08 March, 2010

On 10:03:00 AM by Aliza
aku sebenarnya ingin menulis, tapi rasa seperti fikiran tengah kusut. minggu lepas hari sabtu (27/02) kami sekeluarga bergegas balik ke Sabah, ayah aku masuk hospital. aduh.. macam kena halilintar bila dengar ayah masuk hospital. hasi pemeriksaan doktor, ada batu di hempedu ayah, dan sebab itulah pankreas ayah bengkak n ada luka sket. masa aku balik doktor kata cuma boleh bagi ayah dehidration n antibiotik saja. dan hopefully ayah ok. aku balik ke Nilai hari rabu (03/03) dengan harapan yang cukup tinggi agar ayah sembuh dan sihat seperti biasa. sebagai anak aku hanya mampu berdoa dan meminta dari Dia.. tapi cuma saat dan ketika ini hati aku cukup kusut, fikiran aku serabut, aku susah hati sangat.. dan berharap sangat mereka yang berada di sebelah aku faham keadaan emosi aku sekang... aku cuma ada seorang ayah tiada dua atau tiga dan tak boleh ditukar ganti.. kalau hilang yang lain mungkin boleh ditukar ganti tapi tidak ibu dan ayah... aku bingung.. hingga hari ini perkembangan ayah sekejap on sekejap off.. kami adik beradik masih belum boleh untuk berpuas hati dengan keadaan ayah.. Ya ALLAH.. TOLONGLAH DENGAR DOA ANAK SEORANG AYAH INI......

keadaan ayah pada hari ahad, hari kedua dia dimasukkan ke Hospital dan hari pertama aku melihatnya. cukup sayu hati aku.. sakitnya hati melihat keadaan ayah


hari katiga ayah di hospital.. perkembangan masih belum cukup memberangsangkan



ini hari ayah hendak dipindahkan ke Queen Eliziberth 1, katanya perkembangan ayah semakin ok. cikgi CT tolong mengemas


muni dan alif


penjaga syif malam, kekekeke


kami anak beranak dah berkampung di hospital untuk beberapa hari

ayah, harap ayah cepat sembuh dan sihat seperti biasa... Ya Allah, tolonglah sembuhkan ayah aku.. aku hanya ada seorang ayah sahaja.. hanya dia....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...