Hari pertama di Vietman memang tak terasa berlalu macam tu jer.. tapi banyak yang best saya dapat..dapat rasa asam pedas sedap... dapat jalan-jalan nengok tempat orang. oklah, not bad. hari kedua kami dibawa berjalan ke Cu Chi Tunnel. perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Cu Chi Tunnel makan masa lebih kurang 1-2 jam. rasanyalah. dan sepanjang perjalanan banyak gambar yang saya ambil dan saya rasa menarik. rumah-rumah di sini ala-ala kotak empat segi rupanya. dan kelihatan penduduk di sini hidupnya sederhana saja.
|
usai saja sarapan, semua pakat berkumpul untuk naik bas ke Cu Chi Tunnel |
|
Tengoklah anak dara saya berdua tu |
|
ini antara yang menarik perhatian saya. terlalu banyaknya motosikal di sini. dan apa yang dimaklumkan kepada saya, orang sini kebanyakannya hanya mampu beli motosikal jer, kalau ada yang beli kereta tu, dah masuk dalam golongan kaya atau mampu. keadaan sini tak macam Malaysia, kereta merupakan satu keperluan. di sini, kereta hanya kehendak. |
|
dia sudah penat. belum sampai lagi dah tertidur. nak cerita jauhnya rasa perjalanan kami |
|
sebelum sampai ke cu chi tunnel, kami di bawa berhenti di sini dulu. tak ingatlah apa nama tempatnya. tapi kat sini kita leh nengok cara2 buat keropok beras. ye kot namanya keropok beras, tapi benda alah ni lebih kurang macam kulit popia tu. cer nengok gambar ni, halus sangat buatannya. |
|
beratur nak tempek stiker utk masuk ke Cu Chi Tunnel |
Cu Chi Tunnel merupakan kawasan hutan yang penuh dengan lorong-lorang rahsia untuk empat tinggal, tempat persembunyian, tempat menyimpan senjata dan juga tempat menyerang sekiranya musuh datang. Tempat ini merupakan tempat persembunyian tentera Viet Cong. Ada satu lubang tempat tentera Viet Cong sembunyi untuk membuat serangan hendap. Semua lorong ini akan menyambungkan mereka dengan banyak jalan keluar dan juga sungai. Ya Allah sempitnya lubangni. tak berani saya nak masuk. tapi incik suami saya berani nak masuk hahahaha...dia cakap panas sangat dan sempit.
Dan ada satu lorong kecil tempat persembunyian rakyat Vietnam masa perang dulu... kecil yang amat. kami cuba menyelusuri lorong tu, tempatnya rendah sangat, kami terpaksa membongkok untuk melaluinya. untunglah Batrisyia dan Qaireen sebab dorang kecil, mudah saja untuk jalan. kami ambil laluan yang pendek sahaja, tak berani nak ambil risiko sakit pinggang bila amik laluan yang panjang hahahahaha.
|
inilah lubang kecil yang incik suami saya masuk. ngam-ngam saja |
|
ini pulak perangkap |
|
askar wanita Vietnam |
|
cuba teka orang ni buat apa |
|
tada..dia buat kasut/ selipar dari tayar |
Kami berada di sini lebih kurang dalam 2-3 jam. masuk di sini saya dapat rasakan seolah-olah berada di dalam kawasan perang. dengan bunyian tembak menembak di sini. dah saya dapat rasakan betapa susahnya hidup mereka di zaman perang ini. terpaksa tinggal di kawasan yang sempit untuk teruskan hidup. bersyukur saya sebab hidup sebagai rakyat Malaysia dan tidak hidup di zaman perang. Alhamduillah.
selesai saja melawat, berjalan bagai.. kami terus dibawa untuk makan tengahari. hari kedua kami, kami dibawa makan di Kedai Shamsudin. makanan kali ni tak dapat menandingi rasa makan pada hari pertama. makanan kat sini ala-ala boleh la. cuma kopinya boleh tahan. untuk pengetahuan korang, kat Vietnam terkenal dengan kopinya yang sedap. wallahhhh amat sesuai dengan ku yang gila kopi.
