18 August, 2009

On 10:58:00 AM by Aliza in
Salam, semalam aku dah starb bagi adik makan ubat yang doktor pakar bagi. tengah malam semalam adik dah kurang meragam. adik dah mau senyum macam biasa. tapi adik masih poo poo lagi, adik dah tak muntah. pagi tadi adik bangun awal, adik meragam sket jer, adik dah mula bf macam biasa, air pun ibu dah bagi air glucose. ibu buatkan adik bubur, adik dah mau makan sket, Alhamdulillah, berkat doa semua. ibu rasa senang sket bila nengok adik mau makan walau hanya dua sudu. adik dah boleh berdiri tegak sket pagi ni. panggil "cat" pun adik dah mau. tapi ibu masih monitor adik, takut-takut ada yang tak ok.

hmm, ramai tanya adik kenapa. Hari khamis lepas adik muntah-muntah. aku kelamklibut bawa adik g kinik, doc cakap adik kena keracunan makanan. aku pelik apa yang adik makan. doc bagi adik ubat tahan muntah. hari jumaat adik dah mula berak-berak, adik dah tak mau makan, adik mula meragam. aku kalut. call doc tanya, doc cakap proses bila kena keracunan makanan memang gitu. aku sebenarnya rasa tak puas hati, sebab aku nengok gigi atas adik nak tumbuh 2 batang. aku andaikan semua tu sebab gigi. tapi dari hari ke hari adik makin tak ok.....
nanti aku sambung lagi.. adik dah bangun....

Sambung.....

1.54pm
hari sabtu keadaan adik semakin teruk. adik langsung tak boleh bangun, badannya terlalu lemah. tiap apa yang ku masukkan dalam mulutnya pasti terkeluar balik. bila ku bagi ubat tahan muntah, adik berhenti muntah, tapi adik akan poo poo... bila bagi adik ubat cirit birit adik akan muntah tak kira siang atau malam, tak kira apa keadaan sekali pun.macamtulah adik. kali ke tiga ku berjumpa doc. tapi kali ni doc lain plak, doc tu suh stop semua ubat adik, dia kata kalau adik keracunan makanan, dalam masa 3 hari adik mesti akan baik, tapi bila nengok keadaan adik, dia tak ok, dia cukup lemah, dan perlu masuk wad. bila doc tau adik belum amik antibiotik, dia suh makan antibiotik dulu dan monitor adik lagi, sebab dia cakap kalau nak ke hospital pun buat masa ni, cukup susah, sebab pesakit terlalu ramai. dia bagi masa sehari untuk pantau adik. lepas kuar dari kinik aku ajak hb g jumpa kawannya kat UKM, abang din. abang din pandai mengubat bebudak, cuba saja. bila jumpa abang din, dia cakap perut adik penuh angin, pastu tulang belakang adik terseliuh sket, ada kemungkinan adik jatuh.. tersentap aku... adik memang lasak.. tapi tak sangka sampai macamtu. lepas jumpa abang din, adik nampak perubahan sket, dia mau main, dia boleh berdiri sket biarpun agak lemah... adik dah tak muntah, cuma adik masih poo poo cair. dan adik masih tak mau makan. malam adik akan terus meragam.
hari ahad berlalu macam tu saja, adik tetap tak berubah, tapi aku bagi adik minum air garam dan glucose, aku pujuk adik sket-sket... dia mau... nampaklah perubahan sket... tapi yang merisaukan aku bila adik poo poo cair. hari isnin kami ambil keputusan bawa adik ke hospital, bila sampai hospital orang cukup ramai, aku amik keputusan untuk terus jumpa pakar di Hospital Annur. kata doc, adik kena radang usus. memang takder ubat, dan memandangkan keadaan adik yang lemah, adik perlu masuk wad, tapi ibu dan papa tetap juga kena usaha untuk bagi adik makan sket-sket. jadi doc cadangkan, teruskan jer bagi adik air glucose n air garam di rumah, paksa adik makan sket-sket, sebab dia cakap adik tak muntah dah cukup bagus, dan adik poo poo pun dah tak kerap. so dia cadangkan rawat adik di umah. tapi kalau adik muntah balik, terus masuk wad. doc bekalkan pribiotic untuk adik, dan yang membuatkan aku tersentap, doc tu suh adik stop bf, dan bagi adik susu lactos free. tapi nasib adik baik, bila susu tu dah habis....... kalau tidak........

hari ni, hari selasa, adik bangun awal, semalam adik tak meragam sangat... adik tak muntah, tapi adik still poo poo.. tapi tak banyak sangat. pagi tadi adik makan 2 sudu bubur, tengahari tadi adik makan sesudu nasi yang dilenyek....... adik tak meragam sangat, cuma perut adik masih keras.... adik banyak bf... sampai ibu pun jadi tak sihat......

untuk hari esok dan seterusnya, aku harap adik bertambah baik.. dah banyak hari ibu tak g keje... takut orang marah..:(

harapan untuk semua, tolong doakan adik terus sembuh yer... takut perkara yang tak elok dekat adik... sebab demam adik masih ada.... dah 5 hari adik demam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...