Ho Chi Minh Hari Ketiga

2:55:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

 Hari ni merupakan hari ketiga kami di sini. wahh banyak pengalaman ni. hari ketiga macam biasa, sarapan seawal jam 7 pagi, pastu jam. 7.30 dah get ready kat lobby tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya.

Semua dah berkumpul untuk  meneruskan apa yang menarik untuk dilihat hari ni

Sepanjang perjalanan, banyak gambar yang saya ambil. tapi dalam banyak-banyak gambar, saya cukup berkenan dengan reka bentuk rumah di sini. hehehehe.. rumah orang kat sini ala-ala rumah kotak jer...berpetak-petak rumahnya takde macam umah kita ada macam minang kabau lah, rumah orang melaka lah..tapi kat sini majoriti rumah sama jer. pastu bangunannya jenis memanjang ke atas, bukan melebar. jadi korang boleh bayangkan duduk dalam rumah yang lebarnya kecil, tapi panjang ke belakang. aikk macamner saya nak terangkan yer. nengok sendirilah

ni antara bangunan dorang..ni saya rasa rumah dorang yang dok kat bandar

Hari ni perjalanan kami mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam... sejam lebih la anggarannya, tapi tolak dengan jalan sesak bagai...lebih kurang 2 jamlah.. naik boring gak saya dok dalam bas lelama. Kami akan ke Mekong Delta ala...sungai Mekong lah..ingat tak sejarah dunia lagi? saya ingat-ingat lupa lah. memang besar dan panjang kelihatan sungai ni. untuk ke pulau-pulau perlancongan kat sini kami akan naik bot yang laju tak laju. pastu kami berhenti di 3 perhentian sebelum kami selesai ekspedisi menjelajah Mekong Delta ni hahahaha

Inilah bot yang kami naik..takuuutttt wooooo

Memula sekali, kami berhenti kat tempat jualan madu... kat sini kami diberi rasa minum madu asli dengan beberapa campuranlah... kalau siapa tak pernah minum madu..mesti cakap..yulkkkk manisnya

Perhentian kedua kami pula di sini.... tempat orang buat coconut candy..dalam bahasa melayunya..gegula kelapa. unik cara dorang.. makan masa panas-panas gegula ni memang sedap. tapi bila dah bawa balik ke malaysia, then makan dalam keadaan sejuk..hmmm ala-ala boleh la. tapi not bad rasanya. siapa nak rasa meh la ke rumah saya, ada lagi nih.


Ini adalah perhentian terakhir kami. makan buah..kat sini banyak tanaman buah... dapat makan buah longan fresh, betik, apa lagi erk..saya dah lupa. tapi sedap. di samping tu kami dipersembahkan dengan persembahan nyanyian dari artis dorang lah..sepatah harap aku tak paham...tapi yang paham bila part dorang nyanyi lagu si jantung hati... hahahaha. tapi jangan lupa masukkan duit dalam bakulnya yer...

saya ingatkan dah selesai makan buah, terus naik bot lah..rupanya kamia kan naik sampan...makkk aiihhh takutnya..last tahun bila saya naik sampan yer... dah berpuluh tahun rasanya.

tengah beratus nak naik sampan. takut yokkk

wahhh anak-anak ibu berani yer

inilah rupa sampan kami
selesai berbot..bersampan bagai..dah tibalah masanya untuk makan. hari ni kami makan tengahari lambat. lapo gila.. dan makanan hari ni habis licin sebab lapar.menunya sama saja macam sebelum-sebelum ni..tak banyak yang berubah menunya..asik-asik ikan talapia adehhhhh


Ini kopi vietnam. untuk penggemar kopi macam saya..memang sedap kopinya

korang nengok..apa yang ada kat sini takde kat malaysia... 

ni adalah tempat kami dinner..saya sangat berharap ada sesuatu yang special  kat sini malam ni


Alhamdulillah. akhirnya ada sesuatu yang menarik hati saya. yang ada cili tu ntahla apa namanya dalam bahasa dorang, kalau kita rasanya lempeng kot. hahaha...dalamnya ada isi udang, telur.. wahhh memang sedap...first time makan udang kat sini hahahahaha. yang sebelah kanan tu popia..popia dorang pun sedap wehhh


yang ini pula, bunga betik..seumur hidup saya tak pernah makan bunga betik.. tapi kat sini sebab nak cuba maka saya makan. boleh tahanlah untuk saya yang kurang makan sayur ni. yang sebelah kanan tu, macam biasa, ikan talapia..dan saya hanya makan sedikit saja...


ini pula mi sup mereka. hmmm boleh la... tapi saya tak makan habis juga, mungkin sebab dah kenyang kot saya melantak lempeng tu hahahaha.. yang sebelah tu ulam-ulaman mereka. saya cuba sket..makkk aihhh tak sedapnya. dan cilinya teramat penas wehhhh


yesss.... yang ini..saya dan anak-anak cukup suka.. sampai kami kumpul dari sesiapa yang tak makan. memang sedap weh yourgart dia..sedap..sedap...

ok.. selesai makan, kami balik ke hotel.. pastu kami jejalan lagi ke pasar malam. kali ni kami round habis..memang letih..tapi nak menghabiskan sisa-sisa perjalanan yang ada sikit ni..kami round habis.

heheheeh nengok dorang jual apa

kekanak ni dapat mask.. suke mereka ye. mask ni orang sini guna untuk naik moto.
Sebab  udara kat sini tak berapa elok.

za: Perjalanan yang ala-ala ok...

You Might Also Like

0 comments:

Followers