|
lunch our time |
|
alamak, awat bercahaya plak muka incik suamiku ini |
|
ini longan kering, bijik teratai dan bijik gajus panggang. semua sedap |
|
menu lunch kami, telur goreng curah kicap. hihihi |
|
sayur kobis goreng. memang ku tak usik |
|
Ikan talapia masak sweet sour kot. tapi pedas |
Gendang gendut
tali kecapi
kenyang perut
senang hati
Ok tak pantun saya. kikiki... betullah orang cakap, bila perut kenyang, nak buat apa pun rasa senang dan selesa. selesai saja kami makan tengahari. Vincent
alamak lupa nak kenalkan. dia ni org vietnam yang jadi tourist guide kami kat sini bawa kami pergi ke War museum. Dekat sini kita berpeluang melihat peninggalan sejarah perang Vietnam melawan tentara Amerika sekitar tahun 1955-1975. kalau siapa yang pernah belajar sejarah dunia mesti masih ingat kan tentang perang Vietnam dan Amerika. Selain peperangan menggunakan senjata , amerika juga menggunakan bermacam senjata kimia seperti Agent Pink, Agent Green, Agent Purple, Agent Blue, Agent White, dan Agent Oren. Agent Oen ni menggunakan sejenis bahan kimia yang bernama Dioxin. Dioxin ini disebarkan dengan menggunakan bom atau asap yang disebarkan menggunakan kapal terbang. Kesannya, yang terkena akan mati, kalau hiduppun, ia akan meninggalkan kesan untuk 3 generasi mereka. Seandainya mereka diberi pilihan ketika itu, mungkin mereka memilih untuk mati saja daripa tersiksa dalam keadaan yang cacat serba serbi. Dioxin yang digunakan oleh Agent Oren ini mutasi genetik yang sangat teruk hinggakan bila kita melihat gambar-gambar pameran di bahagian agent Oren ni... ya Allah..hanya iu saja yang boleh diluahkan.Tetiba saya teringat Sejarah dunia yang saya ambil masa tingkatan 6 dulu.. alahai...
|
ini adalah bayi kembar siam yang telah diawet. bayi ini adalah hasil daripada Agent Oren |
|
kak long minat sangat nengok gambar-gambar ni. dia cakap kesian |
|
aiyarrkkkk siapa kah gerangan awek ni??? |
|
lepas kami melihat dan menghayati sejarah peperangan, kami dibawa ke salah satu masjid yang ada di sini untuk menunaikan kewajipan kami sebagai ham Allah |
Malam dah menjelang tiba. yeahhhh...inilah masa untuk menonton Water Puppet. Water Puppet show adalah hiburan tradisional masyarakat Vietnam. lebih kurang macam wayang kulit la. cuma mereka ni lagi lagi canggih la. Ada pentas di sebelah kiri dan kanan kolam air, tempat tukang karut memainkan muzik latar dan bercerita. Pemain-pemain patung tu duduk di belakang tabir dalam kolam tu.
|
baru nak masuk cari tempat duduk |
Hari ni memang memenatkan. selesai menonton Water Puppet show, kami dinner. eh mana gambar makan malam kami yer.... alamak dah ilang lah pulak. hmmm nantilah saya masukkan... sebab ada yang special saya nak tunjuk pasal dinner kami malam kedua. alahai... dah penatlah.... cer nengok gambar kat bawah tu...besarkan duriannya.
ehhhh...mana gambar shopping... hahahaha...saya tak banyak shopping, setakat beli jubah sehelai, baju kurung siap labuci sehelai. kain pasang 4 pasang kalau tak silap. telekung plak saya beli untuk yang kirim dan juga untuk mak dan diri sendiri. dah... takde apa yang menarik sangat pasal shopping.. aci tak???? hahahahah
|
duriannya gabak punya besar |
za: saya seronok jejalan hingga saya lupa berapa banyak duit yang habis untuk shopping...kikikiki
0 comments:
Post a Comment