19 June, 2009

On 4:19:00 PM by Aliza in

Masanya sudah tiba, 3 Hari 3 malam kami di Guangzhou bukanlah sesuatu yang cukup buat kami. Masing-masing menyimpan di dalam hati ingin datang lagi. Kali in kalau datang kami nak jejalan jer plak, tanak shopping2 lagi hehehehe. Hari TU rasa sayu plak nak tinggalkan Guangzhou, kurasa seolah-olah hatiku sudah tercicir di mana-mana tempat yang Ku singgah. Kak long plak, naik saja kapal terbang terus cakap teringat kat abang (suhail), dia memang begitu, andai hati sudah suka, mulalah dia akan teringat, Ku tanya dia, nak datang lagi tak, denagn pantas dia menjawab nak... Kalau adik Ku ajukan soalan yang sama, korang rasa apakah jawapannya....?????


tengah menunggu kaunter dibuka


orang tak ramai lagi


antara barang yang dibawa pulang, masa datang cuma 2 beg jer, sekali balik dah beranak plak beg nyer


muka tak ceria jer nak balik huhuhu


sementara nak menunggu masa untuk berlepas kami mngambil peluang makan dulu, hanya Mc D jer yang boleh dimakan di situ, itupun burger ikan jer.. hentam jerlah


Kenangan terakhir sebelum pulang semuala ke Malaysia


selesai udah coretan tentang perjalanan kami sekeluarga di Guagzhou, China. nanti kalau kudapat gambar-gambar yang menarik dari camera papa, ku akan upload kat sini erk. apa yang boleh kukatakan, Guangzhou memang indah, cuma cuaca di sana agak kurang memuaskan. kebanyakan orang2 di sana ok, mahu melayan kami walaupun mereka tak faham sepatah haram apa yang kami cakapkan, biarlah bercakap seperti ayam dan itik. harapanku satu hari nanti kuakan sampai lagi, harap-harap boleh bercuti lama sket. Buat suami tersayang... za sayang abang, kalau bawa jalan lagi.. bertambah lah lagi sayang hahahahaha... takderlah, sayang dan kasih selamanya. buat kak long dan adik, ini hadiah buat kalian, nanti bila dah besar sket kita jalan lagi yer. Buat Suhail, terima kasih atas kesabaran yang diberi dalam melayan karenah kami sekeluarga, andai ada terlebih dan terkurang harap dimaafkan, terima kasih atas bantuan yang diberikan. ANDAI ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH KITA MENUMPANG MANDI, ANDAI ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA DATANG LAGI.....


TAMAT





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...