Hari Mereka

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers br Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

In

Resepi makanan Qaireen

Bubur ayam

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan beras
  • 1 ketul dada ayam (ambil isinya)
  • 2 cm lobak merah (potong kecil) & 2 cm celery
  • 5 helai daun pegaga
  • Serbuk ikan bilis yang diblend
  • 03 oz Susu ibu

Cara-cara

  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Bersihkan ayam, lobak merah & pegaga.
  3. Masukkan ke dalam periuk semua bahan2 tersebut, tambahkan serbuk ikan bilis. Isikan dengan air & jerang di atas dapur.
  4. Kacau sekali- sekala. Apabila beras telah mengembang dan air telah sedikit kering, tutupkan api.
  5. Biarkan agak sejuk seketika, campurkan susu ibu. Blender bubur tadi mengikut citarasa masing2. Jika hendak membuat bubur cair, tambahkan sedikit air. Jika perlukan bubur yang pekat tidak perlu ditambah air.
  6. Kemudian masukkan dalam bekas dadih, leh bekukan. Bila nak makan t panaskan jer.


Bubur ikan

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras diblend halus kemudian dimasak seperti bubur. (A)
  • 1 ekor ikan rebus goreng (ambil isi)
  • 1 cawan sayur bening
  • *sayur bening (Masakkan semua bahan dibawah sehingga air mendidih)
  • 1 biji bawang merah & 1 biji bawang putih (di mayang)
  • 3 pokok baby kailan; 2 cm lobak merah; & 2 cm celery
  • Serbuk ikan bilis yang diblend
  • 3 oz susu ibu

Cara-cara

  1. Masukkan isi ikan, susu ibu dan sayur bening ke dalam pengisar. Kisarkan mengikut citarasa masing2, kemudian campurkan Dengan bahan A .
  2. Kemudian masukkan dalam bekas dadih, leh bekukan. Bila nak makan t panaskan jer.


Bubur kurma

Bahan-bahan

  • 1cawan beras
  • 1 helai daun pandan
  • Serbuk ikan bilis yang diblend
  • 3 cawan air
  • 4 biji kurma (dibuang biji)

Cara-cara

  1. 1 cawan beras diblend halus kemudian dimasak seperti bubur bersama daun pandan, Serbuk ikan bilis dan air tersebut.
  2. Setelah beras telah kembang, tutup api dan biar sejuk.
  3. Kisar bubur bersama kurma yang telah dibuang biji tadi
  4. Kemudian masukkan dalam bekas dadih, leh bekukan. Bila nak makan t panaskan jer.

Related Articles

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...