Aroma Nadiya Nissa

11:02:00 AM Aliza 2 Comments

Hmm...  Saya sebenarnya jarang nak minat dengan artis ni. Tak taulah kenapa. Mungkin faktor usia juga kot, dulu zaman remaja memang boleh tahan jugalah fanatik saya dengan sorang artis ni. Macam-saya sanggup buat supaya boleh kelihatan seperti artis tersebut. Siapa erk...  Hehehhe mestila Ziana Zain. Dari tingkatan 2 saya minat dia hinggalah umur saya mencecah 26 tahun kalau saya tak silap. Sekarang ni pun masih minat, kalau Ziana kuar tv.. Layan tak kelip mata juga saya. Tapi agak, kuranglah fanatiknya selarang. Heheheh... 

Cuma sejak, dua menjak ni, awra yang saya terima agak pelik sket, hahahahaha. Bukan pe, mungkin sekang tengah angin Adam dan Hawa kot, jadi semua tentang pelakon cerita tu saya review.. Terutamanya Nadiya Nisaa yang bawa watak Ain Hawani. 

Sebenarnya korang, saya da mula minat NN ni masa dia berlakon dalam filem CUN, sebagai Manis, adiknya Atan. Memang agak. Berkesan lakonannya masa tu walau hanya sebagai seorang budak yang tak cukup "betul". Tp wataknya berkesan. Dalam filem lain saya tak perasan lagilah, sebab Misalnya dalam Ombak Rindu,NN hanya sebagai watak tambahan je,tak ketara sangat.

Tapi dalam filem Jiwa Taiko...walweeee... Saya memang  agak terkejut jugalah. Bukan apa, penampilan berani NN...  Heheheh. Semalam puas saya google merata cari movie Jiwa Taikon ni semata-mata nak nengok lakonan Nadiya Nisaa ni yang dikatakan tak sesuai dengan status dia sebagai isteri dan ibu. Selepas saya. Menonton hampir 2 jam, ya... Saya berani katakan NN berani. Terlalu jauh wataknya di dalam Adam Dan HAwa. Tapi secata peribadi pada saya, dia pandai menjiwai wataknya. Dia ada bakat untuk setanding dengan artis popular yang lain. Cuma yang buat kita tak selesa perubahan watak itu saja kot, yelah.. Dalam AH.. Dia digambarkan seorang wanita yang lembut, sopan.. Dan adegan-adegan yang dibawa dalam AH semuanya seolah-olah "berlapik", belum ada yang terbabas jauh walau dalam novel jalan ceritanya mampu membuat nadi kita berdenyut kencang. Tetapi dalam filem Jiwa Taikon pulak... Rasanya dah terlebih denyut kot, hingga saya sendiri takut melihat adegan yang dilakonkan oleh NN. 

Tapi saya ada baca satu artikel, nadiya Nisaa ada buat pengakuan yang lepas ni dia tak akan melakonkan adegan-adegan yang sedemikian lagi memandang kan status yang sedang dia galas sekarang. Alhamdulillah.. 
Jujur saya katakan, saya selesa jika Nadiya Nisaa hanya membawa watak yang tidak keterlaluan... Apa-apapun.. Apa saja watak yang dia bawa.. Memang hidup.. 

Hehehehe....  Apa dah jadik erk... Hahaha.. Macam da minat plak saya ni.. Ok.. Good luck NN...


Adios.. Amigos


Za:manis tahi lalat Nadiya Nisaa.. 

2 comments:

YUS said...

Nadiya Nisaa ni isteri kpd sepupu suami. Tapi yus x pnah jumpe dia lg.. asben dia HENSEM! :)

za reesya said...

Wahhh... Ini sudah bagus. Hehehhe. Tapi NN ni pun sweet orangnya.

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...