photo header2-1.png

Insyaallah.... Bakal menjelma


Lagi Seminggu atau dalam kiraan kasar dalam 11 hari je lagi. Insyaallah perkara yang dah lama saya tak tempuh saya akan jalani dengan gentar atau pun dengan gerun ataupun dengan tabah... atau dengan bangga. sebenarnya macam-macam perasaan bercampur baur dalam hati saya.

Saya ingat last saya berdepan dengan aura "final Exam" ni ni masa buat belajar kat UPM dulu. Ya Allah... macam-macam ragam bila diingatkan ragam sebelum final exam, ada yang menonggeng, ada yang merangkak ada yang meniarap ada yang baring... kat tepi tangga pun ada ahahahahahaha. Auranya mungkin tak sama dan pasti tak sama dengan sekarang.. sebab masa tu study sesama kengkawan 1 rumah... sekarang study sendiri kat rumah dan kalau ada ruang study kat ofis.

dan yang paling saya ingat sekali masa saya nak exam PMR, SPM dan STPM.. saya bukannya antara orang yang dikategorikan sebagai ulat buku, tapi saya jenis kuat juga study, tapi result takdelah gempak sangat.... huhuhu. cuma yang saya tak boleh lupa setiap kali saya study lewat malam, ayah akan sentiasa terjaga dari tidur nak nengok saya study... dan paling tak boleh lupa kak edah akan sentiasa teman saya belajar hingga lewat malam. kekadang dia tunggu sampai tertidur di sofa.. Ya Allah.. besarnya jasa mereka pada saya. bila dikenangkan hari ini... saya rasa nak menangis sangat. serasa saya tak usah nak cerita... memang terlalu sangat mendalam perasaan tu.

Hari ini... saya study sendiri tanpa sesiapa teman. Bila study.. saya bercakaplah sengsorang.... Ya Allah.... semoga saya tabah melawan apa yang sedang saya rasa ketika ini.

Selamat Study semua kawan-kawan.... dan sesungguhnya perasaan hari ini tetap tak sama dengan perasaan kelmarin.


#merinduimu adalah satu perkara yang memeritkan

0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.