photo header2-1.png

Selamat hari lahir Nurqaireen Aliza binti Alias

0
COMMENTS
Kalau diingatkan 4 tahun yang lepas..  Jam ni 8.22 saya dah selamat melahirkan seorang adik untuk Nurbatrisyia Aliza binti Alias. Saya cuba ingatkan kembali saat tu.... 


Pada 27hb Ogos 2008, saya dah rasa sakit pinggang yang amat. Tapi kesakitan tu datang sekejap2 saja..  Lagipun due saya lagi 2 minggu. Tapi kebetulan masa tu memang ada appoiment utk nengok berat baby. Bila cek punya cek..  Da buka 2 cm,  adeh.. Dah kena tahan wad pulak. Masalahnya saya tak rasa sakit nak bersalin pun. Tunggu wad kosong pun makan masa berjam. Tepat jam 2 petang saya berjaya dapatkan wat kat hospital putrajaya. Huh! Rasa tensen plak bila duduk dalam wad dalam keadaan yang tak sakit huhuhu. 
Lagi tensen bila tidur malam ku diganggu oleh kejutan nurse yang nak buat pemeriksaan.. Adeh...  
Tetiba selepas azan subuh.. Perutku da rasa memulas yang amat.. Rasa macam nak sengugut pun ada.. Alahai..  Kali ni baru betul2 bukan memain sakitnya.. Ku telefon suami minta dia datang. Kesakitan makin kuat..  Jam 6.30 kena bawa masuk labour room... Walawehhh memang sakit.. Tapi apabyang kuboleh buat tahan kesikatan tu. Masalahnya lagi satu hal.. Bila saya cakap ngan somi yang saya dah tak tahan.. Dan somi bg tau nurse.. Dorang leh cakap lambat g nak bersalin.. Bajet dorang dalam 2 atau 3 jam g. Maknanya saya dijangka bersalin pada jam 9 atau 10. Sekali nah amik ko...  Jam 7.22am saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara "persendirian" yang beratnya 3.5kg huhuhu...  Somi hanya sempat jerit panggil nurse bila depan mata dia nengok anak dia meluncur keluar seorang diri hahahahaha. Ya Allah,  sakitnya...  Bak kata kasar.. Abis rabak. 
Tapi alhamdulillah.. Semuanya selamat.. Cuma baby tu gelap orangnya, huhuhu mungkin sebab saya suka minum kopi kot hahahaha. 
Jadi itulah kejadiannya pada 28/08/2008, cantikkan tarikh. Untuk makluman... Kehadiran kak ngah.. Hmm nama panggilan Qaireen sekarang, memang betul manceriakan kehidupan kami.  Qaireen anak yang suka senyum dan tak banyak ragam masa kecilnya. Dan sekatang..  Dia suka buat lawak dan cengeng...








HAPPY BIRTHDAY QAIREEN.. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, BIJAK PANDAI, SIHAT SELALU DAN MENDAPAT YANG BAIK2 BELAKA DALAM HIDUP NI. AMINNN...... 





za: rindu bau baby

Baju raya kami

2
COMMENTS
Selamat rayer..... Syawal dah masuk minggu kedua. Tak lama lagi da nak abis. Tahun ni saya beraya di kg en.somi.. Sambil tu saya jejalan merata tempat. Macam2 baju kami pakai hahahah... Siok ooo ada baju baru. Meh saya nak tayang sket baju raya saya. Jemput yer...



Ni baju 1 Syawal kami.. berjuabah bagai....
Ni baju 2 Syawal kami... siap nak balik Kodiang
Ni baju 3 Syawal kami.. ni open house.. yehaaaaa

Baju 4 syawal kami... jalan Teluk Intan.. yehoooo

Rotate balik....


za:  paksa untuk bahagia

Masih Belum Ketemu

4
COMMENTS
Assalamualaikum... 
hari ni dah hari ke 26 kita berpuasa. alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas untuk meneruskan ibadah. Saya seronok.. merata orang asik sibuk mengucapkan selamat hari raya mohon ampun dan maaf.. memang saya seronok suasana begini. cuma saya masih belum ketemu mood raya yang sebenarnya. Tahun lepas saya bersedih juga menyambut aidilfitri.. tapi saya tak kisah dengan kesusahan itu, hati saya tak patah.. saya tak menangis hari-hari sebab ayah ada. tapi aidilfitri kali ini buat hati saya rawan... AYAH dah tiada.. saya dah tiada AYAH untuk meminta ampun dan maaf.. saya dah tiada AYAH untuk dibelikan baju raya.. saya dah tiada AYAH untuk diberi duit raya.. saya dah tiada AYAH untuk bergurau senda. Ramadhan yang memeritkan buat saya tahun ini...  hinggakan hati saya berkata-kata, "kalau diberi pilihan.. tak raya pun takpa asal ada AYAH.."
Ya Allah Ya Tuhanku... aku mohon rahmahMu Ya Allah.. berilah aku kekuatan....

kawan-kawan semua... hanya ini yang mampu saya buat tanda saya benar-benar ingin memohon kemaafan untuk semua kekhilafan saya sepanjang saya mengenali kalian..... SELAMAT HARI RAYA.




za: beraya tanpa dia seumpama beraya tanpa perkara baru

Ramadhan

0
COMMENTS
Ramadhan da nak habis. Syawal da nak masuk... tiada satu post pun saya buat sepanjang bulan Ramadhan. Bukan apa... masa yang saya ada di bulan ini benar2 rasa tak cukup. Hati saya betul-betul terkinja-kinja nak menulis..tapi saya memang tak sempat. Oklah, bulan ni saya jadi begitu rajin sangat memasak. Boleh dikira berapa kali kami pergi param dan berbuka di luar... saya lebih selesa masak dan berbuka di rumah. Meh cuci mata nengok menu saya sepanjang Ramadhan ni...

           


PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.