photo header2-1.png

first time amik report card

Dah lebih setengah tahun kak long bersekolah... darjah satu. macam-macam ragam kak long, macam-macam yang dibelajar kak long. semuanya mengajar ibu dan papa erti sabar. kak long dah besar, dah sekolah pun.. tapi ibu masih anggap kak long seorang anak kecil yang masih perlukan ibu untuk semua hal.

Hari Sabtu lepas hari ambil report card kak long. minggu sebelumnya ambil report card sekolah agama kak long, keputusan ok, semua A cuma kedudukan dalam kelas agak belakang sket. tapi ustazah cakap, kedudukan tak penting, yang penting peratus markah. Masa ambil report card sekolah kebangsaan kak long... hmmmm oklah... kedudukan dalam kepas tak berapa cantik, tapi sama seperti sekolah agama, cikgu kak long cakap, kedudukan tak penting, yang penting peratus markah. Alhamdulillah, kak long anak yang pandai dan cerdik.. Insyallah hingga kak long dah besar prestasi ni akan meningkat.
Cikgu kak long cakap, kak long banyak cakap.. papa cakap macam ibu hahahahaha.... tapi kelas kak long ni cikgi cakap kelas budak pandai-pandai, sebab tu saingannya tinggi.

6A 1B

za: dulu masa sekolah selalu kena marah

0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.