17 June, 2009

On 11:05:00 AM by Aliza in
Selepas penat jalan-jalan Dan mengabiskan duit di pasaraya pertama, Suhail pun ajak kami pergi makan. Wahhh makan... Ku tak sabar nak rasa makanan pertama di Guangzhou. Suhail ajak kami makan di Beijing Lu. Untuk pengetahuan korang , Lu TU membawa maksud Jalan, sebab TU semua tempat boleh dikatakan Ada "Lu". Dan satu lagi, sebutan Guangzhou, sebutan sebenarnya adalah "Guangjou" bukan "Guangzou".
Kami ke Beijing Lu naik teksi, dah tak larat nak naik Metro sebab banyak nar barang yang dibawa hehehehehe..... Pertama kali sampai di Beijing Lu, aku terpegun.... Apa yang boleh kukatakan hanya... Cantik, menarik, terpegun.

Turun teksi terus kuamik gambar ni. cantikkan....


papa pun tak ketinggalan juga

foto kenangan kami


kami singgah makan di kedai Chef India, seorang mamak Malaysia yang dah lama duduk di Guangzhou. tak sangka dapat juga makan.

inilah makanan petang kami


ni mamak yang aku maksudkan, dia pun sukakan adik.

lagi menu makan petang kami merangkap makan malam.

pemandangan malam di sepanjang jalan Beijing Lu. untuk pengetahuan korang lagi, dekat Guangzhou ni, banyak sangat pokok-pokokyang ditanam, mereka cukup menjaga pokok-pokok yang ada, kalau terpaksa buat bangunan sebesar mana pun, pokok tersebut akan ditinggalkan juga, maksudnya bangunan yang dibina akan mempunyai ruang untuk pokok tersebut. kurasa sungguh bijak pemikirang mereka, kalau kita di Malaysia nak buat saja bangunan baru habis semua pokok ditarah sampai langsung tak ada pokok, botak.. aduhhh.. pasti ada yang marah padaku nanti, baru beberapa hari ke Guangzhou sudah seolah-olah lupa daratan kan. huhuhu bukan apa, ku cuma bercerita perkara yang benar.. kurasa pasti ada yang bersetujukan... kan..kan...

ini adalah mercu tanda Beijing Lu..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...