Semanis Kurma TV9

9:45:00 AM Aliza 0 Comments

Semalam, sambil-sambil menunggu mata untuk tido, aku bukalah Tv, tertekan plak TV9 ceritanya plak Semanis Kurma. terus terang aku cakap, aku tak pernah nengok cerita ni, sampai habis, bukan tak minat.. tapi selalunya dah tido. tapi semalam topiknya macam best.. "Kekasihku Suami Orang" hahahahaha... so aku tahankan mata aku juga nak dengarlah nasihat, pendapat, petua.. macam-macamlah bagai.
aku sempat nengok sampai habis, rasa sonok plak, dan dalam masa yang sama aku bersimpati dengan nasib wanita semalam.. dia betul2 dianiaya oleh suami dia. tapi banyak yang aku dapat semalam rasanya wanita tupun sama, banyak info yang boleh membantu dia...aku cuba berkongsi, tapi aku tak reti nak bercerita, jadi aku cuba cari balik siaran semalam dan download. cuma apa yang aku boleh kongsikan kat sini untuk semua para isteri dan pompuan2 di luar sana yang cuba-cuba untuk merampas suami orang:
  • untuk isteri, banyakkan bersabar. amalkan membaca Surah Al-Waqiah. banyak kelebihan surah ni.
  • dalam rumahtangga, kita kena sentiasa jujur. dalam apa keadaan sekalipun. sebab kejujuran dalam rumahtangga adalah tonggak penting dalam kebahagiaan rumahtangga. kalau tiada sikap jujur, memang habislah.
  • dalam membuat apa jua perkara, kita perlu mendapat keredhaan Allah dan juga keredaan orang. kalau tiada keredhaan Allah dan orang (isteri atau suami) memang tak akan berlaku dengan baik apa yang kita buat, tiada ketenteraman dan tiada kejayaan, porak perandalah semua. kalau Allah tak redha, sia-sialah semuanya. dan kalau suami/ isteri tak redha apa yang kita buat, memang tidak tercapailah apayang kita buat, sebab perkara yang kita buat atas kekecewaan orang lain, atas kesakitan orang lain, Allah tak akan benarkan berlaku dengan lancar. wallahualam.
  • untuk isteri yang teraniaya, banyakkan meminta dan mengadu dari Allah.
  • Nabi tak mengaku umat kepada orang yang merosakkan hubungan rumahtangga orang lain.
Suara hati za : inilah yang aku dapat semalam. mungkin tidak berguna buat aku hari ini, tapi mungkin satu ketika nanti semua ingatan ni terlalu berguna untuk aku. sebab kita tak tahu setiap perjalanan kita yang telah ditulis Allah.

post:4/30/10

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...