17 June, 2009

On 10:40:00 AM by Aliza in
Salam semua. Ku ingat pepagi tadi nak sambung citer pasal percutian Ku. Tapi tak sempat. Ku sakit perut pepagi tadi huhuhuhu. Oklah Kita sambung lagi erk. Selepas selesai solat Jumaat Dan berjalan-jalan di sekitar masjid kat Guangtha Lu, kami pun menuju ke pasaraya yang menjual bermacam-macam jenis barang. Memula ingat nak naik teksi, tapi susah plak nak dapat teksi time TU, maybe ramai baru lepas solat Jumaat kot. Jadi kami mengambil peluang untuk naik metro, Ala-Ala LRT kat Malaysia.. Wah... Menurut Suhail, Metronya Ada 3 lapisan di bawah tanah, maksudnya laluannya Ada 3 lapis kat bawah tanah, patutpun aku asik gelong jer bila turun tangga. Tapi aku rasa sonok, kak long n adik pun suker. Cuma agak sesaklah sebab aku nengok orang-orang China in lebih suka menggunakan kenderaan awam berbanding orang Malaysia Kita, yang suka naik kenderaan sendiri, entahla Napa, naka kata kenderaan awam kat Malaysia tak canggih, rasanya sama jer ngan yang aku jumpa kat Guangzhou, maybe kekerapan laluan kenderaan awam tersebut, sebab kat Guangzhou, kulihat setiap minit Dan saat pasti Ada saja teksi atau bas yang lalu, tak seperti di Malaysia jenuh nak menapak berbatu atau menunggu berjam-jam untuk menunggu bas, teksi, atau komuter. Jadi kusara itulah sebabnya orang Malaysia lagi suka naik kenderaan sendiri.
Lepas menaiki Metro, kami perlu berjalan sedikit untuk ke pasaraya tersebut, sepanjang perjalanan macam-macam ragam orang yang kujumpa Dan bermacam-macam benda pelik yang kulihat. Apa yang pastinya mereka cukup suka bila melihat adik Dan mereka juga pelik bila melihat Ku menggendong adik menggunakan baby pouch. Kekekekeke.

inilah Guangzhou Metro yang aku maksudkan, sama jer macam LRT kita kat Malaysia.

ka long dan papa sempat berposing lagi


ni Mc Donald China

dan ini basikal yang akan digunakan untuk servis deliverynya, mereka menggukan basikal sebab kerajaan China mengharamkan penggunaan mosikal, katanya gara-gara kes ragut yang banyak satu ketika dulu, dan mosikal hanya dibenarkan untuk urusan berniagaan sahaja, baguskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan China untuk mengurangkan kes ragut, kalaulah kita boleh bertindak sedemikian.....


inilah pasaraya yang aku maksudkan. macam-macam ada

kedai pertama yang kami singgah, kak long rasmi dulu beli klip n getah rambut


kedai kedua yang kami singgah untuk membeli belah, kedai alas meja. cantik-cantik, sampai ku tak boleh nak pilih, akhirnya papa yang terpaksa buat pilihan alas meja untuk mak chak.


kami singgah untuk shopping di bahagian cenderahati, papa pilih keychain untuk dihadiahkan pada kengkawan ofis di Malaysia.

aku rasa korang boleh fikir sendiri kan.. tadi kami datang lenggang kangkung, bila masuk bermacam-macam kedai terus ada beg troli yang dibawa hehehehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...