11 February, 2011

On 10:30:00 AM by Aliza   2 comments
semalam saya baca satu email. tapi emailnya dalam baha indonesia, so disebabkan saya berminta dan tertarik dengan isi kandungan email tersebut, saya cuba translate dan pusing sket ayatnya supaya sesuai dengan saya. kalau ada terlebih atau terkurang, maafkan saya.

Ada satu cerita tentang seorang suami yang hatinya menjadi resah setelah mendirikan rumah tangga selama sepuluh tahun. Entah kenapa.. cuba dia ingat semula, sepanjang perkahwinannya di tahun-tahun sebelum ini, rumahtangganya aman bahagia di dampingi tiga orang anak yang comel-comel an bijak pandai. dia dan isterinya dua-dua berkerjaya, memiliki kedudukan yang tinggi, bergaji besarm berkereta besar, berumah besar dan segalanya mewah. Di awal perkahwinannya, dia seolah-olah tidak punya apa-apa masalah di dalam rumahyangganya, memiliki kehidupan keluarga yang cukup harmoni walaupun masing-masing terlalu sibuk dengan urusan kerjaya yang dimiliki, segalanya mereka lakukan bersama-sama bila berada di rumah.
Tapi entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, sang suami berasakan seolah-olah isterinya sudah sukar untuk diajak berkomunikasi, serasa seakan-akan perasaan isterinya sudah terlalu jauh, seperti sudah tidak mengenali antara satu sama lain, walhal sebelum ini, merekalah pasangan yang cukup ideal, terlalu rapat boleh meluahkan segala kesulitan bersama.
Dia seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku antara dia dan isterinya, kepalanya terlalu kusut. Di sebelah pihak sana, rupa-rupanya sang isteri juga menyimpan perasaan yang sama, dan pernah juga si isteri meluahkan kepada suaminya "apakah yang sedang berlaku antara kita sebenarnya? kita sudah suakr untuk becerita seperti zaman awal perkahwinan dulu?" si suami juga pernah ajak mereka untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi, tapi semuanya sia-sia belaka.. segalanya akan berakhir dengan pertengkaran yang begitu hebat dan terus menjadikan mereka semakin renggang. malah sejak itu juga, perkara yang kecil-kecil juga sering menjadi isu untuk bergaduh. si suami terlalu buntu, hinggalah dia bertemu seseorang yang boleh membantunya. diluahkan segala permasalahnnya, bukan untuk mengaibkan isteri atau rumahtangganya, tapi adalah untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Dan inilah nasihat yang diterima oleh si suami,
"keutuhan sesebuah rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang cukup mudah. Perkahwinan adah penyatuan dua hati yang memiliki ciri-ciri dan latar belakang yang berbeza. Belum lagi jika ditambah pasangan yang bekerjaya yang membuatkan waktu untuk berkomunikasi dan bersama-sama menjadi terbatas hingga menimbulkan pelbagai ragam masalah. Bila kedua-duanya berjaya di dalam kerjaya demi mengejar kedudukan yang tinggi, bergaji besar, maka segalanya tentang apa yang pernah dilakukan bersama di dalam rumahtangga menjadi lupa.

Seringkali masalah kecil menjadi punca pertengkaran. Setiap pertengkaran tentunya ada hikmah yang tersembunyi. pertengkaran dapat menimbulkan keakraban antara pasangan kerana dengan pertengkaran ini kita lebih mengenali pasangan kita. Tetapi, sebaik saja selapas bertengkar, bukalah pintu hati supaya anda dapat berjalan melaluinya untuk mengetahui apa yang dirasakan & diperlukan pasangan kita. Daripada berdiam, luahkanlah perasaan kita dengan penuh kasih sayang, 'ada pasangan yang berasa lebih selesa selepas bertengkar kerana ia akan membuat kita berdua mengetahui lebih banyak tentang satu sama lain dan lebih mengasihi satu dengan yang lain.' Sabar dan solat sebagai sebuah jalan untuk menghadapi pertengkaran di dalam rumah tangga. Pertengkaran juga ada masanya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti di dalam rumahtangga sekaligus meningkatkan kualiti peribadi untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Setiap masalah didalam kehidupan adalah ujian dan cubaan yang datangnnya dari Allah, selain dengan berusaha sekaligus lebih mendekatkan diri kepada Allah membuat kehidupan keluarga menjadi terasa indah. 'Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.' (QS. al-Baqarah : 153).
"


petikan dan ringkasan dari sini


za: selalu bertengkar, selalu juga berbaik, selalu berasa disakiti, selalu berasa disayangi

2 comments:

ashra said...

nice entry..

sesungguhnya kasih sayang dlm rumahtangga datang dari kesabaran juga kan..

Aliza said...

Segalanya dalam hidup ni memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...