu jahit senget benget.

Seandainya Allah Izinkan saya melihat anak-anak ke sekolah menengah, inshaallah saya akan ikhtiarkan untuk terus jahit baju sekolah dorang. Satu kepuasan buat ibu.

Teringat masa kecil dulu, masa tu saya hanya dua beradik dengan siti. Setiap pagi nak ke sekolah, mak akan hantar. Muka masing-masing putih dengan tempekan bedak. Mak suka sangat tempek bedak putih-putih kat muka, mujur saya tak terbawa-bawa hingga ke tua ahahahahaha....  Seronoknya nak sekolah masa tu. Seronok dapat makan sarapan yang mak masak... Alhamdulillah...

Apa ye yang saya nak cerita sebenarnya... Ahahahaaha....  Oklah, abaikanlah kenangan zaman kecil saya tu, yang penting baju putih dah siap....

07 April, 2014

Alamak... tak ingat lah bila kejadian ni berlaku hahahahahaa..... tapi yang pastinya masa cuti sekolah dan bukan masa cuti sabtu ahad :p. Sebenarnya dah lama plan nak g memancing kat kelong ni.. tapi disebabkan ada saja acara lain yang menggagalkan misi, masa terpaksala ditunda saja. tapi kali ni alhamdulillah... jadi juga.. Syukur Ya Allah.

Kami bergerak dari umah dalam jam 9.30 pagi, sampai kat Bagan Lalang lebih kurang jam 11 pagi.. tu pun selepas campur tolak bahagi darab dengan macam-macam persinggahan nak beli itu ini, adehhhh...

Ala, tak retilah akak nak bercerita pepagi ni.. meh nengok gambar.

Semua barang longgok saja sini sementara tunggu bot sampai. panas wehhh

Delu masa 1st time datang sini, adik masih kecil lagi..
umo dalam 3 tahun kot.. alahai.. dah tak ingat la.
sekang datang lagi, adik dah anak dara dah. Besar kan adik...
Kak long, kali pertama lah ni datang trip mancing kat Bagan Lalang
ok, bila sampai je kat sini.. kira-kira tetangah laut,
ini aktiviti pertama, pasang apa yang patut dipasang.
Ibu tukang amik gambar saja, sebab ibu tak reti nak pasang mende alah ni,
 nak pancing boleh la..

Tada... dah dapat ikan.... tapi cenonet je ikannya.. apapun, Alhamdulillah
Ramai tu
Kali ni joran adik plak sangkut ikan.
hmmmm... dah nengok gambar kan. kesimpulan cerita memancing kali ni agak suram hahahahaha. bukanpe, ikan tak banyak... ikan-ikan kali ni semuanya agak pemalas nak makan umpan. Saya pun rasa tak seronok.. tapi dalam hati berkata-kata, nak datang lagi.. nak dapatkan ikan yang banyak. 

ops, lupa nak kasi tau, sewa ke kelong Bagan Lalang ni dah naik tau.. dah jadi RM50 satu kepala, bebudak dia caj separuh. kelong ni plak macam umah tengah laut yang ada banyak bilik, ada toilet zaman jepun dan ada dapur untuk masak. oklah not bad.. cuma yang badnya bila takde ikan.. hahahahahaha


Akhir sekali, kami makanlah ikan bakar yang ada kat kedai makan sini..
kahkahkahkahkahkah


za: sekali sekala berlibur kan....

17 March, 2014

Sepanjang minggu lepas kekanak memang bawa bekal. macam-macam variasi bekal yang ibu siapkan.. tapi ada antara bekal kekanak ni ibu tak sempat rasa sebab ibu puasa. Alhamdulillah. 

Hari Isnin ibu bekalkan roti tortila wrap dengan chicken slice dan salad. Untuk kudap-kudap ibu bekalkan biskut jejari dan coco crunch. Alhamdulillah, walau salad, tomato dorang tak makan sama macam ibu, tapi bekalnya habis hehehehee.

Hari selasa pula ibu bekalkan karipap frozen dan bebola kentang cheese frozen yang semuanya ibu buat sendiri. Alhamdulillah, walau ibu tak pandai sangat... tapi tak perlu dah beli. buat je. eleh, nak kasi tau yang ibu ni rajin dan wanita berkerjaya yang berjaya ahaksss...

Hari Rabu Sandwich telur dan nasi goreng menjadi bento kak long dan adik. nasi semalam ada lebih, jadi layankan je... sandwich pulak ibu buat supaya dorang tak bosan nak makan nasi je. Percubaan pertama ibu buat telur rupa kartun juga. hahahahaha.



