05 February, 2015

On 8:45:00 AM by Aliza in , , ,    1 comment
Semalam macam biasa rutin saya hari-hari bila musim sekolah, hantar dan ambil adik dan kak long sekolah... sekolah pulak.. sekolah agama dan sekolah kebangsaan. tapi nasib baiklah papanya berbesar hari untuk membantu hantar anak-anak ke sekolah agama, dan ada ketika ambil dorang balik sekolah petang. Alhamdulillah dengan nikmatmu Ya Allah... 

Cuma kekadang masih rasa tak terkejar lagi apa yang sedang digalas, macam tak cukup masa dan kaki tangan. ahahahaha abaikan lah merapu ku itu. jom saya sambung motif sebenar entri ni.

Semalam masa hantar adik g sekolah kebangsaan, tetiba nampak lori milo ngah parking elok kat depan sekolah dalam kawasan pagarlah senang cerita. dan dan tu teringat lori milo masa zaman sekolah rendah dulu, bila nampak je lori milo datang dulu, wahhh hati berbunga riang sangat sebab dalah hati dah berkata-kata akan dapat minum milo free. almaklumlah, saya ni asalnya anak orang susah, bukan anak orang senang, masa tu nak minum mila sangat pun bukan boleh pun.. hahahahaha entah, saya tak ingat saya minum air apa yer masa kecil-kecil.. cuma yang masih dalam ingatan saya saya, mak selalu beli susu. hihihihi

ok, sambung balik pasal lori milo. bila nampak lori milo ni, saya terfikir, mesti bebudak ni dapat minum milo free hari ni. wahhhhh syukkkurrrr.. cuka terkenangkan adik yang tak boleh sangat minum milo ni, karang mulalah perut dia tak ok. 

Jadi semalam lepas hantar adik, dropkan bagnya, pastu ibu pun jalan la.. tetiba cikgu buat pengumuman suruh murid-murid beratur.. last sekali ayat cikgu.. "siapa tak beratur tak boleh minum milo" wakakakakakakakaka.... terus laju je bebudak beratur.. kuat nar penangan Milo ni kan.... ahahahaha

Ok dah.. g sambung kerja!!

Saya cuba cari lori milo zaman sekolah saya dulu,
 tapi tak jumpa untuk dibandingkan dengan lori milo ni semalam

za: Nostalgia tu kekadang menjadi penguat semangat untuk kita terus hidup dengan liku2 yang terlalu tajam.

1 comments:

Naniey said...

Hi...blog walking..nostalgia ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...