28 July, 2010

On 3:55:00 PM by Aliza
I love U!!!!

  1. anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia sudah cukup memadai sebagai penenang.
    tandanya: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
  2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. jangan jadi terlalu "sweet", saya mungkin jatuh hati kepada kamu. amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
    tandanya: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
  3. jika seseorang hadir dalam hidup amu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
    tandanya: masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
  4. jangan melarikan diri dari  "cinta" apabila ia berada di hadapan kamu. jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesal atas perbuatan kamu itu.
    tandanya: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling penting ialah hati yang ikhlas.
nanti kita sambung lagi... ada banyak.............



cinta za:  terlalu cinta.... hingga segalanya bercampur baur. HAHAHAHA, masanya sudah tiba, aku akan malukan dia sampai dia tak tahu nak letak muka di mana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...