Hari Khamis ibu buat puff inti sosej dan cheese bentuk teddy bear dan roti sapu nutella. adik kata sedap lah ibu... dia nak makan teddy bear pun dia pikir banyak kali kot... kesian dia cakap. adik..adik

Hari Jumaat hari ibu malas. kak long dan adik cuma berbentokan nasi semalam dan tomyam semalam. dah abissssssssss

Itulah alkisahnya cerita bento kedua beradik tu. Alhamdulillah, dorang suka walau kekadang ada juga yang nak ngelat sebab ada sayur. tapi ibu cuba jugalah buat yang terbaik untuk mereka berdua tu. Insyaallah...



ibu: penat memang penat, tapi nak biasakan anak2 bawa bekal g sekolah, duit belanja boleh simpan

21 December, 2012

On 10:28:00 AM by Aliza in ,    No comments
Seperti beberapa tahun yang lepas, hujung tahun jer saya mesti sibuk fikirkan urusan sekolah kak long. Jahit baju sekolah, beli kasut, beli buku macam-macamlah. Tapi tahun ni dah bertambah, adik dah nak masuk sekolah. Jadi ibu dan papa pun terpaksa kerja keras untuk bagi anak-anak sekolah.
Lepas balik dari bercuti di utara saya terus uruskan urusan anak-anak.
Baju sekolah kak long ada sket lagi tak siap. Beg sekolah kak long dah beli..  Tahun lepas tak beli langsung beg sekolah kak long. Kasut sekolah dah beli, buku dah beli, alamak... pensil belom lagi.  Hmmm nantilah.
Adik punya semua dah...  Tinggal nak ambil kasut jer lagi. Alhamdulillah dah selesai....
Yeyyy jom boleh bercuti lagi...


Baju sekolah Adik
beg sekolah kak long dan adik
kak long dan adik punya


za: zaman dah habis

07 June, 2010

On 11:44:00 AM by Aliza in
Kak long, dah pandai bergaya... dah nak jadi anak dara dah

si tecit aku... dah makin cerdik n lasak.. macam boy boy plak sekali pandang

14 April, 2010

On 9:39:00 AM by Aliza in
minggu lepas aku bawa kak long dan adik g jejalan kat Jusco Maluri, minta papa tolong dropkan kami kat situ, pastu papa g Showroom. lama gak kami menghabiskan masa kat situ.. memang letih melayan, ngan adik yang mengantuk, dengan kak long yang nak main playground dengan ibu yang nak bershopping. ops!!! terlepas cakap.

masa ni adik dah ngantuk sangat, mengamuk bukan main, so biar kak long main dulu.


kat sinilah tempat dorang berseronok

Bila adik dah fresh, barulah ada aura nak main



kak long memang suka sangat, sampai abis duit ibu wat bayar token

sonok adik dapat banyak belon








lepas berjam-jam main, baru kami makan

last sekali baru ibu shopping, tapi tak dapatlah amik gambar masa shopping, kang semua orang terkejut hahahahaha. jadi hari tu, rasanya anak-anak aku paling gembira dan akupun rasa puas hati bila tengok dorang seronok... cuma pada aku, kalau ada papa di sisi mesti lagi sonok melayan karenah anak, dan pada anak-anak pula, maybe dorang tak kisah asalkan dorang dapat main puas-puas apa yang dorang nak... sepanjang jalan senyum jer kak long, dan adik pulak terus tido keletihan.... so minggu ni dan minggu depan dan minggu-minggu seterusnya nak g mana lagi yer........ any idea?

17 February, 2010

On 9:05:00 AM by Aliza in
sebenarnya cuti raya cina ni kami tak ke mana pun, tak balik kampung, tak bershopping, tak bersuka ria... sebab kami dah amik cuti awal sebelum raya cina, dah berjalan jauh sebelum raya cina. hari rabu lepas kami balik kodiang.. (kodiang kat mana cari dalam peta) balik bukan bersuka-suka, tapi ada kematian, pak ngah aku meninggal, eksiden.. semuanya gara-gara kelalaian pemandu yang tak berhemah, jadi arwah menjadi mangsa. so bila dapat berita seawal 7.30 pagi, kami sekeluarga bergegas balik, bertolak dari nilai hinggalah kodiang... tak ingat berapa jam perjalanan sebab en. suami aku bawa kete macam nak berlumba. alhamdulillah sempat juga kulihat wajah terakhir arwah.
oklah cerita di atas cuma pembuka bicara hehehehe pembuka bicara kenapa kami tak berjalan ke mana-mana raya cina lepas, so terjelepuk kat umah.. kalau ada kuar pun g kenduri tahlil arwah pakngah ku n jalan g makan, itu jer. so inilah hasil daripada cuti anak-anak yang panjang.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...