22 January, 2014

On 10:46:00 AM by Aliza in ,    No comments
Cuba teka saya nak buat apa....



Hahahahahaha, semalam mood rajin saya datang. kebetulan ada plak yang request nak karipap. jadi termengah-mengahla si ibu ni buat inti karipap bagai. hahahahaha sib baik bahan dah ada, cuma kena cari kentang je... itupun minta ehsan incik papa belikan kentang.

sebenarnya saya tak berapa ingat sangat resepi doh yang sedap hahahahaha jadi saya pun bukala blog kak lily nak cari resepi. meh saya kongsikan resepi yang saya ciluk dari blog kak Lily... kak Lily amik yer.... Tq..Tq..Tq...



Bahan-bahannya :- Untuk Doh
Sumber Kak Lily HAs
4 cawan tepung gandum 
2 sudu besar Margerin 
1/2 cawan minyak jagung 
3/4 cawan air 
1/2 sudu kecil garam 

Carannya :-
Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih. 
Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit. Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak.Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri.




Bahan-bahannya :- Untuk Inti
4 biji keledek bersaiz sederhana(saya gantikan dengan kentang) - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis (saya campur udang kering sket)
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar (saya masukkan cili boh yang dah blend sesiap)
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional
Caranya :-
Kentang di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya. Blender bawang, ikan bilis, udang kering, rempah kari serta cili boh tadi. Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang.Sejukkan inti sebelum memulakan membuat karipap
Get ready.... saya guna mesin mee ni.. untuk kulit karipap saya guna no. 5...
tada, dah siap mengkaripap hahahahahaha.

Ok dah siap karipap saya. dan minta ampunnnn saya terlupa amik gambar versi dah goreng. alhamdulillah jadi karipap saya... adik makan 3 bijik dia kata, kak long plak bawa bekal g sekolah. hahahahaha selamat mencuba yer....


nota za: sekali sekala buat kuih tradisi memang best. lebih-lebih lagi kalau ada bantuan incik suami. Tq abang... :p

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...