23 October, 2012

On 9:10:00 AM by Aliza   5 comments
Ni entri dah lama sepatutnya keluar kat blog alizareesya. tapi dah dibiar menjadi tukun dalam fon.. sabo jerlah. 2 minggu lepas en. suami bawa kami 3 beranak ke Seri Pengantin Resort, Janda Baik. perginya bukan nak honeymoon atau makan angin.. tapi sebab en.suami ada kerja... jadi alang-alang kan.. layan jerlah...

kami bertolak dari kedai pun dah jam 3 petang, dah lewat. sampai kat destinasi pun dah jam 6 petang.. bukan sebab perjalanannya yang jauh.. tapi disebabkan jalan yang sesak memanjang. haii tak tahulah apa nak jadi dengan sistem jalan raya kat Malaysia ni.. nak kata takde undang-undang, dah macam-macam signboard dibuat..dipacak.. jadi boleh pikir sendirilah salah siapa. ok kita abaikan pasal jalan raya.. kita cerita pasal tempat yang kami pergi.


kekanak yang paling seronok nak jalan
walau dorang tak tahu apa tujuan sebenarnya berjalan tu.
 yang penting pada dorang ada kolam mandi.


Dah sampai jalan masuk. ada lebih kurang 15 minit lagi
perjalanan untuk sampai ke destinasi.

Sebelum chek in.. layan gambar dulu dengan adik. kak long???
 hahahaha dia tukang ambil gambar sementara papa
tengah sibuk dengan urusannya bersama kawan-kawan seperjuangannya.

lebih setengah jam juga kami tunggu untuk dapatkan kunci bilik. aduyaiiii naik berkematu dah montot. tapi apa boleh buat... sabo jerlah. suasana kat sini ok, sejuk.. banyak pokok-pokok yang boleh dibuat teduhan... cuma rasa serabut macam dok bercuti dalam hutan pulak rasanya... hahahahaha..... bukan apa.. terlalu banyak hinggakan rasa macam tak sesuai... kawasan parkingnya pun tak berapa banyak.. jadi mungkin biliknya terhad.. so tak boleh nak buat aktiviti besar kat sini. 


Tada...inilah biliknya dari arah pintu. memang cantik...
kira sesuai untuk honeymoon punya hiasanlah. dengan wanginya...dengan sejuknya.. wallahhh

cantikkan? memang cantik. cuma rasa tak best
kalau tv ada channel astro tapi tadak channel tv3 hahahaha.....

bila dah malam... suasananya memang romantik.
tapi kat dalam jerlah. kat luar bilik memang dah mati terus,
 langsung takde aktiviti apa yang boleh dibuat. 

kiranya destinasi kalini sesuai sangat untuk mereka yang nak jejalan dok bilik berkurung saja hahahaha.... kalau nak buat aktiviti beriadah ke.. hanya boleh mandi kolam, itupun siang saja. kalau malam sila duduk bilik baca novel yer...

ini sajalah teman seperjuanganku sepanjang berkurung dan bertapa  kat hutanni walau dihiasi dengan bilik yang cantik...

Kepuasan yang saya dapat untuk destinasi kali ni... hmmmm 1 bintang dari 5 bintang... muahahahahaha ampunnn tuan tanah......



za: kalau dah bosan lagi bertambah bosan.


5 comments:

Farah Deeb said...

Betul. Kat Janda Baik ni kalau untuk aktiviti kurengkan? Abes2 mandi sungai tu je huhuu... Kalau gi honeymoon okelah tapi kalau bawak budak2 adehhh, mati kutu nak layan sebab sume bosan hahaha...
My latest Entry :)
Berhati-hati membeli secara online

Aliza said...

kak farah... tulah pasal... memang boring.. tak rasa teruja sangat nak pegi lagi hahahaha...

YUS said...

Bestnya Za.... Jeles! Dah lama x merasa jalan2 mcm ni.. huks..

Aliza said...

yus, tak best lah yus.... boring....

Unknown said...

memang bosan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...