Cokodok pisang vs apam pisang

4:00:00 PM Aliza 0 Comments


Nyum..nyum..nyum... Tragis kan tajuk entri ni. hahahahah ni cerita sarapan di pagi Ahad. ada beli pisang, asalnya nak buat cokodok pisang je. tapi tetiba teringat kan kak lily plak. ada minta resepi apam pisang dangan beliau tempohari. jadi apa lagi, makcik ni nak lah juga mencuba. ada member yang nak resepi apam pisang ye.. meh saya kongsikan, dan seperti biasa rasanya kak lily tak kisah kot kalau saya kongsikan. Jom...

Bahan-bahannya:
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1/2 sudu kecil baking powder diayak bersama tepung.
  3. 2 biji telur
  4. 1/4 cawan brown sugar
  5. 120ml butter cair
  6. 4 biji pisang
  7. 1/2 sudu kecil soda bicarbonat.

Cara-Cara:
  • lenyek pisang bersama soda. Ketepikan.
  • pukuk dengan whisk telur, buttet cair dan gula hingga sebati dan berkrim.
  • masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  • kukuskan  dalam 30 minit.

Rasanya??? fuh, memang terbaiklah apam ni.. lembut, gebu.. creamy, memang betul2 sedap.. lagi-lagi kalau makan panas-panas. jemputlah mencuba, insyaallah tak rugi.


za: tak salah mencuba

0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...