30 December, 2010

On 3:58:00 PM by Aliza   2 comments
Biarlah gambar berbicara... saya dah tak mampu berbicara bila melihat pahlawan ini....

lagak pahlawan melayu

sedang mencuba baju

padan tak?

padan... serasi

hmm boleh lah tu

macam bakal pengantin baru kan?


za: sanggup lakukan apa saja
On 11:19:00 AM by Aliza   2 comments
Malam 25 Dis 2010, kami satu family kebetulan keluarga dari Sabah ada di sini, so kami g lah makan-makan kat Yankies Hut, Bandar Baru Bangi. saja wat makan-makan ngan family. dah 8 tahun hidup dalam keluarga ALIZA.

tak standby g

tengoklah kak long dan adik, tak pernah ready bila amik gambar family

kek ibu beli, tiramisu.. sedap wooo

menu makan malam, ikan siakap stim nyonya, udang masak pedas

ikan kerapu bakar, sayur kailan

steambot, uncle po yang nak makan

bila tiba untuk makan, kak long dah titun... dia tak sedap badan sebenarnya

dengan rela hati kami makan jugalah biarpun kak long titun hehheehhe

akhir sekali, kenangan untuk  malam 25 Disember 2010

semoga segalanya menjadi abadi hingga akhir hayat

ALIZA.... hanya nama itu membezakan segalanya, walau saya bersama orang lain atau dia bersama orang lain, pasti tak akan dapat nama ALIZA, Aliza hanya untuk Alias dan Zalizah. Cuma harapan, impian dan doa kami agar ALIZA itu terus kekal ke akhir hayat bersama-sama mahligai yang dibina.


za:besar harapan agar tiada cerita duka menjelang esok pagi dan selamanya

29 December, 2010

On 12:27:00 PM by Aliza   No comments
dengar lagu ni buat aku seperti ingin menangis.... terlalu banyak ujian yang terpaksa aku tempuh sepanjang hidup ni hinggakan aku rasa aku dah tak mampu nak menghadapi setiap ujian itu, sampai aku rasa fobia untuk buka mata lagi.. takut, apakah ujian yang bakal aku tempuh lagi hari ini... ada ketika serasa seperti diri tak disayangi sehingga terpaksa menempuh segala yang pahit sendiri...





za: Ya Allah jangan kau coba aku melebihi batas mampu dan sanggupku...

27 December, 2010

On 4:10:00 PM by Aliza   No comments
Esok ada Kempen Kesedaran Talasemia di UKM, Bangi.siapa yang berminat jemputlah datang yer.

On 10:28:00 AM by Aliza   No comments
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-8 (25/12/2002). semoga perkahwinan yang kita bina ini akan bertambah bahagia dan lebih bermakna. berkahwin dengan kamu mengajar saya bermacam-macam erti kehidupan dan kamu juga mengajar saya mengenali pelbagai ragam manusia. lagu ini saya tujukan buat kamu....





za: sentiasa cuba untuk meletakkan kebahagian itu ditangga paling atas sekali.

23 December, 2010

On 4:52:00 PM by Aliza   No comments
lagi sehari genab usia perkahwinan saya dan suami 8 tahun. 8 tahun, rasanya satu jangka masa yang agak lama bagi aku, dan mungkin baru setahun jagung bagi mereka yang sudah berpuluh tahun menempuhi ranjau di dalam rumah tangga. 8 tahun... adakalanya saya seperti tidak percaya yang kami boleh bertahan hingga ke hari ini, bukan apa... terlalu banyak ujian, onak dan duri yang terpaksa ditempuh bagi mempertahankan mahligai kasih yang dibina. akhirnya... alhamdulillah, masih lagi boleh tidur sebantal, bergurau senda, kasih mengasihi.. dan yang penting.. hingga ke hari ini suami masih memanggil saya dengan panggilan "sayang", dan saya masih berkesempatan memanggil suami dengan panggilan "abang". bukan mudah untuk menjernihkan hati menerima kelemahan masing-masing..
8 tahun bersama... kami dikurniakan 2 orang puteri.. kedua duanya comel.. cantik.. bijak segalanya yang baik adalah untuk mereka, banyak mengikut persis suami....
dan dalam tempoh 8 tahun ini juga, saya dari hari kehari berusaha menjadi yang baik buat suami, tak kira apa jua yang berlaku, tak kira apa jua di sekeliling... aku tetap cuba menjadi yang terbaik buat dia. ibarat kata orang.. ingin mendapat syurga.. haruslah menjadi yang solehah buat suami, itulah yang cuba saya pertahankan. teringat pelbagai kewajipan yang perlu saya laksanakan bagi mendapat ganjaran syurga....

ALLAH Ta'ala berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya."
Nabi S.A.W bersabda:
'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.'
"Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki."
Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata:
'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka (untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'

Maka Rasulullah bersabda:
' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya.'

