minggu kedua

10:29:00 AM Aliza 0 Comments

Minggu ni dah masuk minggu kedua kak long bersekolah di q dees. masih belum ada apa2 yang boleh aku katakan... cuma mungkin pada kak long semua ni perubahan besar buat dia.

hari pertama dia sekolah,
aku tanya "kak long belajar apa arini?"
"belajar Bahasa malaysia"
aku tanya lagi "kak long makan per arini?"
"kite makan bread" aku diam jer.. pastu dia sambung g.. "tapi kita laparlah ibu, tak kenyang"
hehehehe aku gelak kat dia, "takperlah, t makan kat school lama erk.."

hari kedua kak long sekolah
aku tanya kak long lagi "harini belajar apa kak long?
"belajar tulis nama"
"best tak skolah q dees?" aku tanya lagi
"best...."

malamnya pula lepas solat maghrib aku tanya kak long "kak long tak solat ker?"
"tak" ringkas
"napa tak solat, mesti solat lah, napa teacher tak ajar solat ker? kan teacher suh solat?" aku tanya dia lagi, saja nak dengar apa jawapan dia.
"suruh..." ringkas lagi
"habistu, napa tak solat?" aku tanya lagi
"nanti, kejap lagi" itu jawapan dia
"mana boleh nanti-nanti, solat kena cepat. G amik air semayang"
aku perati tiap perbuatan dia malam tu, dia solat macam biasa, tapi yang ketara dia dah mula lupa tiap ayat-ayat yang dia pernah hafaz, al-fatihah pun dah tungganglanggang.
bila dia siap solat, aku cakap ngan dia
"kak long, lain kali kena solat, dekat school lama pun kena solat, nanti bawa telekung".
"tapi ibu, kat school qdees teacher tak suh solat pun, kalau kat little ones, sebelum naik atas teacher suh solat..." itu jawapan dia
aku terdiam, pastu aku cari jawapan yang boleh dia terima.
"yerlah, kak long baru jer 2 hari g school qdees, nanti dah lama sket baru teacher ajar. tapi t solat sendiri kat school lama. tengok ibu, ibu tak sekolah little ones, tak sekolah qdees pun, ibu solat jer, teacher tak suruh ibu solat pun, tapi ibu solat sendiri. kalau tak solat t Allah marah" itu jawapan ringkas dari aku...
"ooooo" itu jer balasannya.

so, itulah perubahan-perubahan yang aku perasan dalam tempoh dua hari dia tukar sekolah. sebenarnya minggu lepas adalah minggu orientasi, belum belajar apa-apa pun lagi. cuma hati jadi risau jer... kalau ikut hati sebenarnya, aku masih nak kak long teruskan sekolah di Little Ones, ntah kenapa... aku tak punya alasan untuk soalan itu (kenapa). tapi takperlah, papa anak-anak aku mahukan yang terbaik untuk anak-anak kami, dan mungkin ini yang terbaik buat Nurbatrisyia Aliza, dan aku harapkan yang terbaik untuk semua anak-anak aku.
cuma satu harapan aku untuk adik nanti... insyallah, bila adik dah masuk 3 atau 4 tahun, aku ingat nak hantar nurqaireen Aliza ke sekolah Little Ones, harap-harap aku boleh mula dari awal... sebab masa kak long aku hantar dia masa di berumur 5 tahun, so mungkin agak lewat. insyaallah.........


pst.. semua sistem pembelajaran ada tekniknya sendiri, cuma semua tu bergantung kepada penerimaan pelajar itu...

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...