Membina Akhlak Anak-Anak

2:55:00 PM Aliza 0 Comments




Mendidik anak-anak adalah wajib dilaksanakan, termasuk antara perkara
terpenting dan tidak boleh dilalaikan sedikit pun. Anak adalah amanah Allah
kepada kedua orang tuanya. Hati mereka masih suci dan bernilai tinggi,
keadaan jiwanya yang masih kosong dan bagaikan sekeping kertas yang
belum digores oleh tulisan atau pun apa jua lakaran. Mereka menerima apa
saja yang dicorak atau gambarkan, malahan ia akan cenderung pada sesuatu
yang diberikan padanya. Ini akan menjadi kebiasaan dan akhirnya akan
menjadi kepercayaan.

Apabila anak-anak diberi pendidikan dia akan membesar bersama kebaikan
dan mereka akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. kedua ibu
bapa, pendidik, pengajar serta pengasuh turut mandapat pahala. Sebaliknya
jika anak itu sejak kecil dibesarkan dengan keburukan dan dibiarkan tanpa
menghiraukan pendidikan dan pengajaran ( seperti seseorang yang memelihara
binatang), maka akibatnya anak itu akan rugi dan rosak binasa akhlaknya.
Maka dosanya tentulah dipikul oleh orang yang bertanggung jawab memelihara
dan mengasuhnya.

Ibu bapa tentunya akan menjaga anaknya dengan rapi supaya tidak disentuh
oleh api neraka diakhirat. Hendaklah diberi didikan, ajaran dan latihan yang baik
untuk memperolehi budi pekerti dan akhlak yang luhur. Jauhi dari bergaul dengan
kawan-kawan yang jahat tidak bermoral. Jangan biasakan dengan keseronokan,
jangan ajar berhias dengan perkara yang tidak sepatutnya dan juga yang akan
menimbulkan keborosan, ini akan merosakan jiwanya.

Dari mula sejak ia dilahirkan perlu diberi perhatian. Pengasuh dan penyusunya
hendaklah dipilih dari wanita yang solehah, kuat pengangan agama dan makanan-
nya sentiasa halal. Kedua ibu bapa perlu memberi contoh dan perlakuan yang
baik disepanjang pembesaran dan perkembangan fikirannya. Anak ini akan punyai
perasaan malu dalam diri sendiri, dia akan segan untuk melakukan perkara yang
tidak elok, dan akan meninggalkan kelakuan yang dianggap tidak senonoh. Ini-
lah merupakan cahaya akal yang dapat menerangi tindak tanduknya nanti.

Semua ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah. Jadi terpulang pada
mereka bagaimana untu mencorak anak mereka.

ALLAH s.w.t berfirman yang bernaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari seksaan api neraka,"
( Ar-Tahrim;6)

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...