31 mei 2014 ~ saploh tahun sudah

2:35:00 PM Aliza 0 Comments

Ya Allah... lamanya terperuk gambar ni.. nak dibuat entry tak sempat-sempat ada saja kerjanya. tapi hari ni saya gagahkan juga mencuri masa tu nak hasilkan entry ni. adeehhhh ampun kan kami penunggu gua. memang tak sempat wehh...

Tanggal 31 Mei 2014 genablah umur kak long 10 tahun. dah besar anak ibu. Anak yang dulu kecil saja.. besar lagi tapak tangan ibu ni banding kepala kak long ahahahaha. Nasib baiklah semua anak-anak ibu tak pernah nak demand macam ibu nak itu nak ini masa besday memasing ahahahaha... gasak. Cuma besday kali ni papa cakap nak hadiahkan kasut roda untuk kak long sebagai hadiah besday, dan yang paling best.. adik pun dapat juga hadiah... memang terbaiklah adik.

Suka sangatlah dia
nengoklah budak baju biru tu pun terlebih excited

Papa sibuk pilihkan saiz untuk hadiah anak-anak

ibu pula tak de apa nak kasi kat kak long.
apa yang ibu buat pepagi besday kak long,
ibu masakkan makanan kegemaran kak long.
kak long cukup suka makan macaroni, spegeti atau yang seangkatan dengannya.
jadi ibu pun masaklah makanan kegemaran kak long.
Kek? kek mama ngah dorang yang buat kat Sabah.

Doa ibu untuk kak long, Walau dah terlewat.. tapi doa ibu tak pernah lewat untuk anak-anak. Ibu sentiasa doakan kak long panjang umur, murah rezeki, pandai dan mendapat yang terbaik sahaja dari Allah swt. Insyaallah tahun depan kak long dah 11 tahun pula... lagi besar dari tapak tangan ibu...


nota ibu: sentiasa sayangkan anak-anak walau hehari membebel

0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...