photo header2-1.png

Ada aku kisah?

Alhamdulillah, satu kerja aku dah selesai. memang agak rumit aku rasa, sebab terpaksa bertembung dengan tugas yang diberikan dan ragam orang. bila bercerita pasal tugas, itu dah memang sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan kebijaksanaan diri sendiri. so itu aku rasa aku boleh handle. tapi bila berdepan dengan karenah orang... orang yang bernama manusia. aku rasa memang cukup payah untuk diuruskan. macam-macam ragam manusiani, termasuklah ragam aku sendiri yang kekadang setiap hari orang terpaksa layan. so aku cuba terima semua tu, tapi adakalanya aku rasa macam susah nak terima ragam manusia yang pelik-pelik nih. pelik? apa yang pelik? yerlah, pentingkan diri sendiri, cakap lain buat lain, samalah macam cakap tak serupa bikin. pastu berkira, malas, suka mengarah, bermuka-muka... macam-macam.. tu belum masuk yang suka masuk campur urusan orang lainlah.. suka kacau umah tangga orang, suka tengok orang bermusuh, macam-macam lagi yang pelik.
kadang-kadang aku terfikir apa yang ada dalam kepala manusia-manusia nih. mungkin dorang ada alasan sendiri kena jadi macam tu. cuma aku... aku cuba jadi orang yang tak kisah untuk semua tu, dan aku cuba handle dengan baik dan cuba layan manusia-manusia tu dengan baik. tapi ada satu bab yang aku tak boleh kompromi langsung... TIADA KOMPROMI!. apa dia? kalau orang cuba ganggu keluarga aku, ganggu aku takper, tapi jangan keluarga aku... lagi-lagilah kalau nak amik apa-apa hak aku.. memang aku pantang. aku akan berdiam, tapi dalam diam aku akan terus menyusahkan manusia-manusia yang pelik nih hinggalah satu tahap, aku akan buat manusia-manusia ni jadi tak tahu nak letak mukanya kat mana bila berdepan ngan aku kelak.
jadik kalau manusia-manusia di sekelilingku ni ni berperangai pentingkan diri sendiri, cakap lain buat lain, samalah macam cakap tak serupa bikin. pastu berkira, malas, suka mengarah, bermuka-muka... macam-macam.. tu belum masuk yang suka masuk campur urusan orang lainlah, suka tengok orang bermusuh aku akan buat tak kisah, dah cuba terima.. tapi kalau yang satu ni.. aku tak boleh...
tapi, namapun manusia kan, semua orang buat silap, dan akui kesilapannya.. dan ada yang bertaubat.. tapi sebenarnya... TIPU.. saja nak kaburkan mata orang lain.. manusia macam ni lagi pelik... kalau rasa insaf, bertaubat.. minta maaflah dengan orang yang kita wat salah tu, tak semua orang keras hati macam aku nih.. dan lepas minta maaf tu, blahla... jangan tonjolkan muka anda lagi... tapi kalau rasa tak salah dan tak perlu sebarang kemaafan takperlah, just leave it... kalau bleh BERAMBUS. kekekekeke... ini bukan luahan hati, tapi aku bercerita tentang alam sekeliling.. apa yang aku nampak sepanjang aku sibuk dengan bermacam-macam kerja dan bermacam-macam ragam manusia. cuma bila nengok perangai manusia yang pelik-pelik nih... aku jadi tamper.... tapi dalam masa yang sama aku cuma jadi orang yang tak kisah... so... jadilah ADA AKU KISAH?
perjalanan cerita aku masih panjang, dan lepas ni mungkin banyak lagi ragam pelik yang akan aku jumpa, dan ragam pelik yang akan aku lakukan... cuma aku hanya boleh meminta supa aku boleh jadi sebaik-baik manusia dan tidak menusahkan orang lain... AMIN.



aku yang pelik: semua manusia pelik, termasuklah aku. tapi lagi pelik manusia yang tak tahu malu, masih bertenggek di tempat orang yang tak suka dia.
PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.