01 October, 2012

On 11:48:00 AM by Aliza   2 comments
Semalam kami anak beranak jejalan lapangkan fikirang yang agak tersepit sedikit gara-gara kerja yang bertimbun. jejalan g makan kat taman, pastu saya ajak en.somi g kedai buku kat PKNS. memang niat dah simpan untuk cari novel. asalnya saya nak cari novel Adam dan Hawa . tapi bila sampai kedai, novelnya dah habis. memang agak frust masa tu, sebab saya ni peminat aisya sofea yang agak tegar dari zaman belajar dulu. takpelah... mungkin ada novel lain yang best2 sekarang ni. hmm sebenarnya saya takut salah pilih novel.. sebab last saya beli novel pada tahun 2003 kalau tak silaplah... buku Gelora Jiwa Aisya Sofea. lepas tu saya dah terlalu sibuk dengan pelbagai rutin harian. Jadi dengan rasminya semalam saya buka semula "kotak" lama yang dah berhabuk teruk. saya nak mula baca novel. 

pantas, saya whatsapp iena tanya novel mana best. wahhhh banyak info dapat.. tengs lalink. yeaahhhh... mari kita mulakan misi


ini antara novel yang ada kat kedai buku, tak tahu nak pilih mana,
sebab terlalu banyak penulis baru

Dulu saya tak pernah miss beli novel karya Aisya Sofea, Norhayati Berahim, Fauziah Ashaari, Anis Ayuni, Damya Hana... mesti beli, sebab mereka-mereka itu antara novelis yang telah bertakhtah di hati saya. sehinggalah saya stop menovel. dan semalam saya masih terpaku di hadapan karya mereka.. tapi saya mula keliru.. adakah masih sama seperti dahulu. lagi sekali saya tanya Iena. iena cakap dorang memang otai.. macam Aisya Sofea, Norhayati Berahim.. tapi sekang dah slow dah, Norhayati pun dah tak banyak novel baru.. Aisya Sofea plak, novelnya dah tak sebest dulu.... hmmm lama lah juga mencari...


memula nak amik ni... pastu saya letak balik


nak amik ni plak.. tapi iena kata tak best...


last sekali.. ini yang dipilih buat pemulaan

Akhirnya saya amik Aku yang kau tinggalkan, karya Alina Haizar.. direkomenkan oleh Iena...   usai saja semua kerja... lebih kurang jam 4 petang, saya pun mulakanlah aksi saya wat kesekian kalinya... hahahahah, dah lupa tune untuk menovel sebenarnya.. hahahahah.... akhirnya saya dah jumpa tunenya.. berhenti sekejap buat apa yang patut untuk suami dan anak-anak, saya sambung balik... begitulah seterusnya, hingga jam 4.50am. Ya Allah, masih tak habis lagi.. inilah habuannya bila sudah terjebak. zaman dedulu boleh la.. muda remaja lagi, sekarang ni dah tak lalu dah. disebabkan ceritanya yang agak agak bagus... saya tak rasa bosan untuk meneruskan menovel.. tapi mengenangkan esok saya kena kerja.. terpaksa juga saya stop... dan tidur...

Hari ni bangun pagi, saya dah laloq.... mata tak boleh angkat.. hati rasa tak sabar nak balik rumah sambung menovel.... hmmm saya sedapkan hati saya.."daripada aku berfesbuk 24jam, baik aku baca novel" kikikiki......

Jadi, untuk diri sendiri.... selamat menceburkan diri semula ke dalam bidang ini semula. semoga succsess......  Adiosss....




za: tengs Iena.... luv u so much.....

2 comments:

YUS said...

Wahhh..
yus jarang melekat kat novel.. baca setengah.. setengah lgi tu ntah bila plak nk smbg.. huhu..

Aliza said...

yus, za dulu memang peminat novel tegar... penuh novel kat sabah.. n kat umah sekarang. pastu simpan dalam kotak bila dah beranak... dah takde masa.. sibuk cari duit... ni selagi ada masa... belum ada baby.. leh luangkan masa untuk menovel jap.. anak2 pun dah besar kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...