28 July, 2010

On 10:15:00 AM by Aliza


Sudah beberapa Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi
Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak
bertemu beliau.Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang
saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat.
Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN.
Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana.
MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah
bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan
berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi
masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik.
Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan
Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri,
amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap
Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego,
kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik
menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada
di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap
sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi '
menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap
suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau
dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.
Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri
pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu
Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.
Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "ada orang hendak bercakap
dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan". Masa itu ada rakyat
Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika
beliau hendak turun dari Malaysia Hall. Saya kagum dengan
Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan
Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa,
Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak
pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik.
Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.
Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar
keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.
Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya.
Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan
yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini
ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah
ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik
beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh
politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang
cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang
suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan
kepentingan umum rakyat.Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa.
Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa
di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek
itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini.
Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah,
gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya,
sehingga melebihi suaminya.Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan
dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.


petikan: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

za: saya ingin memuji suami saya sendiri, dia terlalu
bersemangat di dalam membuat apa saja yang
diinginkannya, baik yang positif atau yang negatif
di mata saya. tapi dia sentiasa ingin membuktikan
yang dia pasti akan berjaya. Chayok..cyaiyok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...