photo header2-1.png

Kisah Pokok Dan Mancis

4
COMMENTS


 
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. 


Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. 


Hijau, Gambar, Wajah, Kartun, Ulat, Komik, ArkKita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.

 
Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.


Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.


Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

 
Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
 Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause & Effect"


Apa yang ditabur, 
itulah yang akan kita tuai.....   
Renungan kta bersama......

Dulu Kini & Selamanya....

4
COMMENTS
Cuti raya hampir dua minggu tempoh hari, saya ambil kesempatan untuk buat reunion ngan kawan-kawan sekolah dulu. Wah meriah gila bila dah bertemu. Walau tak semua ada.. Tapi rasanya peetemuan kali ni membawa beribu makna buat kami. Serasa seperti masih berada di tingkatan 1,2,3,4 dan 5 lagi.. Hahahahha....
Ni merupakan reunion kami yang ke tiga..  Tak banyak perubahannya dengan pertemuan pertama kami... Tapi terlalu banyak perubahannya jika dibandingkan dengan kami masa tingkatan 1,2,3,4, 5 dulu... Hahahaha... Memasing da kembang semangkuk... Tapi cara ketawa memasing masih sama....
Kami semua rapat.. Cuma ada 2,3 orang yang datang terlalu xtra rapat masa sekolah dulu hingga sekarang. Hehehehe... Cemana erk xtra rapat tu... Paham-paham sendiri la.. Susah nak dijelaskan.
Oklah, sila nengok gambar yang ada...  Kami masih seperti dulu.. Cuma sekang kami tak boleh ponteng sekolag, tak boleh main conteng dinding sekolah, tak boleh conteng kain baju sekolah.. Tak boleh nak berjalan beriringan macam dulu.. Banyak yang tak boleh banding bolehnya....  Apa pun, smua masih cool..  Dan yang penting.. Semua masih sihat macam dulu. Alhamdulillah...

Selamat ulang tahun ke 5 Nurqaireen Aliza aka Adik

4
COMMENTS
Alhamdulillah...  Cukup sudah 5 tahun adik jadi anak ibu dan papa. Dah dah semakin besar. Adik dah sekolah, dulu adik tak kenal A, B, C.. 1,2,3...sekang ada dah pandai.. Baca Alfatihah pun adik pandai walau tak lancar.
Adik,
Ibu ingat lagi cerita 5 tahun lepas, adik "keluar" awal sangat.. Ngam2 awal 2 minggu, hahahhaha, langsung ibu tak sempat nak puasa Ramadhan. Tapi Alhamdulillah, senang sangat bersalinkan adik, takde siapa yang sambut, adik keluar sendiri je kat labour room.. Papa yang siap jerit panggil nurse. Syukur adik dan ibu selamat....
Adik,
Tapi sekang ni, bila adik dah besar, ibu selalu pening kepala, adik banyak meragam, selalu taknak g sekolah.. Pagi2 bila hantar adik, mesti adik mengamuk, menangis tak mau sekolah... Alahai adik... Kekadang ibu tensen sangat.. Ikut hati nak bagi je adik berhenti sekolah... Tapi nasib baik papa adik sayang sangat kat adik.. Huhuhuhu... 
Adik,
Tak apalah, apa pun ragam adik dan kak long, ibu cuba untuk sabar biarpun selalu terbabas untuk sabar.. Ibu cuba...  Tapi ibu harap sangat agar Allah makbulkan doa ibu yang satu ni....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah anak2ku anak yang solehah, cerdik, pandai, mendengar cakap kedua orang tua, dan bahagia dan berjaya dunia daj akhirat"
Selamat Hari lahir adik...  Semoga adik sihat selalu.. Murah rezeki..  Bahagia.. Dan panjang umur...  Ibu, papa dan kak long sayang adik sangat.
Kek Untuk Adik Dari ibu
Besday girl
PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.