Kahwin 72 Tahun, Mati Berpegangan Tangan

12:03:00 PM Aliza Reesya 2 Comments


Petikan dari kisah benar:
KISAH cinta sejati di zaman moden terutama di dunia barat di mana kadar perceraiannya amat tinggi mungkin sukar untuk didengari lagi. Namun, sekali-sekala akan timbul juga kisah yang mampu menarik perhatian dan mungkin air mata kita.Gordon dan Norma Yeager dari Iowa, Amerika Syarikat melayari bahtera perkahwinan selama lebih 70 tahun.

Selepas sekian lama, pada usia 90 tahun (Norma) dan 94 tahun (Gordon), takdir menentukan kedua mereka terbabit dalam satu kemalangan.Mereka kemudian dikejarkan ke hospital bersama dan diletakan berpegangan tangan di unit rawatan rapi.Beberapa jam selepas itu, Gordon berhenti bernafas dan meninggal dunia.Namun, berlaku sesuatu yang mencerminkan betapa mendalam dan sucinya cinta kedua insan itu. Walaupun sudah meninggal dunia, monitor hospital mengesan jantung Gordon sebagai masih berdegup.

Rupanya, isteri beliau Norma ketika itu masih hidup dan disebabkan mereka berpegang tangan, monitor itu mengesan degupan jantung isterinya.Seolah-olah Gordon masih bernafas dan seolah-olah jantungnya berdegup melalui degupan isterinya.Tidak berapa lama selepas itu, Norma juga mengikuti jejak suaminya.
Selepas 72 tahun berkahwin, kedua mereka meninggal dunia sambil berpegangan tangan.“Mungkin ini adalah satu rahmat bagi ibu bapa kami kerana mereka selalu berkata tidak boleh salah seorang pergi dahulu meninggal seorang yang lain,” kata anak mereka, Dennis.

Kedua mereka meninggalkan dua orang anak, 14 cucu dan 29 cicit.Norma berkahwin pada hari dia tamat sekolah menengah pada tahun 1939.Sejak berkahwin sehingga kini, kedua mereka amat jarang sekali berenggang.Khamis lalu, mayat mereka diletak dalam satu keranda dibakar bersama sebelum abu keduanya dicampurkan.

****Sumber: http://mynewshub.my/2011/10/23/kahwin-72-tahun/.



You Might Also Like

2 comments:

ibu darwisy said...

wah..stoberi cicah cekelat

za reesya said...

stroberi... nak carik cekelat malam nih...

Followers