photo header2-1.png

Taman Baru, Jiran Baru, Rumah Baru, Pokok Baru, Kebun Baru

Alahai... dah lama terperam gambar-gambar ni. saya rasa dah lebih sebulan kot. memang tak berkesempatan langsung la. Tapi pagi ni saya cari juga kesempatan tu nak bercerita tentang rumah baru. meh....

Rumah baru.. hmmm rumah baru yang kalau dalam bahasa sabahnya rumah "bangas"... dah berkurun.. dah lebih 2 tahun tak siap-siap.. dah 3 tahun rasanya rumah ni. nasib baik saja tak terbengkalai. apa masalah pun saya tak tau. Cuma apa yang pastinya masalahnya adalah berpunca dari pemaju yang tak bertauliah dan takde rasa tanggungjawab yang tinggi untuk siapkan projek dalam masa yang ditetapkan. alahai... banyak membebel plak saya kan.

sekarang ni rumah dalam proses untuk dapatkan ccc, tapi tak taulah bila boleh dapat cccnya, dah penat menunggu rasanya. Masa kejadian gambar ni diambil, saya dan suami tengah sibuk berkebun... tanam apa yang patut nanti bila dah duduk hasilnya dah ada hahahahaha.

Taman tu sebenarnya dah ramai yang duduk, memasing ambil risiko sendiri untuk duduk sebab dah tahan tunggu lama, bayaran loan pun dah dipotong. Saya buat masa ni masih belum terbuka hati untuk pindah lagi, biar lah dulu hahahahahah.


Nengoklah, meriahnya jejiran Taman Teratai ni

Siap ada makan-makan lagi

Inilah pokok Rambutan kami.
insyaallah umur panjang dapatlah rasa hasilnya

Tadaaaaa..... pokok kari

Nampak tu ramai pembantu

Kesimpulannya... berbaktilah kepada tanah yer... ahahahahaha

Nota Kaki Kecil: Kalau nak beli rumah kena nengok detail pemaju dulu jangan main hentam keromo jer, kang jadi mangsa macam saya dan pembeli yang lain. buat nanya orang je.

2 comments:

FARAH deeb said...

Uiks pindah?? Ktner ni? Kite dulu pun penah gak hilang RM17K duit kwsp macam tu je huk huk gara-gara pemaju tak bertanggungjawab! Jemput singgah: Dulu lain, sekarang lain.. Iye ke?

za reesya said...

Tak pindah lagi, blom dpt cf lagi. Rasa xde mood plak nak pindah. Huhuhu

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.