10 August, 2011

On 8:19:00 AM by Aliza   No comments


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Hari-hari saya dengar lagu ni di radio. esok lusa mungkin hafallah saya lirik lagu ni.. melodinya bagus.. gabungan suara mantap. kekekek.. jadi pengkritik plak yer. takderlah.. sebelum ni saya cuma dengar saja di radio dan ikut bait-bait lagu ni sikit demi sedikit. bila rasa mula seronok dengan lagu ni, saya cuba cari liriknya... ooo ini ceritanya... cerita janji rupanya.
tetiba saya teringat satu cerita teman.. bukanlah teman macamna... teman di alam maya. seorang isteri kepada beberapa orang anak. berkali-kali dimungkiri oleh sisuami. hinggalah teman ini bernekad untuk minta pendapat dengan salah seorang kaunselor di alam maya juga. bukan sekali, bukan dua.. malah berkali-kali sisuami buat hal.. hal yang sama atas alasan yang sama... seolah-olah tiada modal lain. panjanglah cerita mereka dengan kaunselor tersebut.. saya pun dah tak ingat.. cuma ada seketika, saya cuba letakkan diri dan hati saya di tempat perempuan tadi.. sebab kami sama.. seorang perempuan, seorang isteri dan seorang ibu, cuma nasib kami berbeza. tak mampu saya meletakkan diri saya di tempatnya... rasa tak terdaya memikul. cuma andaian saya.. sekiranya saya berada di tempat dia mungkin jauh hati saya pergi.. takut dimungkiri lagi.. berkali-kali. ntahlah tak boleh nak dibayangkan.. cuma sesekali rasa.. apa yang ditulis dalam lirik lagu ni.. itulah yang saya akan rasa.. cuba besar harapan saya agar apa yang berlaku kepada teman tadi tidak berlaku dalam hidup saya.. sedangkan rasa tak berdaya untuk letakkan diri dan hati saya di tempat dia inikan pula berada betul-betul di situasinya. Saya mohon dari Allah.. agar keluarga saya bahagia hingga ke akhir hayat...
buat teman saya... sekiranya terbaca entri saya ini.. saya doakan yang terbaik buat kamu.. tak ada orang lain yang boleh berada di tempat kamu sekiranya mereka tak merasainya sendiri termasuk saya. tak ada yang boleh menentukan kesalahan kamu sekiranya mereka tak terkena sendiri.. mungkin kamu boleh dijadikan alasan untuk menjadi punca sebarang mesalah.. tapi tak semestinya semua punca itu berakar dari kamu... sesungguhnya Allah tak pernah membuat apa-apa kejadian tanpa bersebab. mungkin ada hikmahnya. kalau kamu takut di lambung ombak.. berpindahlah kamu dari berumah di tepian pantai.. mungkin ada ruang di tempat lain yang boleh membuatkan kamu rasa selamat. kalau takut dimungkiri.. tanyalah hati kamu berkali-kali... untuk apa kamu berada di sini lagi.... saya doakan yang terbaik buat kamu.....




za: seribu sesalan... menyesal akan timbul bila cinta tak dihargai.. bila cinta dibuat bahan mainan.. bila cinta dijadikan pertaruhan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...