13 March, 2011

On 9:38:00 AM by Aliza in    No comments

Dalam seminggu dua ni saya agak sibuk sangat. Nak update blog pun saya tak berkesempatan di samping kebuntuan melanda. ceh macam skema plak ayat saya kali ni kan. Bukan apa.. urusan di pejabat perlu diuruskan dengan segera.. bertimbun-timbun yang perlu diselesaikan dan macam biasa bila kerja bertimbun saya rasa macam tak tahu mana yang perlu didahulukan.. aduhhh... itulah masalah saya dari dulu sampai sekarang. urusan pejabat tak pelah.. semuanya hampir selesai.. cuma urusan lain-lain yang saya tak tahu nak selesaikan macamna... buntu dibuatnya.

Saat runsing macam ni.. saya tetiba teringatkan anak besar saya.. kak long.. dah besar rupanya dia.. dah sekolah. dah 3 bulan dia berada di alam sekolah dan dah 3 bulan jugalah saya menjadi penunggu setia di pintu pagar sekolah setiap petang tak kira hujan atau ribut.... macam-macam yang dia dah belajar.. ada perkara yang baik dia belajar dan ada perkara yang kurang baik. semuanya membuatkan saya rasa rasah gelisah. Tapi naluri seorang ibu.. sentiasa cuba berkata tidak bila kak long mula belajar perkara yang tak patut dia belajar.. terus tetiba saya teringat zaman saya kecil dulu.. samakah kami??? mungkin ada sedikit persamaan.. tapi rasanya saya tidak seadvance dia.. mungkin dulu saya sekolah kampung.. duduk di kampung... jauh bezanya pengaruh sosial. saya cuba buat yang terbaik untuk menangani masalah yang cuba dibuat kak long.. tapi kadang-kadang saya rasa saya seorang yang gagal.. gagal untuk menjadikan dia seorang kanak-kanak yang sempurna.. adakah yang sempurna di dunia ini biarpun seorang yang bernama kanak-kanak?
Bila kak long mula bercakap bohong.. serasa begitu perit.. sesungguhnya saya dah mula tahu yang saya tak tahan diuji sedemikian rupa. Ingin memukul.. rasanya bukan itu cara yang terbaik.. ingin boikot kak long.. apalah yang anak sekecil itu tahu.. akalpun belum sempurna lagi untuk berfikir.. kadang-kadang saya ini seperti seorang ibu yang kelamkabut untuk menjadikan seorang anak kecil kepada seorang dewasa...
seharian dalam minggu lepas saya berfikir apa yang patut saya buat untuk tidak jadikan "pelajaran" baru kak long sebagai habit.. saya buntu... kusut.. sedih... tapi saya cuba berlagak tiada apa yang berlaku. tapi tak boleh. akhirnya saya mengambil keputusan bertemu guru besar sekolah kak long, bukan untuk memalukan atau mengaibkan diri sendiri sebagai ibu, tapi tujuan saya untuk menghentikan "pelajaran" baru kak long... saya berharap sangat, dengan tindakan saya kali ini akan mengubah apa yang kak long faham tentang "pelajaran" barunya.
"kak long, ibu tak pernah walau sedikitpun timbulkan perasaan tidak sayang pada kak long atas apa yang kak long dah buat, walau apa yang kak long buat adalah fasa kak long kenal dunia sebenar.. kenal alam sekolah.. kenal alam berkawan.. papa cakap kak long sekarang tengah seronok mengenal dan belajar sesuatu yang baru.. sesuatu yang tak pernah kak long buat. tapi ibu saja yang tak boleh terima.. sebab ibu terlalu inginkan yang sempurna buat anak-anak. tak pelah kak long, belajarlah.. semoga bila kak long belajar, kak long akan tahu apa yang baik dan apa yang buruk.. apa yang boleh dan apa yang tak boleh.. apa yang berdosa dan apa yang tak berdosa.. ibu pun dulu macam kak long juga ;)".
Harini saya rasa ok sket.. biarpun rasa marah masih ada.. tapi apalah yang boleh saya buat terhadap anak kecil berumur 7 tahun pabila membuat kesilapan... mungkin kak long ada alasan tersendiri yang ibu dan papa tak tahu.....

saya mula menggunakan perkhidmatan En. Google... akhirnya saya bertemu artikel ini...
Siapa pernah menghadapi anak berbohong? Anak kecil, ape la yang dia tahu. Yang penting dia dapat perhatian. Dapat pujian dan kasih sayang.

Mereka inginkan kasih sayang dan perhatian sehingga perlu berbohong? Bagaimana ia boleh berlaku?

Bohong nampaknya tersebar luas di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melakukan hal-hal yang tiada asas dari kenyataan yang sebenar. Ibu bapa mengetahui anaknya berbohong biasanya akan marah dan mengatakan bahawa bibit-bibit kenakalan mula muncul dari diri anaknya. Menurut ibu bapa juga, kenakalan anaknya dipengaruhi keturunan dan juga pengaruh luar yang negatif. Seolah-olah ibu bapa tidak bersangkut paut dengan pembohongan ini.

Sebahagian ibu bapa bersikap keras dengan memukul anaknya apabila anaknya berbohong, dengan sangkaan bahawa dengan perbuatan itu, anak tidak lagi berbohong. Namun, tindakan sedemikian tidaklah dapat menghentikan kobohongan anaknya. Anak-anak akan terus berbohong kerana dorongan pengaruh dalam hatinya.

Anak-anak tidak berbohong kerana nalurinya atau fitrahnya seperti yang disangkakan oleh ramai orang. Mereka menyangka manusia memang mempunyai naluri untuk berbohong. Hal ini kerana berbohong merupakan cara khusus yang digunakan oleh seseorang dalam kehidupannya yang diperolehinya dari lingkungan sekitarnya atau dari gaya pembelajaran yang diterimanya sejak kecil.

Yang penting, sebelum ibu bapa memberi hukuman kepada anaknya yang berbohong, mereka harus mencari sebab utama dan motif jiwa yang mendorong anaknya berbohong. Kerana hal ini lebih baik daripada sekadar “mengubati” ketika anaknya berbohong.

Banyak sebab mengapa anak berbohong, antaranya :

1. Kekerasan dan kesedihan
2. Kesukaran memiliki sesuatu yang diingini
3. Mudah terkenal
4. Cemburu
5. Dapat menyakiti orang lain
6. Pembohongan yang fiktif (khayalan)

seterusnya kita cuba baca di sini



za: selalu berfikir.. di antara kami siapa yang suka bercakap bohong hingga menggores hati dan perasaan. “Tanda-tanda munafiq itu ada tiga, iaitu ketika berbicara selalu berbohong, ketika berjanji sentiasa mengingkari dan jika diberi kepercayaan selalu mengkhianatinya.”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...