Dari firman dan hadith inlah membuatkan saya bertambah kuat untuk terus menjadi yang terbaik. tapi ada ketika, saya terbabas juga... menjadi seolah-olah seorang isteri yang cukup tidak memahami suami. ya Allah, ampunkanlah dosa aku.. wahai suamiku.. maafkanlah saya.

saya teringat pesanan terakhir Rasulullah ketika mendengar satu ceramah satu ketika dahulu.. pesanannya begini:-
" Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Ingatlah! sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan-kewajipan isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilahkan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka
tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci. Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.'
Nabi S.A.W bersabda: 'Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok- olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur(ketika isteri membangkang)"
'Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.'

saya bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk bahawa saya adalah yang terbaik atau terbagus sekali.. tapi saya menulis sekadar ingin meluahkan rasa sesalnya di hati baha betapa selama 8 tahun menjadi isteri seorang suami, saya terlalu naif... terlalu banyak membangkang suami, terlalu banyak melukakan hati suami.. terlalu banyak mementingkan diri sendiri,  terlalu banyak kelemahan yang ditonjolkan buat suami... tapi hingga ke hari ini, dia masih bertahan untuk memperisterikan saya... terima kasih abang.
sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8, saya sangat berharap... agar dia, boleh memberikan saya hadiah yang tak ternilai dengan mana2 hadiah.. bukan emas permata, bukan harta benda.. tapi kasih sayang dan penghargaan yang berlipat kali ganda... kasih sayang yang hanya untuk saya seorang... kasih sayang buat anak-anak.. tiada yang lain... penghargaan atas segala pengorbanan saya sebagai istri.. bukan menuntut balasan.. tapi sekadar ingin dihargai.. penghargaan dengan mengasihi saya sudah memadai...





za:sentiasa menutup kelopak mata, memekakkan telinga untuk terus bahagia. ' Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.'
On 11:49:00 AM by Aliza   No comments
mari kita kongsi bersama-sama.... semoga kita boleh menjadi yang terbaik, terutamanya seorang saya yang bernama isteri. Hanya berharap yang terbaik untuk segala yang terbaik buat dia yang bernama suami.





za: sentiasa berusaha menjadi yang terbaik, biarpun adakalanya dipandang bukan yang terbaik.

20 December, 2010

On 4:19:00 PM by Aliza   No comments
saya sedang mencari jurugambar perkahwinan dan tempat sewa baju pengantin.

On 10:55:00 AM by Aliza   No comments
Semalam hari Ahad, hari untuk bersuka ria hahahaha, bawa anak jejalan, bawa suami makan-makan.. sambil2 selesaikan apa2 saja urusan yang tertangguh. kami sampai kajang dah jam 12 tengahari, buat itu ini itu ini.. selesailah jam 1 lebih. so jejalanlah ikut drebar, sampai jumpa satu mall.. macam menarik tempat makannya walaupun sememangnya memang aku dah plan nak g sana... cuma tak berani nak drive ajer...

inilah tempatnya, metro poin, kajang, kami berhenti makan di Bbq Chicken, sebenarnya aku teringin pergi bila nengok kengkwan g makan sedap jer nampaknya...

Qaireen yang tak lepas peluang untuk order menunya

"apa nih ibu"

papapun sibuk memilih, sedangkan dalam masa yang sama papa tengah sakit perut

yang penting halal

halal dan halal... halal segalanya, dalam hati dan luar hati kekekeke

posing papa dan anak-anak

posing lagi dengan anak-anak yang tak sporting

alahai adik, rosak gambarlah


tak hendsome ker nih? handsomelah, "kalau tak handsome masakan aku mengejar", kekekekeke

tada..... baru ada gambar ibu dan anak2...

apalah yang dorang kerjakan nih

dah sampai... oren jus, dan air apa ntah ibu order

adik dan kak long kongsi ais krim



kak long makan spegeti

inilah suasananya....

papa makan nasi goreng.. tak ingat namanya

ini burger ibu.. besar woooo

adik makan kidi meal

dah selesai


adik punya tak abis, sebab ayamnya besar sangat. so tapau

licin

dah selesai makan, kami bersiap untuk pergi karaoke ayuh...... nyanyi lagu selamat hari raya hahaahahah

kak long dah sibuk nak balik pulak, sebab nak amik mamangah kat airport. mamangah datang.. so kena tambah jam perjalanan lagi plak ke KLIA...
bila dah kennyang, mata semua mengantuk.. jadi tinggallah drebar sengsorang meneruskan perjalanan ke KLIA. makan ka BBQ Chicken, makanan ala-ala korea.. memang sedap... puas hati walau mahal... so aku bagi 4 bintang dari 5 bintang....



za: tak kisah apa orang nak cerita dan kata yang penting perut aku kenyang. kekekek jom, siapa nak belanja makan marilah.. sonok weh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...