Roti Canai Homemade

9:00:00 AM Aliza 2 Comments


Assalamualaikummmm.... kabare???? 
nampak tu.. nampak tu??? nampak tak roti canai tu... gua tebar sendiri tau.. tebar yang tak seberapa nak tebar lah... macam tebar singlet reput hahahaha.... Rasanya ni bukan kali pertama saya buat roti canai sendiri... tak ingat la berapa kali, tapi dah pernah buat la masa zaman anak-anak dara dulu. cuma percubaan repesi yang pelbagaila. saya cuba resepi mana yang elok dan sedap. 

Resepi roti canai kali ni saya ambil dari mesra.net, so far oklah rasanya. Alhamdulillah. nak resepi ke... ala boleh google je... hmmm oklah, meh saya kongsi resepinya... selamat mencuba.

Bahan-bahan :-
1- 1 kilo tepung gandum
2- 4 sudu majerin
3- 500ml air
4- 3 sudu susu pekat
5- 1 sudu kecil garam
6- 2 sudu besar gula
7- 1 biji telur

Cara-cara :-

1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
Langkah 1-6 saya tak buat, saya guna kaedah BM... senang dan mudah.

7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.

Dah siapkan... cuma memang leceh je rasa masa nak menebar tu. tapi syukurlah berjaya juga. dan seperti biasa saya akan frozenkan untuk sarapan pagi dan bekal kanak-kanak.
Selamat mencuba korang


za: peluh tu, macam mamak tebar roti canai peluh menitik-nitik...

2 comments:

YUS said...

Aduiii.. Nk menebar tu kena pandai ler kan!! Bleh cuba ni!!!

za reesya said...

Ahahahahahaha..... Mcm singlet koyak

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...