05 October, 2012

On 11:56:00 AM by Aliza   No comments
oohhh yesss... saya beli lagi novel... ini novel yang ketiga telah saya baca. Antara ketiga-tiga novel yang telah saya baca, saya begitu teruja dengan nocel ni.. PMS atau nama panjangnya Projek Memikat Suami. Sepanjang saya membaca, senyuman tak lekang dari bibir saya... walau ada ketika ada babak sedih atau air mata, saya tak tersentuh sangat macam dua novel yang telah saya baca sebelum ini.

saya rasa begitu berkesan dengan jalan cerita yang di garapkan oleh Hanina Abdullah. saya tak bosan langsung baca dari awal hingga pertengahan cerita. opsss.... saya belum habis baca, sebab semalam saya mula menovel pada jam 9 malam... jam 4 pagi baru saya tidur... hahahaha, dah jadik mata panda dah ni.

Bila baca tips-tips yang diberikan oleh kakak Husna dalam cerita ni, saya seakan-akan macam nak mencuba juga ahakssss.... tapi tulah, realiti dengan fantasi tiada samanya... apa yang ada dalam novel ni hanya fantasi saja... realitinya apa yang sedang kita lalui seranag ini... tapi just for fun.. boleh la... nak try tips-tips dalam ni pun boleh... tapi kena nengok situasi jugalah yer...

untun novel yang saya dah baca 80% ni, saya bagi 4 bintang dari 5 bintang... mungkin kalau saya dah baca habis... mungkin leh dapat 5 bintang kekekekeke.... meh baca sinopsisnya...

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick. “Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla. Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain AliminApabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


za: memang dari kecil suka berangan-angan



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...